Kepentingan Penama Kwsp Sijil Mati Surat Nikah Belum Tentu Dapat Keluarkan Simpanan Arwah


Advertisement
Advertisement
Penama KWSP? Mungkin masih ada yang menganggap penama akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah satu perkara remeh jika berlaku sebarang kematian kerana segala bukti ikatan suami atau isteri ada dan tak perlu difikirkan sebabnya dah tentu semua caruman itu menjadi milik waris terdekat iaitu pasangan dan sebagainya secara automatik.
Sebenar, penama akaun KWSP jangan diambil mudah dan beranggapan bahawa semua data kita sebagai pewaris ada dalam simpanan KWSP. SALAH. Anda harus mewariskan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan, jika semua ini akan membuahkan hasil yang hampa, mengapa?
Ikuti perkongsian betapa pentingnya penama dalam akaun KWSP oleh seorang pengguna Facebook ini yang dikenali sebagai Siti Zainab Abd Raof bagaimana beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang simpanan atau caruman milik arwah suaminya setelah pergi ke KWSP.
Kepentingan Penama KWSPDengan membuat penama KWSP, proses pengeluaran akan menjadi mudah dan tidak perlu menunggu dalam jangka masa yang lama selain anda juga dapat mengelakkan sebarang kos dan juga kerumitan untuk mendapatkan dokumen dari pihak ketiga seperti pejabat tanah atau pun mahkamah. Jika penamaan waris dibuat lebih awal, pastinya keluarga anda itu dapat mewarisi simpanan KWSP anda tanpa sebarang masalah yang sukar malahan proses pengeluaran dilakukan dengan pantas dan selamat.
"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya. Nah ini dia sijil kematian suami saya."
"Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?" Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
"Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan. Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Mengikut dalam sistem kami, arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau."
"Apa? Kenapa macam tu pulak. Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?" Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Maaf puan. Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan. Jika berlaku kematian tanpa penama, kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA (letter of admin) jika tidak berwasiat. Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan."
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.
Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.
Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?
Sila ingat ya. Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.
Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si mati.
Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.
Senang ke tak, nak dapatkan surat kuasa tersebut?
Senang, tapi tak mudah juga sebenarnya.
Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.
Tak nak turun? Boleh saja. Tunjukkan borang DDA (dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid. Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.
Harta si mati melebihi 2 juta yang lagi haru. Masalah tau!
Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau. Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak. Kos siapa nak tanggung? Waris ler. Payah jugak kan.
Nak senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys. Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya apabila kita meninggal kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat.
So guys, Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni. Sila check semula penama EPF kalian. Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.
Kemaskini jika penama sudah meninggal. BIG NO! Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.
Tapi, harus diingat. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.
Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank, pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama. Rumah, kereta, tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut. Jadi, jom bertindak sekarang. - Siti Zainab Abd Raof 
Memang benar apa yang dinyatakan oleh wanita ini, kepada semua pencarum KWSP buat penamaan atau penama KWSP anda sebelum apa-apa berlaku. Sekurang-kurangnya anda telah memudahkan anak isteri atau suami jika anda telah meninggal dunia nanti.
Sebelum membuat penamaan, anda wajib tahu cara atau bagaimana nak tukar penama KWSP, syarat penamaan, cara hibahkan, faraid dan semuanya secara keseluruhan supaya semuanya terancang dengan teratur dan selamat. Fahamilah kepentingan penamaan waris untuk KWSP, jangan nanti masalah lain yang berlaku dan mereka yang masih hidup menanggung akibatnya.
Hukum Faraid KWSP Jika Suami Meninggal Dunia

Berikut adalah ringkasan tentang hukum faraid yang wajib kita ketahui dan sekurang-kurangnya anda telah tahu sekiranya anda mungkin menghadapi situasi begini satu hari nanti.
Mengikut hukum faraid yang melibat pengagihan harta milik suami dan salah satunya akaun KWSP adalah seperti berikut;
Sekiranya suami meninggal dunia dengan meninggalkan anak-anak, isteri akan mendapat 1/8 harta milik suami.Jika tiada anak yang ditinggalkan, isteri akan mendapat 1/4 harta suami.Walau bagaimanapun, hukum faraid boleh tidak terpakai jika isteri dan waris-waris sebelah suami mempunyai cadangan lain atau pendapat berbeza atau pun bersepakat bersetuju dalam membahagikan harta si mati.
Jadi, sebaiknya anda segerakanlah buat penamaan dan penama KWSP anda termasuk harta-harta lain yang anda ada seperti ASB, saham, wang simpanan bank, tanah, rumah dan sebagainya. Syarat Penamaan Waris KWSP
1. Ahli yang beragama Islam adalah dinasihatkan supaya menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang - Undang Islam. Ahli juga boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama (wasi/pentadbir). 2. Ahli yang bukan beragama Islam adalah dinasihatkan supaya menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli. Ahli juga boleh melantik ARB sebagai penama atau pemegang amanah kepada penama di bawah umur 18 tahun.
3. Bagi ahli yang melantik ARB sebagai penama atau pemegang amanah, satu fi (bayaran) akan dikenakan oleh ARB yang akan ditolak daripada jumlah pengeluaran simpanan. Ahli dinasihatkan berhubung dengan pihak ARB untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan fi ini.
4. Jika ahli memilih ARB sebagai penama bagi mentadbir simpanannya, ARB akan bertindak untuk
menguruskan 100% simpanan tersebut.
5. Bagi ahli (bukan beragama Islam) yang melantik ARB sebagai pemegang amanah kepada penama di bawah umur 18 tahun, ARB akan bertindak untuk menguruskan 100% simpanan bahagian penama
tersebut.
6. Ahli juga dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status penamaan dari semasa ke semasa dan membuat pengemaskinian sekiranya perlu.
Syarat-syarat Untuk Ahli Membuat Penamaan
Berikut dikongsikan juga syarat-syarat untuk ahli membuat penamaan
Semua warganegara Malaysia
Ahli yang bukan warganegara Malaysia boleh membuat penamaan sekiranya:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAUTelah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)Telah mencapai umur 18 tahun atau lebihPenamaan perlu dibuat oleh ahli sendiriBorang KWSP 4 mestilah diisi dengan lengkap
Kuat kuasa Penamaan:Borang penamaan KWSP 4 hendaklah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.Penamaan berkuat kuasa pada tarikh KWSP menerima Borang KWSP 4 daripada ahli.
Penamaan Untuk Ahli Beragama Islam Terbatal Apabila:Ahli membatalkan penamaan.Penama meninggal dunia sebelum ahli (mengikut bahagian penamaan masing-masing).Penama meninggal dunia (selepas kematian ahli) dan simpanan ahli belum dibayar kepada penamaPenamaan baharu dibuat.Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan Pengeluaran Kematian ahli dibuat.Tiada permohonan Pengeluaran Kematian ahli dibuat dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kematian ahli.Maklumat yang dikemukakan dalam Borang KWSP 4 ahli adalah maklumat palsu, tidak lengkap atau tidak betul.
Penamaan Untuk Ahli Bukan Beragama Islam Terbatal Apabila:Ahli membatalkan penamaan.Penama meninggal dunia sebelum ahli (mengikut bahagian penamaan masing-masing).Penamaan baharu dibuat.Maklumat yang dikemukakan dalam Borang KWSP 4 ahli adalah maklumat palsu, tidak lengkap atau tidak betul.Segera buat penama KWSP waris anda hari ini dan muat turun borang penamaan secara online melalui laman rasmi KWSP atau anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Semoga bermanfaat. - www.koleksiviral.com
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/11/kepentingan-penama-kwsp-sijil-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sijil Mati Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama Kwsp

Sijil Mati Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama Kwsp

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 518 hits
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa meletakkan penama dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah suatu benda yang penting Ini kerana secara lazimnya ramai yang beranggapan bahawa duit di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerj...
Wamen Bumn Ahok Belum Tentu Jadi Dirut

Wamen Bumn Ahok Belum Tentu Jadi Dirut

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 239 hits
Wakil Menteri BUMN Budi Gunadi Sadikin belum mau menjawab sektor mana yang akan Ahok pimpin atau kapan jadwal pengumumannya namun dia menyebut Ahok belum tentu menjadi dirut
Bagaimana Dapatkan Statement Sijil Simpanan Premium Bsn Baca Ini

Bagaimana Dapatkan Statement Sijil Simpanan Premium Bsn Baca Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 1527 hits
Semalam saya ada berkunjung ke cawanganBank BSN di Kota sentosa Kuching sarawak Niat saya sebenarnya nak check samaada akaun saya masih boleh digunakan ataupun tidak Last date adalah pada tahun 2016 Setelah dilihat oleh pegawai bankmereka d...
Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Ibu Sumbat Bayinya Dalam Mesin Basuh Sehingga Mati

Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Ibu Sumbat Bayinya Dalam Mesin Basuh Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 371 hits
The ReporterSeorang wanita berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki membunuh bayinya yang lahir Suspek Sutina berasal dari Palembang Indonesia terdahulu memaklumkan kepada teman lelaki yang dirinya hamil Namun lelaki terbabit Andi enggan ber...
Aku Belum Mahu Mati Telemovie Lakonan Zara Zya Adi Putra

Aku Belum Mahu Mati Telemovie Lakonan Zara Zya Adi Putra

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1714 hits
Sabtu ini slot Cerekarama TV3 membawakan telefilem bertajuk Aku Belum Mahu Mati sempena hari Maulidur Rasul Bersiaran pada 9 November 2019 jam 9 30 malam Terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd dan arahan Murali Abdullah Para Pel...
Nak Menang Hadiah Sijil Simpanan Premium Bsn Sehingga 2juta Ringgit Ayuh Baca Ini

Nak Menang Hadiah Sijil Simpanan Premium Bsn Sehingga 2juta Ringgit Ayuh Baca Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 1762 hits
Apa kelebihan membeli sijil simpanan premium BSN 1 Mudah untuk dicairkan 2 Sekiranya akaun BSN anda dah tak aktif anda tetap boleh beli SSP ini kerana ia dikira sebagai beli saham Macam sayalah hehe3 dapat hadiah bernilai Ada yang wang ring...
Bakal Ada Program Sertifikasi Persiapan Perkawinan Belum Lulus Tak Boleh Nikah

Bakal Ada Program Sertifikasi Persiapan Perkawinan Belum Lulus Tak Boleh Nikah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 267 hits
Sementara sertifikasi persiapan perkawinan akan memberikan pengetahuan yang lebih komprehensif kepada calon mempelai mulai dari kesehatan reproduksi pencegahan terhadap berbagai macam penyakit persiapan menjelang kehamilan hingga cara meraw...
Telefilem Aku Belum Mahu Mati

Telefilem Aku Belum Mahu Mati

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 350 hits
Original Content Aku Belum Mahu Mati adalah tajuk telefilem terbaru yang akan bersiaran pada Sabtu ini 9 November 2019 Telefilem ini akan mengisi Slot Cerekarama jam 9 30 Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Aku Belum Mahu Mati

Aku Belum Mahu Mati

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 641 hits
Saksikan telefilem Aku Belum Mahu Mati lakonan Zara Zya dan Adi Putra bersiaran di slot Cerekarama Sabtu 9 November 9 30 malam di Tv3 JUDUL AKU BELUM MAHU MATIWAKTU SIARAN Sabtu 9 November 2019 9 30 malam SIARAN TV Slot Cerekarama TV3PENGAR...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes