Kepada Artis Retis Yang Menghina Netizen Forgiven But Will Not Forget



Hangat di media sosial peperangan antara netizen dan artis-artis retis yang dah sendu.

Segala-galanya berpunca dari Skim Prihatin Nasional yang diumumkan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B 40 dan M 40 yang terjejas pendapatan mereka akibat dari Perintah Terhad Perjalanan (PTP) yang dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020.

Semua rakyat menyambut baik pengumuman Skim Prihatin Nasional yang diumumkan itu.

Golongan B 40 yang terdiri dari petani, nelayan, penjaja, peniaga pasar malam, pekerja kilang, ibu tunggal, ayah tunggal yang terjejas teruk pendapatan mereka akibat arahan PTP bersyukur dengan keprihatinan kerajaan dan menerima bantuan kerajaan seadanya tanpa banyak bunyi.


Tiba-tiba segelintir artis retis yang dah sendu pula terlompat-lompat macam katak meminta supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada mereka (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Keadaan menjadi makin panas bila Zarina Anjouli memuat naik video klip yang berdurasi 11 minit 28 saat menyindir artis-artis yang selama ini yang bermegah dengan kemewahan mereka tetapi menyalak mahukan bantuan khas dari kerajaan selepas Skim Prihatin Nasional diumumkan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di Malaysia dan golongan artis yang dilihat hanya mementingkan diri sendiri serta masih lagi mahu hidup bermewah dikecam dengan hebat oleh netizen.


Segelintir artis yang dah sendu dalam industri tanah air bertindak balas seperti orang yang tak ada otak dengan menghina netizen.

Malah siap wujudkan satu akaun Telegram khas untuk mengecam netizen (BACA DI SINI).


Persatuan Seniman Malaysia bertindak balas dengan membuat lapuran polis terhadap video klip yang dimuatnaik oleh Zarina Anjouli (BACA DI SINI).

Tapi grup Telegram yang diwujudkan oleh artis-artis retis yang dah sendu untuk mengecam netizen, tidak pula ditegur oleh pihak seniman!!!

Kesimpulannya mudah, dugaan dari wabak Covid-19 telah menelanjangkan sikap dan akhlak sebenar segelintir artis-artis retis yang hanya mementingkan diri sendiri dan merasakan diri mereka adalah golongan yang patut mendapat layanan istimewa dari kerajaan dan masyarakat.


Alasan mereka sangat mudah, dengan memberikan hiburan berarti mereka sudah perasan mempunyai 'sumbangan yang sangat besar' kepada masyarakat jadi mereka rasa mereka layak dapat layanan istimewa!!!

Tapi mereka lupa, masyarakatlah yang telah memberikan kemewahan kehidupan kepada mereka hasil dari 'sumbangan yang sangat besar' itu kerana hiburan yang masyarakat terima dibayar dan bukannya secara percuma.

Tanpa sokongan masyarakat, 'sumbangan yang sangat besar' itu tidak ke mana dan hidup mereka pun tidak semewah sekarang.

Di saat kesusahan masyarakat, sepatutnya inilah waktu untuk mereka menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah mengangkat mereka dan bukannya sakit hati dengan bantuan yang kerajaan beri kepada masyarakat.

Bagai langit dengan bumi perbezaan antara artis dahulu dengan sekarang.

TS P. Ramlee dan rakan-rakan beliau, termasuk ayah dan ibu Ogy, sanggup pergi ke segala ceruk kampung untuk berikan hiburan percuma kepada masyarakat kerana sedar tidak semua masyarakat mampu mengeluarkan duit untuk mendapatkan hiburan.


Namun di penghujung hayat beliau, tidak pula beliau mengecam masyarakat bila dihimpit kesusahan hidup.

Kepada artis-artis retis yang dah sendu, bandingkanlah 'sumbangan yang sangat besar' kamu semua dengan sumbangan P. Ramlee.

Malahan Jamal Abdillah yang dahulunya dikecam kerana penglibatan beliau dengan dadah, langsung tidak mahu meminta bantuan khas semasa Covid-19.

Ingatlah kata-kata Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee :

"Seni untuk masyarakat".

Untuk artis-artis yang sudah meminta maaf, baguslah, In Sya Allah, masyarakat sedia memaafkan tetapi 'we will not forget caused damage already done.'

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/04/kepada-artis-retis-yang-menghina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Antara Netizen Dan Artis Artis Retis

Perang Antara Netizen Dan Artis Artis Retis

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 565 hits
Kepada Artis Retis Yang Menghina Netizen Forgiven But Will Not ForgetPostedby SnapShot at Hangat di media sosial peperangan antara netizen dan artis artis retis yang dah sendu Segala galanya berpunca dari Skim Prihatin Nasional yang diumumk...
Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Artis Yang Didakwa Jadi Punca Perbalahan Artis Netizen

Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Artis Yang Didakwa Jadi Punca Perbalahan Artis Netizen

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 275 hits
Tular sebuah video yang mendakwa ada berbaur hasutan menyebabkan kecaman daripada ramai pihak terhadap Industri Seni Malaysia Berikutan hal itu Persatuan Seniman Malaysia telah bertindak membuat laporan polis melalui wakil terhadap seorang ...
Yoursay Yet Another Special Committee But Will There Be Any Action

Yoursay Yet Another Special Committee But Will There Be Any Action

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 180 hits
YOURSAY Anonymous 61741578627189265 I have lost count of the number of government committees and task forces formed to tackle national problems I have yet to even read any of their actions and results This committee gimmick is just to have ...
Hiburan Dakwa Hasut Netizen Kecam Artis Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie

Hiburan Dakwa Hasut Netizen Kecam Artis Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 734 hits
Sehingga saat ini masih hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni isu tersebut juga mencetuskan perbalahan antara netizen dan artis Terbaru hari ini Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan...
Zarina Anjoulie Dedah Artis Hina Netizen Iq Rendah Ibarat Lembu

Zarina Anjoulie Dedah Artis Hina Netizen Iq Rendah Ibarat Lembu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 366 hits
Lantang menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan tetapi tidak sedar diri mengharapkan bantuan kerajaan nampaknya Zarina Anjoulie kini menjadi sasaran The post appeared first on
Netizen Kagum Artis Veteran Tak Segan Berniaga Jual Sambal Tak Minta Bantuan

Netizen Kagum Artis Veteran Tak Segan Berniaga Jual Sambal Tak Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1055 hits
Jika ramai yang mengecam artis pada masa ini dek kerana permintaan mereka agar mendapat bantuan khas daripada kerajaan susulan wabak Covid 19 namun berbeza dengan kisah yang satu ini Kredit foto TwitterNetizen bagaikan terkesan dan turut me...
Upsi Denies Performance For Minister But Not Rehearsals During Mco

Upsi Denies Performance For Minister But Not Rehearsals During Mco

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 488 hits
University Pendidikan Sultan Idris has denied a Malaysiakini report saying it had not made students put up a performance when Higher Education Minister Noraini Ahmad visited today Malaysiakini in its article had mentioned in the opening par...
Netizen Persoal Sumbangan Daripada Golongan Artis Shuib Tampil Leraikan Salah Faham

Netizen Persoal Sumbangan Daripada Golongan Artis Shuib Tampil Leraikan Salah Faham

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 256 hits
Baru baru ini seorang pelawak iaitu Shuib Sepahtu memuatnaik satu posting di Instagramnya shuibsepahtu untuk meleraikan salah faham diantara netizen terhadap beberapa rakan artisnya seperti Black Achey dan Tomok berkaitan dengan bantuan dar...
Bersatu Replaces Sec Gen But Will Muhyiddin S Position Be Strengthened

Bersatu Replaces Sec Gen But Will Muhyiddin S Position Be Strengthened

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 417 hits
Zainal Epi Malay Mail Online Tan Sri Muhyiddin Yassin seems to be cleaning up in Parti Pribumi Bersatu Malaysia He appointed Datuk Seri Hamzah Zainuddin as party secretary general replacing Datuk Marzuki Yahya who was removed on Wednesday M...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut