Kenyataan Halimah Ali Guris Perasaan Peniaga Razeef




Kenyataan Halimah Ali guris perasaan peniaga – RazeefPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: February 18, 2023
ShareKenyataan seorang Ahli parlimen Pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko kesihatan dianggap keterlaluan dan tidak wajar.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin berkata kenyataan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang mengaitkan hidangan di bawah jenama Menu Rahmah seolah-olah low quality dan memungkinkan risiko kesihatan adalah melampau.
“Ini merupakan satu kenyataan yang sangat biadap, seolah peniaga yang menyambut baik inisiatif Menu Rahmah akan menghidangkan makanan yang tidak berkualiti dan boleh menyebabkan penyakit.
“Sebagai salah seorang pengusaha gerai makanan, saya amat terkilan dengan kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Halimah dalam perbahasan di Dewan Rakyat semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Khamis berkata, penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sewajarnya menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.
Wakil Rakyat Pas itu berkata, beliau bimbang mereka yang mendapat hidangan bermutu rendah itu terdedah kepada kanser, penyakit autoimmune, kepada autisme dan sebagainya
Petikan ucapan tersebut menjadi tular semalam dengan sebahagian warganet menganggap Halimah terkeliru apabila mengaitkan makanan dengan masalah autisme.
Bagi Razeef, walaupun memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga RM5 ke bawah tidak bermakna kerajaan membenarkan peniaga menukar bahan masakan dengan bahan yang membahayakan kesihatan.
Peniaga juga, katanya, faham akan hal tersebut.
“Sebagai peniaga kita tahu menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang dihidangkan. Sudah tentu kita tidak ingin pelanggan mendapat penyakit dari makanan yang dihidangkan kerana ia akan merisikokan perniagaan.
“Kedai saya sendiri, bahan masakan yang digunakan masih sama dan cara masakan masih sama, bersih dan sihat. Kita hanya mengurangkan sedikit kuantiti bagi menyesuaikan hidangan dengan harga.
“Walau untung tidak besar bagi satu hidangan namun dengan jualan yang lebih banyak dari sebelum ini kerana dijual dengan harga mampu, keuntungan perniagaan sebenarnya lebih baik daripada sebelum ini,” jelasnya
Sebagai rekod, Menu Rahmah merupakan inisiatif dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5.
Ia mengandungi hidangan yang dilengkapi karbohidrat dari nasi, protein – seperti ayam atau ikan – dan sayuran bagi memudahkan orang ramai terutama golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan tengahari atau malam tanpa terlalu terbeban.
“Tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Kapar menjelaskan sikap pemimpin Perikatan Nasional yang hanya tahu mempertikai inisiatif baik untuk rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas tanpa memperdulikan perasaan pengusaha perniagaan makanan,” kata Razeef lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/kenyataan-halimah-ali-guris-perasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Jangan Salah Tafsir Kenyataan Rehat Sementara

Azmin Ali Jangan Salah Tafsir Kenyataan Rehat Sementara

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 133 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali berkata kenyataannya mahu berehat sementara waktu daripada arena politik tidak patut disalah tafsir Sebagai pemimpin Bersatu katanya menjadi tanggungjawabnya untuk me...
Kalau Kena Pada Yang Komen Tu Semua Baru Tau Apa Yang Kami Rasa Ali Puteh Bidas Netizen Mentertawakannya

Kalau Kena Pada Yang Komen Tu Semua Baru Tau Apa Yang Kami Rasa Ali Puteh Bidas Netizen Mentertawakannya

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 211 hits
Semalam pelawak Ali Puteh yang mendakwa kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali telah datang ke rumah arwah suaminya untuk menabur benda benda khurafat bagi tujuan yang tidak baik mengundang pelbagai reaksi netizen Sedangkan balu kepada arwa...
Saya Setuju Bayar Ansuran Kepada Balu Arwah Dengan Duit Sendiri Ali Puteh

Saya Setuju Bayar Ansuran Kepada Balu Arwah Dengan Duit Sendiri Ali Puteh

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 218 hits
Pelawak Ali Puteh akan membayar saman berjumlah RM60 000 kepada kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini secara ansuran Menurut laporan Harian Metro Ali atau nama penuhnya Syed nb...
Hidayah Tuntut Serah Kunci Rumah Jelaskan Saman Rm60k Ali Dakwa Kakak Iparnya Datang Untuk Tabur Benda Benda Khurafat

Hidayah Tuntut Serah Kunci Rumah Jelaskan Saman Rm60k Ali Dakwa Kakak Iparnya Datang Untuk Tabur Benda Benda Khurafat

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 209 hits
The ReporterTengah hari Jumaat 10 Februari balu Allahyarham Abam Bocey Siti Norhidayah Mohd Ali menuntut adik iparnya Ali Puteh dan keluarga melunaskan bayaran saman RM60 000 seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini Hidayah turu...
Dinner Romantis Ini Potret Margin Dan Ali Syakieb Di Momen Anniversary Pernikahan Ke 2

Dinner Romantis Ini Potret Margin Dan Ali Syakieb Di Momen Anniversary Pernikahan Ke 2

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 134 hits
Margin Wieheerm dan Ali Syakieb sedang menikmati kehidupan rumah tangga sebagai pasangan suami istri Kebahagiaan semakin bertambah setelah hadirnya sang buah hati Baby Guzel Tak terasa usia pernikahan Margin dan Ali Syakieb menginjak 2 tahu...
Datu Omar Ali Claims Group That Took Sulu Dispute To Court Not Legal Heir

Datu Omar Ali Claims Group That Took Sulu Dispute To Court Not Legal Heir

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 246 hits
Datu Omar Ali Datu Bachtiyal opined that the action of the group of individuals in bringing the dispute and arbitration process to the Spanish Constitutional Court was incorrect and illegal Bernama picKOTA KINABALU Feb 5 An individual claim...
Ada Ke Dia Tanya Bil Api Air Selama 3 Tahun Kita Jaga Rumah Ali Puteh

Ada Ke Dia Tanya Bil Api Air Selama 3 Tahun Kita Jaga Rumah Ali Puteh

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 155 hits
Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial konflik yang berlaku di antara balu Allahyarham Abam Bocey Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adik iparnya Ali Puteh didakwa telah meninggalkan sesuatu selepas hadir ke rumah arwah suaminya pada J...
Hiburan Datang Hari Kami Kerja Pastu Nak Kata Kami Tak Layan Ali Kata Hidayah Peguam Datang Mengejut

Hiburan Datang Hari Kami Kerja Pastu Nak Kata Kami Tak Layan Ali Kata Hidayah Peguam Datang Mengejut

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 200 hits
Berikutan video yang dimuat naik oleh kedua dua pihak isu membabitkan Ali Puteh dan balu Abam Hidayah Ali menjadi bualan hangat di media sosial Terdahulu Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila rumah milik arwah suaminya itu tidak dijaga deng...
Nak Berehat Sekejap Kata Azmin Ali

Nak Berehat Sekejap Kata Azmin Ali

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 154 hits
Farah Marshita Abdul Patahfarahmarshita bh com my KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu Bagaimanapun Ketua Penerangan Perikatan Nasional itu menerus...
Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Singgah The Sheep Sanctuary

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Nasi Ambeng Porsi Besar

Jimat Masa Memasak Dengan Pes Homemade Ini

10 Mata Wang Paling Berharga Pada Tahun 2025