Kenyataan Permohonan Maaf Secara Rasmi Berkaitan Isu Para Penulis Baharu Oh Media


KENYATAAN RASMI | 19 JULAI 2019

Berikutan baru-baru ini terdapat beberapa laporan berkaitan aktiviti mengambil bahan (walaupun dengan sumber tetapi tanpa izin) dan membuat salinan (tanpa izin) dari beberapa laman web utama lain melibatkan Oh! Media, ini merupakan penjelasan dan kenyataan rasmi dari pihak kami.

Lebih 10 tahun berada di dalam industri penulisan web dan blog, kami sangat memahami soal kredibiliti tentang penulisan yang diterbitkan yang mana isu seperti ini tidak pernah lagi berlaku sebelum ini. Namun begitu, bagaimana permasalahan ini boleh terjadi baru-baru ini?

Pada bulan Mei 2019, kami telah membuka peluang (buat pertama-kalinya) untuk para pelajar dari beberapa universiti di Malaysia menjalankan Latihan Industri (Internship) mereka di syarikat kami. Antara kerja/task yang diberikan termasuklah menerbitkan artikel-artikel sebagai salah-satu cara pembelajaran mereka selain dari beberapa tugasan lain lagi.


Selain dari pelatih industri, terdapat juga beberapa pekerja baru yang diserap masuk ke dalam Oh! Media untuk membangunkan dan menerbitkan konten berkaitan e-Sport melalui Oh! Media. Para pekerja ini terikat dengan tempoh percubaan selama 2 bulan.

Kami memberikan kebebasan kepada para pekerja baru ini dan juga para pelatih industri ini berkarya mengikut cara mereka sendiri. Ada artikel penulisan mereka yang dikeluarkan ke portal kami dan ada yang ditolak kerana tidak mengikut apa yang diharapkan.

Dukacitanya dimaklumkan, sebagai manusia biasa sememangnya ada artikel yang berjaya kami kesan mengambil rujukan dari pihak lain dan ianya telah ditolak secara terus untuk dipaparkan. Bagaimanapun masih ada artikel hasil dari penulisan mereka ini yang kami terlepas pandang dan akhirnya dikeluarkan kepada umum sekaligus mewujudkan isu yang memburukkan imej sebuah penjenamaan ini.

Antara Tindakan Susulan Yang Telah Diambil Setakat Ini.1. Semua artikel melibatkan E-Sukan (kategori ini baru diperkenalkan sejak Mei 2019) telah ditarik secara keseluruhan.

2. Sebahagian artikel dari pelajar Latihan Industri juga telah ditarik-balik mengikut mana yang mereka akui telah diterbitkan dengan mengambil sumber dari pihak lain (dengan izin atau tanpa izin).

3. Amaran keras telah diberikan kepada para penulis yang terlibat agar perkara ini tidak berulang lagi (walau sekalipun) dan jika berlaku lagi, Oh! Media tidak teragak-agak untuk memecat atau memberhentikan mereka ini serta-merta.

4. Editor yang seharusnya bertugas untuk meneliti semua artikel sebelum dipaparkan telah diberhentikan serta-merta dari bahagian seliannya.

------------------------------

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas aduan yang diberikan oleh para netizen di Twitter berkenaan perkara ini terutamanya pihak yang benar-benar terlibat secara langsung seperti saudara Faiz Tobeng, saudari Mariah A (@wtmtoday), dan juga pihak Astro Awani.

Kejadian sebegini memberi satu kesan yang sangat mendalam kepada Oh! Media agar lebih berhati-hati lagi di masa akan datang. Ingin kami tekankan di sini bahawa kami menolak sekeras-kerasnya sejak dahulu lagi bagi sebarang aktiviti dan tabiat sebegini. Kami juga merayu kepada para pengamal media dan netizen untuk menegur apa sahaja kesilapan yang kami lakukan agar dapat kami perbaiki dari semasa ke semasa. Semoga ianya dapat memberikan kesan positif kepada semua pihak di masa akan datang.

