Kenyataan Media Yab Menteri Besar Pahang















PAHANG HARGAI PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENERUSI BELANJAWAN 2026


Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan serta YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, atas perhatian dan keprihatinan besar yang diberikan kepada Negeri Pahang dalam pembentangan Belanjawan 2026 sebentar tadi.


Peruntukan yang disalurkan kepada Negeri Pahang melalui pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negara.


Projek dan inisiatif penting yang diumumkan secara khusus untuk Negeri Pahang ialah:


i. Naik taraf Lebuh Raya Kuantan–Segamat, Rompin;


ii. Pembinaan jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran;


iii. Pemajuan kawasan Kampung Bongsu, Temerloh;


iv. Naik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1, Kuantan;


v. Pembinaan Klinik Kesihatan lengkap dengan kuarters di Pos Lenjang, Lipis;


vi. Membina dan membaiki jalan kampung melibatkan laluan Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang Pos Titom, Lipis;


vii. Membina jalan baharu di Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut;


viii. Menggantikan paip usang menerusi Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan;


ix. Naik taraf premis TABIKA di Kampung Kuala Terbol, Temerloh;


x. Menyediakan kemudahan khemah penjaja, peranti sound box dan sistem QR kepada peniaga pasar malam Kuala Tahan, Jerantut;


xi. Menganjurkan program bimbingan keusahawanan kepada banduan di Penjara Penor, Kuantan;


xii. Membina sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Desa Damai, Bentong;


xiii. Membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Kuantan;


xiv. Membina rumah keluarga angkatan tentera di Pangkalan Udara Kuantan; dan


xv. Memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota Imigresen di Lipis.


Projek-projek ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan rakyat Pahang daripada pembangunan infrastruktur asas dan pendidikan, hinggalah kepada keusahawanan, kemudahan sosial dan kebajikan masyarakat luar bandar termasuk komuniti Orang Asli.


Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan semua peruntukan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan berkesan supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.


Sekali lagi, saya mewakili seluruh rakyat Pahang merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas kepercayaan serta sokongan berterusan kepada Negeri Pahang.


YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
10 Oktober 2025








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/kenyataan-media-yab-menteri-besar-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pecat King Sing Segera Toqqi Kenyataan Media Ppim 06 10 2025

Pecat King Sing Segera Toqqi Kenyataan Media Ppim 06 10 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 314 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia ingin merakamkan perasaan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan yang membiarkan arak dihidangkan secara bebas di suatu majlis rasmi Kementerian itu Saya ca...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang Di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis

Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang Di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 203 hits
LIPIS Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan Majlis Rekreasi Pahang di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis hari ini Baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang bertitah MRP itu ...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 195 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Wan Rosdy Dianugerahkan Iem Honorary Fellow Award Oleh Institut Jurutera Malaysia Cawangan Pahang

Wan Rosdy Dianugerahkan Iem Honorary Fellow Award Oleh Institut Jurutera Malaysia Cawangan Pahang

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan IEM Honorary Fellow Award oleh Institut Jurutera Malaysia Cawangan Pahang Menurut Wan Rosdy penganugerahan itu amat bermakna sebagai pengiktirafan kepadanya tetapi k...
Angkatan Mahasiswa Antirasuah Pahang Sepakat Teguh Benci Rasuah Pastikan Negara Bebas Daripada Gejala Itu

Angkatan Mahasiswa Antirasuah Pahang Sepakat Teguh Benci Rasuah Pastikan Negara Bebas Daripada Gejala Itu

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Mahasiswa mempunyai peranan amat penting dalam membentuk masyarakat yang membenci rasuah dan mampu menjadi benteng awal dalam memastikan negara bebas daripada gejala ini Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud berkata penganjuran Pr...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Tahan Seorang Lagi Pekebun Haram Musang King Di Raub

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Tahan Seorang Lagi Pekebun Haram Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang menahan seorang lagi pengusaha kebun durian musang king semalam kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram mencecah ratusan ribu ringgit Suspek dipercayai memperoleh menerima me...
4 Members Of Pahang Police Nabbed Over Drugs

4 Members Of Pahang Police Nabbed Over Drugs

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 203 hits
The three men and a woman were in a karaoke room when a raid was conducted The state police chief said the four were detained after a raid conducted by the Bukit Aman integrity unit KUANTAN Four members of the Pahang police one of them a wo...
Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi Rm5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi Rm5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur berjaya memacu pelaburan direalisasi sebanyak RM5 bilion dan pelaburan komited RM3 9 bilion bagi negeri Pahang dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia