Kepada Para Guru Jangan Ambil Peduli Semua Anak Murid Yang Pemalas


Pada Selasa lepas, seorang bapa telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusinya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah seperti diminta.


Bapa berkenaan Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian itu anaknya Nur Emilia, 12 tahun, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Butterworth Pulau Pinang tidak lagi mahu ke sekolah.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi media berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

"Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu," katanya.

Pada hari yang sama, sebuah video oleh Hj Norizzat Mohd Johari mengikut nama akaun YouTubenya bertajuk "Cikgu Baik Punya!!" telah dimuatnaik.

Ia dipercayai menyindir kes melibatkan Nur Emilia itu.

Video selama 50 saat itu memaparkan dua babak yang sama namun dengan lakonan berbeza.

Babak pertama seorang murid dikatakan tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan guru dalam lakonan itu memarahi dan merotannya.

Babak kedua juga sama menunjukkan murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolahnya tetapi dipuji oleh guru lelaki di dalam video seakan-akan ia bukan suatu kesalahan tetapi sepatutnya dipuji.

Malah pelajar itu diberikan duit lagi kerana tidak membuat kerja rumah.

Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang guru turut meletakkan beberapa pesanan di dalam ruangan penerangan video berkenaan. Antaranya;

“Kepada seluruh cikgu di Malaysia, mulai hari ini, kita sepakat untuk jangan ambil peduli semua anak murid yang pemalas, Jangan ambil kisah semua anak murid yang pemalas, Jangan pening kepala untuk semua anak murid yang pemalas”.

“Jangan serabut kepala untuk semua anak murid yang pemalas dan Jangan ROTAN LANSUNG semua anak murid yang pemalas”.

Video berkenaan memperoleh beberapa reaksi yang mengatakan bahawa murid-murid pada zaman moden hari ini sudah semakin manja kerana dilindungi secara melampau oleh ibu bapa mereka.

"Budak-budak zaman sekarang ni manja sangat. Masa aku sekolah dulu kena rotan sebab hanya tidak mendapat keputusan A, bukan sebab tidak siap kerja sekolah pun.

"Sekarang ni, aku dengan kawan-kawan aku semua berjaya," kata Shah Rizal dalam komennya.

Video itu sudah pun ditonton sebanyak 3,801 kali dengan menerima 49 Likes manakala tujuh tidak menyukainya.

Jika dilihat dari 26 komen yang diterima berkenaan video itu, hampir kesemuanya tidak bersetuju dengan tindakan bapa pelajar itu sebaliknya menyifatkan si ayah sebagai terlalu memanjakan anaknya.

Sebenarnya apa yang cuba disampaikan pemuat naik klip berkenaan adalah mudah.

Beliau mahu ibu bapa faham bahawa jika guru bertindak ke atas murid, ia adalah untuk kebaikkan murid berkenaan sebenarnya dan bukan tujuan lain.

Jadi persoalan sekarang ialah jika anda ada anak yang bersekolah, setakat mana anda dapat menerima tindakan seorang guru jika anak anda mempunyai masalah disiplin atau tidak membuat kerja rumah?

Rasanya jika ada asas guru bertindak dan setakat rotan biasa, maka tidak perlu la untuk kita melonjak secara keterlaluan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/kepada-para-guru-jangan-ambil-peduli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Besar Menangis Terima Hadiah Perpisahan Mempelam Daripada Murid Anak Yatim

Guru Besar Menangis Terima Hadiah Perpisahan Mempelam Daripada Murid Anak Yatim

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 194 hits
Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim Menerusi video tular yang dimuat naik Zamri Mat KL murid Tahun Enam itu sempa...
Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stress Jangan Paksa

Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stress Jangan Paksa

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 165 hits
Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak kanak yang berlaku secara perlahan lahan Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak kanak itu sendiri Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan u...
Video Pansus Angket Haji Dpr Pukul Meja Cecar Anak Buah Yaqut Jangan Bolak Balik

Video Pansus Angket Haji Dpr Pukul Meja Cecar Anak Buah Yaqut Jangan Bolak Balik

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 54 hits
Pansus Angket Haji menggelar sidang dengan menghadirkan Kasubdit Pendaftaran dan Pembatalan Haji Reguler Direktorat Pelayanan Haji Dalam Negeri Kemenag
Puji Anak Biar Sampai Anak Yakin Termotivasi Jangan Separuh Jalan

Puji Anak Biar Sampai Anak Yakin Termotivasi Jangan Separuh Jalan

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 112 hits
Memuji anak seharusnya menjadi perkara wajib buat kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak Biar anak rasa dihargai sentiasa lebih lebih lagi bila anak menunjukkan prestasi dan sifat yang membanggakan Pun begitu biarkan anak benar benar ter...
Bila Anak Murid Kencing Berlari

Bila Anak Murid Kencing Berlari

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 82 hits
Che IbrahimOrang tua tua kata apabila guru kencing berdiri anak muridnya kencing berlari Apabila pemimpinnya tidak beradab pengikutnya lebih lagi
Saat Para Profesor Dan Guru Besar Kumpul Kasih Rekomendasi Problematika Etik Penguasa

Saat Para Profesor Dan Guru Besar Kumpul Kasih Rekomendasi Problematika Etik Penguasa

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 109 hits
Tampak jelas betapa nilai pancasila dan etika di dalam berpolitik dan mentaati hukum itu terjadi degradasi yang amat sangat
Kemen Ppa Pastikan Semua Anak Yang Ditangkap Saat Demo Di Dpr Sudah Dipulangkan

Kemen Ppa Pastikan Semua Anak Yang Ditangkap Saat Demo Di Dpr Sudah Dipulangkan

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 115 hits
KemenPPPA sudah melakukan koordinasi dan pemantauan penanganan peserta unjuk rasa berusia anak di Polda Metro Jaya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah