Kepala Air Dan Banjir Lumpur Bongkar Warga Asing Ceroboh Tanah Tanam Halia


 

BENTONG - Kejadian kepala air dan banjir lumpur di Jalan Lama Gombak-Bentong pada bulan lalu membawa kepada pembongkaran aktiviti pekebun warga asing menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi di sini, bagi 'projek' tanaman halia Bentong yang bernilai tinggi.
Aktiviti haram berkenaan berjaya dikesan selepas kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong membuat pemeriksaan laluan air sehingga menemui 'rahsia' dalam hutan simpan itu yang mengakibatkan bencana alam termasuk tanah runtuh pada 12 Februari lalu.
Lebih mengejutkan apabila kebun tanaman halia Bentong haram seluas kira-kira dua hektar terbabit memerlukan anggota Ops Bersepadu Tanah Tinggi Bentong berjalan mendaki bukit berbatu sejauh lebih satu kilometer sebelum menemuinya.
Hasil pemeriksaan mendapati kebun itu dipercayai diusahakan secara haram oleh empat pekebun warga asing yang mana kawasan tanaman dibahagikan kepada dua bahagian yang berada sepanjang lereng bukit.
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Shahril Mohamad berkata, operasi itu diadakan selama tiga hari bermula kelmarin membabitkan aktiviti memusnahkan dan menanam semula pokok di kawasan terbabit.
Menurutnya, tindakan tegas memusnahkan tanaman halia Bentong sebanyak kira-kira 2,500 perdu termasuk pokok cili padi dan kacang buncis perlu diambil kerana ia adalah kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh kawasan hutan simpan.
Katanya, turut dimusnahkan ialah tiga pondok tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan, yang mana mereka menjadikan air bukit sebagai sumber utama minuman dan memasak selain bagi menyiram tanaman yang diusahakan.
"Kawasan seluas 0.4 hektar pula dijadikan tapak untuk menanam pokok sayuran dan tanaman halia Bentong kini mengeluarkan hasil. Difahamkan, aktiviti pertanian berkenaan sepenuhnya diusahakan menggunakan tenaga manusia.
"Kedudukan kawasan pertanian berkenaan terletak di lereng bukit berbatu, tanpa jalan dan mereka dipercayai tidak menggunakan jentera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan hanya menggunakan laluan tikus untuk memindahkan hasil," katanya.
Operasi berkenaan disertai 50 anggota Unit Penguat kuasa (Zon Pahang Barat) JPNP, PHD Bentong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Bentong (PDTB) dan Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP).
Menurutnya, pihaknya belum mengenal pasti tempoh mereka meneroka kawasan hutan simpan itu bagi melakukan aktiviti terbabit.
"Penemuan kawasan itu hasil tinjauan kakitangan PHD Bentong yang membuat pemeriksaan laluan air selepas kejadian kepala air, banjir lumpur dan tanah runtuh di Jalan Lama Gombak-Bentong pada 12 Februari lalu
"Permintaan tinggi dan harga halia Bentong yang mahal menjadi faktor utama kegiatan menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi untuk mengusahakan tanaman berkenaan sering berlaku," katanya.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat dalang tempatan yang menggunakan warga asing sebagai buruh pertanian sepenuh masa, yang mana hasil pertanian dipasarkan oleh individu terbabit.
"JPNP akan meningkatkan pemantauan di kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi bagi mengelak terus berlaku pencerobohan untuk aktiviti pertanian terutama halia Bentong yang terkenal di daerah ini bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.
"Kita juga akan menggunakan kemudahan Forest Monitoring by Remote Sensing (FMRS) dan dron bagi memantau kawasan hutan dan bukit yang sukar dimasuki untuk kakitangan penguat kuasa sampai.
"Bentuk muka bumi bukit berbatu berlumut di Hutan Simpan Bukit Tinggi juga menjadi antara cabaran bagi aktiviti pemeriksaan lapangan dilakukan," katanya.
Hutan Simpan Bukit Tinggi seluas kira-kira 3,900 hektar dikesan menjadi tumpuan aktiviti menanam halia Bentong secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Walaupun mengetahui kesalahan menceroboh hutan simpan dan hukuman yang bakal diterima sekiranya ditangkap, individu terbabit tidak rasa gentar.
Pegawai Hutan Daerah Bentong, Muhamat Azman Yahya berkata, hampir setiap tahun pihaknya mengadakan operasi tebas kebun haram dalam Hutan Simpan Bukit Tinggi yang terkenal dengan tanaman halia Bentong.
Menurutnya, projek pertanian yang diusahakan secara haram halia Bentong termasuk tanaman pelbagai sayuran lain sebelum ini tidak membabitkan kawasan yang terlalu luas.
Katanya, tahun lalu pihaknya berjaya menahan seorang individu yang menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi kerana mengusahakan projek pertanian.
"Tanah kawasan berbukit yang subur selain cuaca sejuk di daerah ini membolehkan tanaman sayuran termasuk halia Bentong cepat membesar sekali gus menjadi pilihan mereka.
"Bagaimanapun, kawasan pencerobohan yang dikesan akan ditanam semula dengan pelbagai pokok balak berkualiti tinggi bertujuan memulihkan lokasi terbabit seterusnya dapat mengelak berlakunya kejadian hakisan lereng bukit.
"Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong mempunyai pasukan khas yang memantau kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi bagi memastikan kegiatan menceroboh tidak berulang," katanya yang turut sama menyertai Ops Bersepadu Tanah Tinggi Bentong, kelmarin.
Beliau berkata, kira-kira 1,000 pokok merawan akan ditanam oleh kakitangan PHD Bentong dalam kawasan cerobohan itu yang mana kerja berkenaan mengambil masa dua hari untuk diselesaikan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/03/kepala-air-banjir-lumpur-bongkar-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir 2 Warga Emas Lemas Air Naik Hingga Bumbung Rumah

Banjir 2 Warga Emas Lemas Air Naik Hingga Bumbung Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 43 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua warga emas ditemui lemas dalam rumah masing masing yang dinaiki air di Segamat Johor Berdasarkan keadaan mayat dua warga emas itu dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir tetapi gagal Ketua Pol...
Pbt Tak Pernah Benarkan Warga Asing Memohon Memiliki Lesen Perniagaan Menteri

Pbt Tak Pernah Benarkan Warga Asing Memohon Memiliki Lesen Perniagaan Menteri

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 96 hits
PBT tak pernah benarkan warga asing memohon memiliki lesen perniagaan MenteriPihak berkuasa tempatan tidak pernah membenarkan mana mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen premis perniagaan kedai runcit kedai makan dan di pasar aw...
8 Ritual Unik Musisi Tanah Air Sebelum Tampil Mulai Dari Makan Kunyit Hingga Menggambar

8 Ritual Unik Musisi Tanah Air Sebelum Tampil Mulai Dari Makan Kunyit Hingga Menggambar

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 52 hits
Dibalik kerennya penampilan panggung dari para musisi ternama Indonesia ternyata mereka harus melakukan ritual khusus dulu sebelum tampil lo Ritualnya pun unik ada yang memilih untuk menyendiri meminum ramuan hingga menggambar
Ribuan Warga Teluknaga Tangerang Kebanjiran Ketinggian Air Capai 1 Meter

Ribuan Warga Teluknaga Tangerang Kebanjiran Ketinggian Air Capai 1 Meter

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 46 hits
1 494 warga di Kampung Cirumpak Kecamatan Teluknaga Kabupaten Tangerang terendam air setinggi 50 100 sentimeter akibat banjir yang menggenangi kawasan permukiman Kamis
Banjir Akibat Tanggul Jebol Sapu 9 000 Warga Perumahan Di California Mengungsi

Banjir Akibat Tanggul Jebol Sapu 9 000 Warga Perumahan Di California Mengungsi

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 50 hits
Banjir Akibat Tanggul Jebol Sapu 9 000 Warga Perumahan di California Mengungsi Luapan banjir yang datang pada tengah malam ini telah memaksa sembilan ribu warga Pajaro mengungsi Aliran air sungai Pajaro yang meluap hebat akibat hujan deras ...
Kemurungan Warga Kuala Lumpur Siapa Patut Dipersalahkan

Kemurungan Warga Kuala Lumpur Siapa Patut Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 60 hits
Kemurungan dan kebimbangan berkait rapat dengan faktor pemakanan dan faktor persekitaran Pemakanan yang sihat dilihat sudah semakin pudar dan rakyat kelas bawahan seolah terpaksa makan untuk tidak berasa lapar Malah sajian makanan ringan me...
Lawak Penguatkuasa Rahsia Banjir Lumpur Terbongkar

Lawak Penguatkuasa Rahsia Banjir Lumpur Terbongkar

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 74 hits
Mohd Rafi Mamatam hmetro com myPONDOK tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan turut dimusnahkan ketika operasi Bentong Kejadian kepala air dan banjir lumpur di Jalan Lama Gombak Bentong pada bulan lalu membawa kep...
Tanggul Sungai Citarum Bekasi Jebol Ratusan Warga Terdampak Banjir

Tanggul Sungai Citarum Bekasi Jebol Ratusan Warga Terdampak Banjir

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 48 hits
Tanggul Sungai Citarum di dua titik lokasi di Desa Pantaibahagia Kecamatan Muaragembong Kabupaten Bekasi jebol Akibatnya ratusan permukiman terdampak air limpasan sungai dengan ketinggian bervariatif
Seribuan Warga Di Kosambi Dan Teluknaga Tangerang Terdampak Banjir

Seribuan Warga Di Kosambi Dan Teluknaga Tangerang Terdampak Banjir

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 51 hits
Sekitar 1 000 warga dari ratusan Kepala Keluarga di Kecamatan Kosambi dan Teluknaga Kabupaten Tangerang terendam banjir Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Tangerang Ujat Sudrajat menuturkan banjir di dua lokasi Kecamatan K...
Panggil Budak Tahfiz Quran Hidangkan Perempuan Berjoget Joget Netizen Kritik Penganjur Majlis Berbuka Puasa

Kisah Sebenar Razil Jauh Lebih Sedih Berbanding Telemovie Saat Hilang Cintamu

Pasar Raya Jual Ayam Tak Sembelih

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah Pekebun Nelayan

Cara Kenalpasti Pembungkusan Milo Original Atau Tiruan

Dap Boleh Dipantau Janji Anwar Sebelum Pru

Pm Koyak Dengan Mb Pmo Kena Nafi Atau Beripenjelasan

Scramble At Lhdn To Meet Str Deadline



5 Scam Yang Sering Terjadi di Bazar Ramadan

Resepi Puding Trifle Menu Penyejuk Tekak Ketika Berbuka

Info Dan Sinopsis Saat Hilang Cintamu Telemovie Slot Cerekarama TV3 Yang Berdasarkan Kisah Benar

5 Syarikat Pengiklanan Terbesar Dunia

Yanjin Kawasan Bandar Paling Sempit di Dunia


Suami Isteri Terbunuh Anak Lelaki Cedera Dalam Kemalangan

Liga Super Jdt Tundukkan Sabah 4 0

Dengue Cases Up 14 8pct Last Week Health Dg

Nuj Tells Off Fahmi For Describing News Report As Slander

Himpunan Anak Kedah Venue Mat Sabu Is Lying Claims Kedah Mb S Political Secretary

Koleksi Baju Raya Moden Dan Klasik Di Butik Shara Othman