Kenduri Tahlil Sambutan Aidiladha Cetus Kluster Baharu Covid 19 Di Tawau


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata Sabah mencatat 776 lagi kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 82,620. (Gambar Bernama)


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kluster baharu yang direkodkan di Sabah, hari ini, iaitu Kluster Lahat-Lahat di Pulau Sebatik, Tawau, dicetuskan daripada satu kenduri tahlil pada 19 Julai lalu.

Katanya, kes indeks adalah seorang lelaki berusia 31 tahun, pembantu kedai makan di Selangor yang pulang ke Tawau pada 13 Julai.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang dikuarantin di rumahnya di kampung itu disahkan positif pada sampel hari ke-10 kemasukan dari luar negeri Sabah menerusi saringan pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Tawau.

“Setakat hari ini, 50 kontak telah disaring dan 20 kes positif dikesan termasuk satu kes baharu. Sementara itu, dua kontak didapati negatif manakala 28 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua.

“Aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan kerana kehadiran tetamu tidak direkodkan, malah jiran yang disaring mempunyai gejala dan berkait dengan kenduri tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Masidi berkata, dua lagi kluster baharu yang direkodkan di Sabah, hari ini, juga dikesan di Tawau iaitu Kluster Batu Keramat dan Kluster Unipark.

Katanya, Kluster Batu Keramat dikategorikan sebagai kluster komuniti yang menular ekoran sambutan Aidiladha dengan kes indeks membabitkan lelaki warga emas berusia 77 tahun yang disahkan positif Covid-19 hasil saringan bergejala di Hospital Tawau pada 24 Julai.

“Saringan kontak rapat kemudiannya mengesan lima lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kes hasil saringan pengiring yang disahkan positif pada 26 Julai di Hospital Tawau mempunyai kaitan epidemiologi (epid link) dengan kes indeks.

“Siasatan awal mendapati kes indeks dan keluarga telah berkumpul di Kampung Tanjung Batu Keramat pada 20 Julai bagi menyambut perayaan Aidiladha. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Setakat hari ini, seramai 25 kontak telah disaring dan 18 daripadanya didapati positif termasuk 10 kes baharu, manakala dua sampel lagi negatif dan lima sampel masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Unipark pula mula dikesan menerusi saringan bergejala terhadap seorang wanita berusia 39 tahun di sebuah hospital swasta pada 19 Julai.

Katanya, kes indeks yang juga pengurus cawangan syarikat Globinaco di Taman Unipark disahkan positif Covid-19 dengan keputusan RTK-Ag grading 100%.

“Saringan yang dijalankan ke atas 54 kontak mengesan 18 kes positif termasuk satu kes baharu hari ini manakala lima kontak didapati negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan sampel kedua,” katanya.

Terdahulu, Masidi berkata Sabah mencatat 776 lagi kes baharu, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 82,620 kes.

Katanya, lapan kes kematian turut dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Beaufort masing-masing mencatatkan satu kes.

“Sementara itu, jumlah pesakit discaj dari hospital adalah seramai 641 orang menjadikan jumlah kumulatif 75,905 orang.

“Seramai 3,795 pesakit masih menerima rawatan, iaitu 761 orang di hospital, 2,975 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 59 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

“Bilangan pesakit dalam ICU (unit rawatan rapi) pula ialah seramai 89 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/kenduri-tahlil-sambutan-aidiladha-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Farmasi Cetus Kluster Covid 19 Baharu Di Sabah

Pegawai Farmasi Cetus Kluster Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 286 hits
Kluster Jalan Mat Salleh di Sabah tercetus selepas kes indeks iaitu seorang pegawai farmasi lelaki disahkan positif COVID 19 Foto hiasan KOTA KINABALU Seorang pegawai farmasi mencetuskan kluster baharu berkaitan tempat kerja yang membabitka...
Covid 19 Kelantan Rentas Negeri Ziarah Kematian Cetus Kluster Baharu

Covid 19 Kelantan Rentas Negeri Ziarah Kematian Cetus Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 329 hits
Seorang pemuda dari Selangor yang pulang ke Kelantan untuk menziarahi kematian bapanya mencetuskan kluster baharu di negeri ini Kluster Sungai Long yang membabitkan daerah Jeli dan Kuala Krai menyebabkan 13 individu positif COVID 19 sehingg...
Majlis Kenduri Cetus Kluster Baharu Di Kampung Pukak Tuaran

Majlis Kenduri Cetus Kluster Baharu Di Kampung Pukak Tuaran

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 450 hits
Kenduri kesyukuran cetus kluster Kampung Pukak di Tuaran KOTA KINABALU Majlis kenduri kesyukuran dipercayai menjadi pencetus satu kluster baharu COVID 19 di negeri ini iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran membabitkan 17 kes kumulatif sehin...
Budak 7 Tahun Positif Covid 19 Hadir Kenduri Cetus Kluster

Budak 7 Tahun Positif Covid 19 Hadir Kenduri Cetus Kluster

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 302 hits
Budak positif Covid 19 hadir kenduri cetus kluster di Kelantan PUTRAJAYA Hasil saringan individu bergejala ke atas seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disahkan positif Covid 19 hari ini mencetuskan satu lagi kluster baharu m...
Agenda Awani Sambutan Sederhana Elak Kluster Aidiladha

Agenda Awani Sambutan Sederhana Elak Kluster Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 292 hits
Sambutan AidilAdha dalam suasana sederhana buat tahun kedua akibat COVID19 Kita digesa memainkan peranan masing masing agar tidak wujud kluster perayaan Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menteri di Jabata...
776 Kes 3 Kluster Baharu Di Tawau

776 Kes 3 Kluster Baharu Di Tawau

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 360 hits
Tawau KOTA KINABALU Sebanyak 776 kes baharu COVID 19 direkodkan di Sabah hari ini dengan tiga kluster baharu semuanya dikesan di Tawau Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata Kota...
4 Hari Bersidang 70 Kes Covid 19 Cetus Kluster Parlimen

4 Hari Bersidang 70 Kes Covid 19 Cetus Kluster Parlimen

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 362 hits
RIBUT TIDAK MENJADI NYIOR CONDONG TEGAK KEMBALI1 Bidalan orang tua tua bila nyior condong bukan sahaja kera kura kura pun suka meniti 2 Sedikit polemik berlaku di parlimen pada 26 Julai baru baru ini sudah kita nampak bagaimana pihak pihak ...
Juruwang Bank Hadir Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Juruwang Bank Hadir Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 300 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Juruwang bank dijangkiti Covid 19 hadir ke majlis pengebumian mencetuskan kluster baharu iaitu Kluster Tampasuk yang dilaporkan di Sabah hari ini Jurucakap perke...
Kes Kanak Kanak Dijangkitan Covid 19 Makin Parah Bayi Usia 1 Tahun Cetus Kluster Baru

Kes Kanak Kanak Dijangkitan Covid 19 Makin Parah Bayi Usia 1 Tahun Cetus Kluster Baru

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 367 hits
Kes indeks membabitkan kanak kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan yang terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat Kelantan Menurut laporan dari Harian Metro K...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga