Kenyataan Ampu Hadi Undang Kecaman Netizen


 

March 10, 2021 TUGAS TGHH SEPANJANG MEMEGANG DUTA KHAS TIMUR TENGAH
Pada 2 April 2020 yang lalu, Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH) telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin (TSMY) selaku Duta Khas Timur Tengah. Namun, ia membawa kritikan daripada pelbagai pihak dalam menilai peranan dan prestasi beliau sepanjang menjawat jawatan itu.Tambahan pula, kecoh sehari dua ini yang mempersoalkan kompentasi TGHH selaku Duta Khas dalam memainkan peranan beliau ketika lawatan diplomatik rasmi PM ke Arab Saudi dan UAE.
PERANAN LANTIKAN DIPLOMATIK
Generalisasi masyarakat terhadap skop kerja eksekutif dan lantikan diplomatik telah mengakibatkan kita gagal menanggapi isu ini secara telus. Lantikan diplomatik secara umumnya mempunyai peranan yang berbeza dengan lantikan eksekutif/kabinet kerajaan. Mereka dilantik oleh eksekutif bagi menjalankan kerja-kerja diplomasi seperti rundingan, mengadakan hubungan baik, mempromosi negara, mewakili negara, mengumpul data dll.
Pokoknya, lantikan diplomatik seperti Diplomat, Duta Besar (Ambassador) mahupun Duta Khas (Special Envoy) bukan hanya pergi berjumpa orang kesana-kesini sahaja tetapi mereka juga perlu menjalankan misi yang pelbagai. Disamping itu, mereka bukan badan eksekutif yang boleh keluarkan arahan dan tiba-tiba bertindak mewakili negara sesuka hati, mereka perlu menjalankan misi diplomatik yg diberikan sahaja.
KENAPA DILANTIK
Melantik Duta Khas ini bukan benda yang baru ianya merupakan amalan biasa dalam hubungan antarabangsa. Hatta, Malaysia sendiri pun pernah melantik Duta Khas semenjak 2011 seperti Tun Datuk Seri Utama Samy Vellu Sangalimuthu (India & Asia Selatan), Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting (China), Tan Sri Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis (Amerika Syarikat).
Tidak cukupkah dengan jawatan seperti PM atau Menteri Luar Negeri untuk kita wakilkan berjumpa dengan wakil negara lain? Kenapa masih perlukan Duta Khas? Untuk dilantik sebagai seorang Duta atau Duta Khas, tidak lain dan tidak bukan kerana anda mempunyai nilai yang tidak dipunyai orang lain.
Diplomasi ini sebenarnya sebuah seni rundingan. Bagaimana kita mahu berunding dengan orang yang kita tidak suka atau tidak kenal? Bukankah rundingan dengan rakan karib berbeza dengan rundingan bersama kenalan baru?
Jesteru, apakah ciri-ciri yang ada pada TGHH sehingga membolehkan dia dilantik sebagai Duta Khas Timur Tengah Malaysia? TGHH yang aktif dalam gerakkan Islam semenjak 70an lagi mempunyai pengalaman dan hubungan luar biasa dengan pemimpin Gerakan Islam. Beliau merupakan mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia serta berpengalaman terlibat dalam rundingan dan komitmen antarabangsa pelbagai seperti rundingan dalam Konflik Mazhab di Yaman pada 2010.
PRESTASI SEMASA DUTA KHAS TIMUR TENGAH
Pada 18 Ogos 2020, YB. Tuan Guru Dato’ Seri telah menyerahkan suatu Laporan Eksekutif kepada YAB Perdana Menteri bertajuk “Situasi Terkini Di Rantau Timur Tengah dan Potensi Kerjasama Antara Malaysia dan Negara-Negara Timur Tengah”. Laporan tersebut disediakan untuk menerangkan situasi terkini politik dan ekonomi di rantau Timur Tengah serta impak-impak terhadap kepentingan Malaysia. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menggariskan peluang kerjasama dalam bidang Agama Islam, Pelaburan, Perdagangan dan Pendidikan, selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah.
“Saya juga berkongsi hasil pertemuan dengan enam TYT Duta kepada negara-negara Timur Tengah di Malaysia, iaitu Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, dan Afganistan, serta beberapa negara lain yang sedang diatur, bagi mendapatkan maklumbalas langsung dan mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perkongsian pintar dan kestabilan politik. Laporan tersebut mengandungi beberapa syor dan agenda tindakan, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pasca COVID-19 yang perlu disegerakan, seterusnya memanfaatkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan Malaysia, umat Islam dan dunia keseluruhannya”. (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 26 Ogos 2020)
TGHH berpendapat bahawa keperluan menarik pelaburan daripada Timur Tengah pasca COVID-19 adalah sesuatu yang sangat mustahak untuk negara dan masa depan negara-negara muslim. Beliau juga ada menyampaikan cadangan kepada Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) bahawa untuk menarik pelaburan daripada Timur Tengah, insentif khusus mesti disediakan agar suasana pelaburan yang lebih kondusif dapat dijelmakan.
KESIMPULAN
TGHH sudahpun memainkan peranannya dengan baik selaku Duta Khas apabila berjaya membawa laporan dan saranan alternatif kepada Malaysia dalam merangka dasar luar kita di Timur Tengah melalui laporan rasmi mahupun melalui penulisan artikel beliau.
Pelantikan TGHH juga telah berjaya menarik beberapa individu penting dalam konflik Timur Tengah untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan usaha keamanan seperti pemimpin HAMAS.
Pelantikan beliau sebagai Duta Khas ini sekali gus, memberikan keseimbangan dalam proses bagaimana dasar luar negara dirangka dan dijalankan. Peluang diplomasi dan ekonomi dengan negara seperti Turki dan Iran misalnya akan menjadi lebih mudah.
Dikala, negara barat perlu memilih untuk berpihak kepada Arab Saudi atau Iran, Malaysia lebih bijak dalam menguruskan hubungan mereka dengan negara-negara di Timur Tengah dengan tidak berpihak kepada sesiapa. Sudah pastinya ini akan memberi kesan yang positif terhadap kepentingan nasional agar kita mampu mengeksploit peluang ekonomi dan pada masa yang sama mampu membantu memulihkan hubungan negara-negara islam disana.
Muhammad Aiman Roszaimi
Mahasiswa Hubungan Antarabangsa
10 Mac 2021
#PemudaPAS
#MemimpinNegara








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kenyataan-ampu-hadi-undang-kecaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dengan Mesin Pun Nak Gaduh Gaya Amy Search Cakap Bahasa Cina Undang Gelak Besar Netizen

Video Dengan Mesin Pun Nak Gaduh Gaya Amy Search Cakap Bahasa Cina Undang Gelak Besar Netizen

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 527 hits
Kalau kita yang tak pandai berbahasa Cina ni mungkin akan bingung apabila mendengar atau membaca arahan yang diberikan dalam bahasa tersebut Memang kena panggil translator untuk terjemahkan Tapi lain pula gelagat Amy Search atau nama sebena...
Hiburan Padam Foto Suami Di Ig Fiza Halim Terlebih Mesra Dengan Saiful Apek Undang Tanda Tanya Netizen

Hiburan Padam Foto Suami Di Ig Fiza Halim Terlebih Mesra Dengan Saiful Apek Undang Tanda Tanya Netizen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 1092 hits
Pelakon Fiza Halim hari ini telah mencuri perhatian netizen apabila fotonya bersama pelawak dan pelakon Saiful Apek dilihat terlampau mesra sekaligus mengundang pelbagai andaian daripada warga maya Sumber Instagram Fiza Halim Meninjau ruang...
Hiburan Perkahwinan Tidak Direstui Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Hiburan Perkahwinan Tidak Direstui Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 434 hits
Baru sahaja mahu mengecapi bahagia kehidupan berumah tangga muncul pula gosip yang mengatakan sebenarnya perkahwinan aktress kelahiran seberang tambak Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah tidak direstui oleh ibu pelakon wanita itu Sumber I...
Tahniah Uyaina Arshad Nikah Ke Tunang Netizen

Tahniah Uyaina Arshad Nikah Ke Tunang Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 461 hits
Tindakan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad memuat naik sebuah posting di Instagram yang mengenakan busana serba putih bak pengantin baharu dihujani ucapan tahniah warganet Menerusi posting berkenaan pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Ars...
Hiburan Tokti Titip Ucapan Selamat Berjaya Untuk Finalis Ajl35 Netizen Persoal Kenapa Tak Tag Aishah Di Ig

Hiburan Tokti Titip Ucapan Selamat Berjaya Untuk Finalis Ajl35 Netizen Persoal Kenapa Tak Tag Aishah Di Ig

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 299 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza baru baru ini ada membuat ucapan khas kepada para finalis yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 35 yang bakal berlangsung malam ini di laman Instagram miliknya Dia juga turut membuat ucapa...
Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 713 hits
Personaliti media sosial terkenal Malaysia Korea Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri Sumber Instagram Durian Kimchi Serin...
Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 377 hits
PETALING JAYA Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali Demikian antara komen netizen selepas menonton persembahan Nabila mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas Anugerah Juara Lagi...
Hiburan Buat Malu Je Komen Persembahan Peluang Kedua Hafiz Hamidun Diserang Netizen

Hiburan Buat Malu Je Komen Persembahan Peluang Kedua Hafiz Hamidun Diserang Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 316 hits
Nama Nabila Razali mula trending di Twitter selepas persembahannya dikatakan terkucil di bahagian korus lagu Peluang Kedua Pelbagai respon yang diterima orang ramai apatah lagi apabila melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas a...
Video Tak Terkucil Pun Tular Nabila Razali Rehearsal Peluang Kedua Jadi Perhatian Netizen

Video Tak Terkucil Pun Tular Nabila Razali Rehearsal Peluang Kedua Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 397 hits
Nampaknya isu Nabila Razali dengan persembahan live lagu Peluang Kedua kembali timbul selepas menyaksikan persembahannya di Anugerah Juara Lagu yang ke malam tadi Ia menjadi buah mulut dan topik utama netizen Namun begitu ramai rakan artis ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever