Kenyataan Takiyuddin Memerangkap Pas


SOROTAN MALAM

TIDAK sampai 20 jam saya melepaskan artikel berjudul "Anwar perlukan Hadi bina Malaysia", https://msomelayu.blogspot.com/2020/10/anwar-perlukan-hadi-untuk-bina-malaysia.html#more Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan satu kenyataan yang memberi tahu kesemua 18 orang ahli parlimen Pas berdiri teguh di belakang Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri. 
Dalam kenyataan itu Takiyuddin berkata (Pas) tidak terkesan dengan langkah Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang diPertuan Agong untuk memaklumkan yang beliau sudah mempunyai sokongan bagi mengambil alih kerajaan.
Takiyuddin menyifatkan apa dilakukan Anwar itu sebagai langkah seorang yang desprados yang dilakukan oleh orang yang sama untuk kepentingan diri dan perbuatan menangguk di air keruh.

Menyedari kenyataan segera Takiyuddin selepas tulisan saya itu memberi gambaran seperti ada sesuatu yang menganggu minda Pas dengan projek misteri Anwar itu sehinggakan Pas segera membuat kenyataan akhbar. Kenyataan itu pula menunjukkan Pas seperti tidak sehaluan dalam menanti peristiwa penting pada hari Selasa itu. 
Dari sisi lain apa yang saya cadangkan itu seperti ditakuti oleh Takiyuddin dan segelintir yang lain dalam Pas. Apakah sesuatu mustahil kalau Abdul Hadi Awang bergabung dengan Anwar untuk membangun Malaysia. Apakah rasa ragu itu disebabkan bimbang kedudukan peribadi terjejas kalau perkara itu menjadi realiti. Sepatutnya semua orang meletakan agenda peribadi di belakang dan utamakan agenda nasional.
Timbul juga persoalan kenapa Abdul Hadi Awang selaku prrsiden tidak mengeluarkan sendiri kenyataan menyatakan sokongan kepada Muhyiddin itu. Apakah Abdul Hadi lebih berhati-hati dan dengan natijah yang berlaku selepas ini? 

Walaupun Takiyuddin ada autoriti selaku Setiausaha Agung adalah lebih tepat dan gagah kalau Hadi sendiri membuat kenyataan menegaskan pendirian Pas itu. Pastinya suara Hadi lebih diyakini oleh Muhyiddin Yassin berbanding Takiyuddin. Ahli parlimen Pas khususnya lebih menghormati dan taat kepaada Hadi daripada sesiapa individu dalam Pas.  
Dari segi keperluan apakah penting dan wajarnya kenyataan dibuat Takiyuddin itu, kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun sekiranya Anwar benar-benar mempunyai jumlah mencukupi. Sebaliknya kenyataan itu memerangkap Pas seandainya Anwar benar-benar cukup nombor kelak. Di sini menjelaskan kenyataan itu dibuat tanpa penelitian dan tanpa hikmah tetapi lebih kepada bertolak daripada emosi. 
Semasa Anwar membuat sidang akhbar mendedahkan beliau sudah mempunyai bilangan cukup, ia tidak termasuk ahli parlimen Pas pun. Pengakuan Anwar itu terjawab dengan sendiri dan tuntas apabila presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa beliau dimaklumkan ramai ahli parlimen Umno menyokong Anwar dan beliau tidak boleh menghalangnya. 
Di sini Anwar tidak memerlukan ahli Parlimen Pas justeru Pas tidak payah susah-susah membuat kenyataan pendirian ahli parlimen Pas. Kecuali Takiyuddin ada maklumat yang ada ahli parlimen Pas akan menderhaka dan melanggar bai'ah? 
Sepatutnya Takiyuddin mendalam dan memehami kenyataan Zahid itu. Dari kenyataan Zahid itu sudah jelas MP atau sokongan diperolehi Anwar adalah daripada Umno bukan daripada ahli parlimen Pas. Dengan kedudukan itu sikap diambil Pas seperti dinyatakan Takiyuddin itu tidak membawa apa-apa erti lagi.  
Juteru kenyataan Takiyuddin hari ini bukan satu kenyataan bijaksana melainkan kenyataan boleh memerangkap diri Pas sendiri. Seandainya kenyataan Takiyuddin dibuat atas ilham dan ideanya sendiri barang kali elok bagi Abdul Hadi sebagaiu presiden melihat sejauh mana kearifan dan strategis Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung. 
Dalam berhadapan dengan isu usaha mengambil alih kerajaan PN ini, pendirian dan ulah Takiyuddin selari dengan pendirian dan sikap Annuar Musa. Annuar juga dilihat bertindak sendiri tanpa akur serta membelakangi kehendak presiden partinya Zahid Hamidi. Apakah Takiyuddin dan Annuar sudah mengatur strategi politik peribadi lebih jauh menerusi parti masing-masing? 
Apabila Takiyuddin sudah membuat kenyataan sedemikian, Pas ia tidak boleh undur ke belakang lagi dan situasi itu tidak kondusif buat Pas. Kalau pun ada cadangan untuk Pas turut menyokong Anwar sebagai perdana menteri ia tidak lagi dialu-alukan. Kenyataan dan sikap dibuat Takiyuddin itu sudah mematikan langkah Pas dan meletakkan Pas dalam liang lahad. 
Dalam pada itu ada makluman Pas yang sampai ke telinga saya, Abdul Hadi telah dinasihati lebih berhati-hati dengan episod yang berlaku 13 Oktober nanti. Hadi dinasihat tidak terlebih dayung sebaik-baiknya melihat riak dan gelombang terlebih dahulu. 
Mungkin kerana faktor inilah maka Hadi dilihat tenang dan tidak gelojoh dalam menyerang Anwar yang dianggap retorik dan gimik itu. Apakah Hadi ada menerima cadangan lain berhubung peralihan kuasa dalam kerajaan PN itu. Semisalnya beliau juga menanti atau tidak mengharapkan kepada Muhyiddin seratus peratus tetapi ada yang lain? Atau apa sebenarnya? [wm.kl.7:52 pm 11/10/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/10/kenyataan-takiyuddin-memerangkap-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Bodoh Adun Dap Kapayan Berkenaan Cadangan Perlantikan Wakil Pas

Kenyataan Bodoh Adun Dap Kapayan Berkenaan Cadangan Perlantikan Wakil Pas

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 270 hits
Seorang ahli dewan undangan negeri DAP Sabah yang bertanding atas simbol Warisan Plus menimbulkan kebimbangannya mengenai cadangan melantik wakil dari PAS menyertai DUN dan kabinet negeri yang baru dibentuk Adun Kapayan Jannie Lasimbang dal...
Anwar Desprados Mp Pas Sokong Muhyiddin Pn Takiyuddin

Anwar Desprados Mp Pas Sokong Muhyiddin Pn Takiyuddin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 300 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 9 25 amTakiyuddin HassanPAS menegaskan semua 18 ahli parlimen parti itu menyokong penuh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional sekarang Setiausaha Agung PAS Ta...
Takiyuddin Pas Yakin Hajiji Mampu Berikan Khidmat Yang Terbaik Kepada Rakyat Sabah

Takiyuddin Pas Yakin Hajiji Mampu Berikan Khidmat Yang Terbaik Kepada Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA PAS merakamkan keyakinannya bahawa Ketua Menteri Sabah yang baru Datuk Seri Hj Hajiji Mihd Noor mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini ditambah dengan ...
18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 287 hits
267 total views 267 views today KOTA BHARU PAS hari ini mengulangi penegasan bahawa kesemua 18 ahli Parlimennya tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PAS ...
Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Takiyuddin 18 Orang Ahli Parlimen Pas Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR PAS menegaskan bahawa semua 18 Ahli parlimennya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata P...
Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

Saya Kristian Siapa Kata Pas Racist Satail Majungkat Sabah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 402 hits
DEWAN Himpunan Penyokong PAS Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti racist Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012 Saya telah membant...
Yadim Kini Cabang Parti Pas

Yadim Kini Cabang Parti Pas

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 200 hits
Nama yang tersenarai sebagai IKON Dakwah termasuk Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM sendiri Datuk Dr Norhafizah Musa dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ahmad Dusuki Abd Rani Mereka akan berperanan sebagai duta YADIM dalam program...
Ketua Penerangan Pemuda Pas Merapu

Ketua Penerangan Pemuda Pas Merapu

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 220 hits
Saya pun pelik masakan sebagai Ketua Penerangan beliau tidak tahu hujung pangkal apa yang berlaku di Sabah sebelum PRN dan apa yang berlaku terhadap kerajaan PN di Pusat Beliau salahkan Shafie Apdal kerana berlaku PRN di Sabah sehingga menc...
Yoursay Pas Rep In Sabah State Assembly Think A Thousand Times

Yoursay Pas Rep In Sabah State Assembly Think A Thousand Times

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 213 hits
YOURSAY Once PAS rep is appointed that s the end of multiracialism in Sabah Vijay47 Brilliant As anticipated BN secretary general Annuar Musa s suggestion to have a PAS representative in the Sabah state assembly is exactly the trap laid out...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bendi Goreng Bersambal

Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar