Kenyataan Menteri Pertahanan Isu Veteran Tentera Mengecewakan



Kenyataan Menteri Pertahanan isu veteran tentera mengecewakanPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 16, 2022
ShareKenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein baru baru ini berkenaan isu pencen dan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat mengecewakan
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, nasib golongan veteran ATM yang sejak sekian lama terabai mendorong mereka menganjurkan tunjuk perasaan di Tugu Negara, Kuala Lumpur baru baru ini.
Katanya, demonstrasi seumpama itu tidak akan berlaku seandainya kerajaan Malaysia mengambil berat rintihan golongan veteran.
“Ia amat menyedihkan melihat para veteran tiada pilihan melainkan berdemonstrasi kerana mereka dinafikan kehidupan bermaruah selepas pengorbanan sekian lama.
“Hishamuddin berkata isu ini tidak boleh diselesaikan oleh Kementerian Pertahanan secara sendirian, kerana ia ada kaitan dengan kemampuan kewangan negara.
“Jelas ia adalah jawapan untuk lari daripada persoalan ini. Benar, kebajikan veteran, termasuk isu pencen, merentas tanggungjawab pelbagai Kementerian lain.
“Namun, siapa lagi kalau bukan Kementerian Pertahanan harus menjuarai soal kebajikan veteran?
“Tidak seperti sesetengah negara lain seperti Australia, Kanada, China dan Amerika Syarikat, Malaysia tidak mempunyai Kementerian Hal Ehwal Veteran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nik Nazmi lagi, Hishamuddin seharusnya memberi respons yang lebih berhemah seperti memanggil golongan veteran dan mengambil tahu keperluan mereka
Juga, katanya, Menteri Pertahanan itu perlu memulakan usaha bersama kementerian lain bagi merealisasikan sebahagian tuntutan veteran setakat yang termampu dilakukan Kerajaan.
“Para veteran yang turun ke Tugu Negara tidak meminta Hishammuddin mengibaskan tongkat sakti untuk menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya, menunjukkan rasa prihatin dan lebih penting inisiatif dan kepimpinan.
“Sekurang-kurangnya Hishammuddin perlu berbincang, menggalakkan dan mendesak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri untuk memberi tumpuan merumus dan kemudian melaksanakan penyelesaian kepada cabaran getir yang dihadapi veteran Malaysia.
“Jika bukan Menteri Pertahanan yang sanggup mengetuai usaha mendesak bagi membantu bekas-bekas perajurit kita, siapa lagi?” katanya.
Calon Naib Presiden KEADILAN itu mengingatkan Hishamuddin bahawa beliau merupakan antara Menteri Pertahanan yang lama memegang jawatan dan dengan mudah boleh memulakan sebarang usaha memperbaiki kehidupan golongan veteran sekiranya ada keazaman berbuat demikian
“Beliau telah menjadi Menteri yang telah memegang portfolio ini dari 2013 – 2018 dan sekali lagi dilantik pada tahun 2021.
“Beliau telah menjadi Menteri penuh sejak 1999 (kecuali tempoh pendek 2018-2020), maka sepatutnya masak dan mengerti dengan proses kerajaan,” katanya.
Nik Nazmi juga membariskan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak lama selepas menjadi PM yang berjanji akan mengkaji cadangan bagi memastikan semua veteran mendapat pencen.
Begitu juga Hishammuddin menjanjikan “berita baik” tentang pengampunan kesalahan tentera dan penambahbaikan pencen kepada balu tentera pada Mei 2021.
“Apa terjadi kepada kajian dan berita baik yang diuar-uarkan ini?
“Hari, minggu dan bulan berlalu dan penderitaan veteran kita berterusan.
“Di mana rasa mustahaknya? Di mana kepimpinannya? Tidak hairanlah veteran kita berasa terabai dan tidak berpuas hati,” kata Nik Nazmi lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kenyataan-menteri-pertahanan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam

Polis Ambil Keterangan Enam Penganjur Demo Himpunan Reunion Veteran Tentera Semalam

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Suara Veteran Komander Abdul Rahman Husain berkata pihaknya sudah hadir memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi semalam berhubung penganjuran himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara Kuala Lumpur pada hari yang sa...
Jangan Perlekeh Veteran Tentera Kerajaan Usah Habiskan Dana Ke Tujuan Lain Nik Nazmi

Jangan Perlekeh Veteran Tentera Kerajaan Usah Habiskan Dana Ke Tujuan Lain Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 122 hits
Himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara Kuala Lumpur semalam membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN selama ini tidak menjaga kebajikan anggota tentera yang bersara secara sempurna Fakta yang didedahkan dalam himpunan itu bahawa ham...
Bn Gagal Bela Veteran Tentera Gagal Bela Warga Tua

Bn Gagal Bela Veteran Tentera Gagal Bela Warga Tua

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 145 hits
BN gagal bela veteran tentera gagal bela warga tuaPosted By on June 10 2022Himpunan Reunion Veteran Angkatan Tentera Malaysia pada 6 Jun lalu memperlihatkan bagaimana lemahnya negara dalam menangani masalah warga tua Fakta menyedihkan darip...
Bantuan Prihatin Pahang Nasib Veteran Tentera Dan Pesara Polis Turut Di Berikan Perhatian

Bantuan Prihatin Pahang Nasib Veteran Tentera Dan Pesara Polis Turut Di Berikan Perhatian

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 167 hits
TEMERLOH Nasib veteran tentera dan pesara polis di negeri ini turut mendapat perhatian kerajaan negeri melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022 di bawah Kluster Apresiasi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kluster Apresiasi m...
Selesai Segera Isu Tentera Jangan Biar Lama Macam Helikopter Tentera

Selesai Segera Isu Tentera Jangan Biar Lama Macam Helikopter Tentera

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 165 hits
Anwar gesa menteri pertahanan selesaikan segera isu kebajikan pesara tentera June 6 2022 Sekumpulan pesara tentera berhimpun dalam perhimpunan dikenali sebagai Reunion Veteran di Tugu Negara Kuala Lumpur hari ini PETALING JAYA Ketua Pembang...
Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

Hiburan Mana Janji Janji Dato Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 115 hits
Tular di media sosial semalam mengenai sebuah yang memaparkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tampil menegur secara terus menteri menteri yang gagal mengotakan janji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera Soal Sultan Ibra...
Lebih 1000 Veteran Tentera Berhimpun Tuntut Pembelaan

Lebih 1000 Veteran Tentera Berhimpun Tuntut Pembelaan

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 233 hits
Seramai lebih kurang 1 000 orang ahli veteran dan bekas tentera dari perkhidmatan darat laut dan udara telah berhimpun di Tugu Negara hari ini Kehadiran mereka adalah untuk merealisasikan Perhimpunan Bekas Perajurit 6622 atau lebih dikenali...
Dah Tak Selesai Isu Mabuk Bawa Kereta Kes Lain Pulak Menteri Agama Tak Kan Diam Saja

Dah Tak Selesai Isu Mabuk Bawa Kereta Kes Lain Pulak Menteri Agama Tak Kan Diam Saja

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 229 hits
Umpan wanita seksi untuk pemasaran premis gunting rambut diserbu June 8 2022 Premis gunting rambut di Puchong tular di media sosial baru baru ini kerana memperagakan tukang gunting rambut berpakaian seksi kepada pelanggan lelaki PETALING JA...
Ibu Cakap Saya Tak Perlu Bertahan Chanmi Menangis Kongsi Isu Buli Aoa

Ibu Cakap Saya Tak Perlu Bertahan Chanmi Menangis Kongsi Isu Buli Aoa

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 184 hits
Melalui siaran episod Yoo Quiz On The Block baru baru ini Chan mi AOA dan ibunya Lim Chun sook membuat penampilan sebagai tetamu bersama sama Sebelum ini ibu Chan mi Lim Chun sook yang merupakan seorang pengarah salon rambut pernah muncul d...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj