Kenyataan Terbuka Pkaum Ke Atas Nasihat Penggunaan Aplikasi Tiktok Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia





Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS) merupakan sumber pengetahuan tertinggi dan aset penting sesebuah negara. Tatkala negara malah seluruh dunia dilanda kemelut jangkitan Covid19 yang berleluasa, kepada IPTA/S inilah harapan masyarakat awam bagi mendapatkan penyelesaian masalah dan mengorak halatuju masa hadapan ke arah kehidupan normal kembali. Malangnya Menteri yang bertanggungjawab tidak menggembeling sarjana dari IPTA/S bagi tujuan mulia sebegini tetapi lebih senang untuk berhibur bagi mengelakkan jemu tinggal di rumah dengan ber"TikTok".


PKAUM membantah sekeras-kerasnya cadangan penggunaaan aplikasi TikTok yang bukan sahaja merosakkan penggunaan bahasa tetapi juga melekakan, lantas tidak membantu membentuk individu cemerlang dan proaktif yang menjadi aspirasi sesebuah negara maju dan membangun seperti Malaysia.


Selain daripada memberi galakan kepada warga IPTA/S menggembeling tenaga dan usaha untuk mencari penyelesaian kepada kemelut jangkitan Covid19 ini, Menteri melalui KPT juga sepatutnya menangani masalah terkini yang sedang menghantui komuniti cendekiawan di seluruh negara iaitu memastikan mekanisma pembelajaran efektif berterusan boleh berlaku di setiap kediaman/ ruang isolasi mahasiswa dan pasca-ijazah di negara tercinta kita Malaysia semasa tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Di antaranya ialah memastikan kelengkapan, infrastruktur serta jalur gelombang internet mencukupi untuk penggunaan semua warga IPT merangkum pelajar, pensyarah dan guru bagi membolehkan matlamat dan proses  pengajaran dan pembelajaran dalam talian dilaksanakan dengan komprehensif dan berkesan.Kekangan yang dihadapi oleh seluruh warga IPT dengan bilangan keluarga dan saiz kediaman yang berbeza dalam melaksanakan kerja dari rumah juga perlu dihargai dan dipertimbangkan. Banyak yang perlu diselesaikan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.


Sejurus selepas kita dikejutkan oleh drama penggunaan aplikasi Zoom oleh ramai warga IPTA/S yang menyebabkan data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kini KPT sekali lagi bersifat tidak bertanggungjawab dengan menggalakkan penggunaan aplikasi TikTok yang diketahui umum sedang menghadapi proses saman perundangan di peringkat global disebabkan data peribadi pengguna disalahgunakan dengan begitu mudah oleh pihak ketiga. Lebih menakutkan apabila aplikasi TikTok ini dikatakan memberi ruang jenayah siber terhadap kanak-kanak.

PKAUM mengharapkan Menteri bertanggungjawab kepada IPTA/S mendapatkan nasihat dari cendekiawan serta sarjana terbilang di IPTA/S dalam mencari penyelesaian kepada masalah runcing yang dihadapi oleh negara dewasa ini serta menjadi perintis dalam menjana idea-idea yang berkesan bagi mengembalikan negara kepada kedudukan yang jauh lebih baik di masa akan datang.

DR NORAISHAH MYDIN BT HAJI ABDUL AZIZ
SETIAUSAHA
PKAUM 2018/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kenyataan-terbuka-pkaum-ke-atas-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anjur Pertandingan Tiktok Menteri Pengajian Tinggi Dikecam Netizen

Anjur Pertandingan Tiktok Menteri Pengajian Tinggi Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 411 hits
Baru baru ini Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato Dr Noraini Ahmad memuatnaik satu tweet di akaun Twitternya yang mempromosikan pertandingan TikTok dan juga berkongsi satu video TikTok yang menampilkan dirinya bersama Noreen dan Iskandar Ra...
Netizen Kempen Pecat Menteri Pengajian Tinggi Selepas Buat Kempen Tik Tok

Netizen Kempen Pecat Menteri Pengajian Tinggi Selepas Buat Kempen Tik Tok

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 795 hits
AKMAL MANAF Isu kontroversi melibatkan Datuk Dr Noraini Ahmad yang mengajak peserta menyertai pertandingan Tik Tok dilihat mengundang rasa kurang senang segelintir masyarakat Akibat isu yang ditimbulkan kini ada pihak sudah menggerakkan pet...
Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 487 hits
8 April 2020 Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini Ahmad mengumumkan pertandingan TikTok melalui Twitternya bagi rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah menarik Time kritikal camni pun ajak rakyat main TikTok Netizen kritik Menteri Pendid...
Menteri Pengajian Tinggi Tinjau Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Makanan

Menteri Pengajian Tinggi Tinjau Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Makanan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 282 hits
Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini memuatnaik perkongsian di laman Facebook rasmi miliknya berkenaan lawatan ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan Yayasan Food Bank Malaysia Beliau turun padang untuk melihat sendiri sto
Belum Reda Isu Tiktok Kain Rentang Tertera Nama Menteri Pula Jadi Bualan

Belum Reda Isu Tiktok Kain Rentang Tertera Nama Menteri Pula Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 10 April Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad dikecam selepas namanya terpampang besar pada sebuah kain rentang yang dicetak bersempena pemberian sumbangan makanan kepada pelajar institusi pengajian tinggi Sumbangan dip...
Ahli Politik Persatuan Pelajar Bidas Pertandingan Tiktok Menteri

Ahli Politik Persatuan Pelajar Bidas Pertandingan Tiktok Menteri

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 292 hits
Ahli ahli politik dan persatuan pelajar tampil mengkritik penganjuran pertandingan video pendek TikTok oleh Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Ahmad Farhan Rosli meluahkan rasa kesal ...
Luvia Band Bulan Ramadhan Chord

Aston Martin Vanquish Volante The Most Powerful Convertible

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

Pm Orders Nacsa National Security Council To Work With Mahb

Can You And I Buy Land From Dbkl

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

Dvs Corrects Selangor Exco Man Says Only 14 000 Pigs Culled

Pasar Pendekar Pasar Pagi Dalam Ladang Getah Di Kampung Guntong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Musim Angin Timur Tanpa Cuaca Panas Melampau Dan Kemarau

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan Mercun