Tahun ini merupakan tahun ke-10 laman web Oh! Media beroperasi dan isu sebegini tidak pernah terjadi sebelum ini melalui para penulis tetap kami yang terdahulu. Perkara seperti ini sekaligus membuka mata kami untuk lebih berhati-hati dalam meneliti pengambilan pelajar dan juga pekerja di masa akan datang.

Kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para pengamal media di Malaysia, kami di Oh! Media seluruhnya memohon maaf seikhlas hati dan berjanji perkara sebegini tidak sesekali akan berlaku lagi di masa hadapan.

- KH
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/kenyataan-permohonan-maaf-secara-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Kepong Isu Penyatuan Parti Melayu

Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Kepong Isu Penyatuan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 635 hits
Assalamualaikum WBT Merujuk kepada pelawaan Tun M agar parti parti politik Melayu bergabung demi atas satu tujuan iaitu demi kepentingan agama bangsa dan negara Saya menyambut baik cadangan tersebut setelah ditelusuri segala intipati ucapan...
Akui Kesilapan Muat Naik Sedutan Filem The Lion King Neelofa Tampil Buat Permohonan Maaf

Akui Kesilapan Muat Naik Sedutan Filem The Lion King Neelofa Tampil Buat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 475 hits
Selepas menerima kecaman daripada netizen pelakon dan pengacara Neelofa membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya kerana berkongsi rakaman sedutan filem The Lion King di Instastory miliknya semalam Tindakannya itu turut mendapat per...
Tarian Salsa Upm Tunggu Permohonan Maaf Iwem

Tarian Salsa Upm Tunggu Permohonan Maaf Iwem

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 697 hits
Tarian salsa semasa konvokesyen IWEM yang tular di media sosial KUALA LUMPUR Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab dengan segmen tarian salsa yang diadakan semasa Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia baru baru ini Majlis pad...
Vida Mohon Maaf Kepada Aishah Isu Berlian Palsu

Vida Mohon Maaf Kepada Aishah Isu Berlian Palsu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 348 hits
Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida hari ini memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin The post appeared first on
Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya Isu Campak Tanjak Ke Lantai Nabil Ahmad Mohon Maaf

Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya Isu Campak Tanjak Ke Lantai Nabil Ahmad Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 459 hits
View this post on Instagram Asalamualaikum Tuan Tuan sekali saya manusia yg Banyak melakukan kekhilafan Dan saya Harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran Pada saya Dan Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Ma
Menjawab Kenyataan Kadir Jasin Tindakan Anwar Terhadap Isu Video Viral

Menjawab Kenyataan Kadir Jasin Tindakan Anwar Terhadap Isu Video Viral

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 439 hits
Saya telah membaca kenyataan A Kadir Jasin yang telah disiarkan di dalam Malaysiakini Beliau mencadangkan agar Anwar selaku Presiden KEADILAN terlebih dahulu patut bertindak terhadap Timbalan Presiden YB Dato Seri Azmin Ali di dalam isu ber...
Kenyataan Media Pkr

Kenyataan Media Pkr

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 329 hits
KENYATAAN MEDIASambil mengambil maklum bahawa siasatan polis masih lagi berjalan dan setakat kenyataan Ketua Polis Negara semalam KEADILAN menerima baik kenyataan bahawa Timbalan Presiden KEADILAN YB DS Mohamed Azmin Ali tidak terlibat dala...
Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

Inara Rusli Perjalanan Cinta Dan Kehidupan Bersama Virgoun

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Iss Kongsi Imej Sungai Kelantan Dari Angkasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acg Base Creator Market Merupakan Destinasi Baharu Buat Peminat Anime Komik Dan Permainan Di Malaysia

Tell Me Your Birth Place Without Telling Me Your Birth Place

Aditya Zoni Kena Ganggu Di Hotel Selepas Penggambaran Menjelang Maghrib 2

Rosalia Indah Nl 319 New Marcopolo

Resepi Apam Nasi

Kecik Kecik Tapi Bau Power