Keputusan Dah Dibuat Ikut Belum Tentu



PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2020 berakhir semalam dengan mandat diberikan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu menentukan bilakah waktu yang difikirkan sesuai untuk semua ahli Parlimen mereka menarik diri daripada kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan yang diambil oleh perhimpunan agung itu ialah sebulat suara. Seramai 1,110 delegasi menghadiri perhimpunan itu secara fizikal. Selebihnya mengikuti secara maya dari tempat masing-masing.

Mereka juga mahukan wakil-wakil UMNO untuk tarik diri daripada semua jawatan lain termasuk timbalan menteri dan juga pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC seperti perbadanan-perbadanan, anak syarikat milik kerajaan atau badan berkanun.

Barisan Nasional (BN) mempunyai 42 wakil dalam Parlimen dengan 38 daripadanya ialah UMNO.

Orang ramai yang mundar-mandir di sekitar WTC yang dulunya dikenali sebagai PWTC nampaknya tidak terkejut dengan keputusan itu. Yang mereka terkejut ialah kenapa keputusan tersebut tidak dibuat sekarang.

Yang keduanya ialah kenapa diserahkan semula kepada MKT untuk menentukan tarikh bila untuk tarik diri dari kerajaan.

Ini kerana PAU ialah badan paling tinggi dalam parti tersebut. Sepatutnya perwakilan mengundi untuk menentukan tarikhnya bila.

Alang-alang nak tarik diri, tarik dirilah sekarang. Tetapi ini bukan perhimpunan kita, ia adalah perhimpunan orang UMNO. Oleh kerana mandat diserahkan semula ke tangan MKT, maka kena tunggulah MKT memanggil mesyuarat.

Mesyuarat itu boleh dipanggil bila-bila masa − hari ini, esok, lusa atau tulat. Mungkin juga minggu depan, minggu satu lagi atau bulan depan. Jadi bila-bila masa boleh.

Yang belum boleh ditentukan lagi ialah, apakah semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC daripada UMNO akan patuh dengan keputusan PAU ini.

Apakah akan ada yang enggan mematuhi keputusan PAU dan tidak berganjak dari kedudukan mereka dalam kerajaan PN.

Jika mereka enggan mematuhi arahan ini, apakah bentuk tindakan yang akan diambil ke atas mereka? Mungkin kena gantung keahlian atau mungkin juga kena pecat terus.

Andai kata yang enggan patuh ini digantung atau dipecat, bila-bila masa juga Bersatu boleh membuka pintu kepada mereka. Dan mereka pada kemudian hari boleh bertanding atas tiket Bersatu.

Wow! Macam-macam boleh jadi. Kita sekadar boleh melihat. Yang mengorak langkah, buka gelanggang, bersilat dan bertarung ialah mereka. Kita? Kita hanya tunggu masa Parlimen dibubarkan. Pada hari mengundi itu, kita tentukanlah nasib kita dan nasib mereka macam mana.

Rozaid Rahman
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/keputusan-dah-dibuat-ikut-belum-tentu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kelantan Ikut Keputusan Mkt

Umno Kelantan Ikut Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 276 hits
UMNO Kelantan Putuskan Hubungan Dan Kerjasama Dengan PPBM Kenyataan Media Umno KelantanBadan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan hari ini membuat keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PPBM Menerusi satu kenyataan media UMNO Kelant...
Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 197 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya Perikatan Nasional akan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang sebagaimana dilapor Sinar Harian semalam dipertikaikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Hal...
Pas Kelantan Hormat Keputusan Umno Negeri Tapi Tak Terikat Ikut Langkah Sama

Pas Kelantan Hormat Keputusan Umno Negeri Tapi Tak Terikat Ikut Langkah Sama

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 195 hits
freemalaysiatoday com March 24 2021 10 15 PMChe Abdullah Mat Nawi berkata PAS Kelantan menyokong keputusan PAS Pusat iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional PETALING Walaupun menghormati keputusan Umno K...
Mic Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan Bersatu Saravanan

Mic Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan Bersatu Saravanan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 202 hits
Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata parti itu masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional Bagaimanapun katanya sekiranya MIC bertindak untuk mengikuti jejak U...
Umno Tidak Perlu Menari Ikut Rentak Anwar

Umno Tidak Perlu Menari Ikut Rentak Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 181 hits
UMNO tidak perlu menari mengikut rentak Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerjasama parti itu dengan UMNO Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata apa yang perlu dilakukan oleh UMNO adalah memberi t...
Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan Umno Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan Umno Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik antara Pakatan Harapan dengan UMNO Lagi pun selama ini Presiden PKR itu tidak henti henti mendakwa beliau ada majoriti di Parlimen ...
Rekabentuk Dalaman Rumah Ikut Citarasa Dan Konsep Pilihan Yang Di Minati

Rekabentuk Dalaman Rumah Ikut Citarasa Dan Konsep Pilihan Yang Di Minati

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 575 hits
Setiap pemilik rumah sudah tentu bermimpi mewujudkan keselesaan dan kehangatan di rumahnya Semestinya rekabentuk dalaman rumah ini mengikut citarasa dan konsep pilihan yang di minati oleh pemilik rumah Boleh buat dan reka sendiri rekabentuk...
Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 252 hits
899 total views 899 views today Berintegriti hingga ke akar umbi Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing masing Kebetulan pula akhir akhir ini hangat diperkatakan di med...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City