Kenapa Warisan Plus Menggunakan Slogan Unity Untuk Kempen Prn Mereka



Sebelum PRU14, Sabah sudahpun terkenal dengan keharmonian kaum dan semangat muhibah yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Adakah keharmonian dan perpaduan di Sabah bertambah baik semasa Warisan/PH memerintah Sabah dan Putrajaya selepas PRU14

Dan jika Warisan menang PRN Sabah bulan ini, adakah harmoni dan perpaduan Sabah akan bertambah baik
Jadi, kenapa Warisan Plus menggunakan slogan "Unity" atau perpaduan untuk kempen PRN mereka

Kenapa nak janji memberi sesuatu yang sudahpun lama wujud di Sabah

Sebab Warisan mahu alihkan perhatian daripada kegagalan mereka tepati janji, penyelewengan, kegagalan mereka membantu warga Sabah dalam krisis Covid dan kegagalan mereka menjaga ekonomi Sabah sehingga Sabah terjatuh dari negeri yang paling laju membangun sebelum PRU14 ke negeri dengan pertumbuhan ekonomi paling corot antara semua negeri-negeri Malaysia untuk dua tahun berturut-turut

Jika kita perhatikan betul-betul, puak Warisan Plus jarang sebut tentang track-rekod pertumbuhan ekonomi dan rancangan serta hala-tuju mereka untuk membangunkan Sabah dalam ceramah-ceramah PRN mereka
Sebaliknya, mereka cuma mainkan sentimen "Unity" dan maruah Sabah

Jadi, warga Sabah perlu tanya di mana letaknya maruah Sabah apabila rata-rata janji manifesto Sabah mereka dicapatikan oleh Warisan

Warisan janji Ketua Menteri Sabah tak boleh pegang Menteri Kewangan tapi terus melantik sendiri sebagai menteri Kewangan Sabah sebulan selepas jadi Ketua Menteri
Warisan janji akan hadkan jawatan ketua menteri untuk dua penggal. Janji ini langsung tak ditunaikan malah had tempoh dua penggal TYT sedia ada pula dimansuhkan Warisan

Warisan janji akan kembalikan royalti minyak 20% dan 50% cukai. Di mananya

Warisan janji 33% peruntukkan pembangunan bajet tahunan kerajaan PH akan diberi kepada Sabah dan Sarawak tapi yang dapat cuma 17.1% sahaja

Warisan janji akan naikkan pembangunan ekonomi Sabah dan menjana banyak peluang pekerjaan tapi yang warga Sabah dapat pula ialah pertumbuhan ekonomi Sabah tukar dari paling tinggi bawah BN ke paling corot antara semua negari untuk dua tahun berturut-turut. Lebih ramai warga Sabah yang hilang kerja

Warisan janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang tapi projek diteruskan selepas dijenamakan semula menjadi empangan Papar

Warisan janji "Sabah untuk Sabahan" dan kerajaan bersih tanpa rausah tapi projek terbesar Sabah bernilai RM3 bilion diberi secara rundingan terus kepada syarikat semenanjung Malaysia berkait terowong Pulau Pinang bersama syarikat tanpa satu sen pendapatan yang dimiliki anaka muda berumur 26 tahun sahaja

Ke mana letaknya maruah warga Sabah apabila kerajaan Warisan Sabah memberi projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 buah syarikat dengan pendapatan sifar - termasuk sebuah syarikat yang baru ditubuh 10 bulan dan sebuah lagi syarikat yang berkait dengan kes rasuah RISDA menteri infrastruktur Warisan

Bila ditanya, Warisan terus diam. Buat tak nampak bukti surat-surat kerajaan Sabah sendiri

Warisan janji akan hormatkan Rule of Law dan berintegriti tapi Menteri Infrastruktur Warisan Sabah yang banyak memberi projek secara rundingan terus didakwa dalam mahkamah untuk rasuah berkali-kali tapi tidak disuruh letak jawatan pula

Lalu langgar perlembagaan dan undang-undang untuk melantik pemimpin Warisan sendiri yang pernah direman kes songlap Air Sabah menjadi ketua Air Sabah

Undi Warisan, dapat "Unity" tapi hakikatnya ialah Unity dan keharmonian dah lama wujud dan dah lama menjadi kebanggaan rakyat Sabah

Maksudnya, undi Warisan kita tak dapat apa-apa

Cuma dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti mengencing warga Sabah dengan janji-janji manifesto yang dicapatikan

Dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti gagal menjaga ekonomi Sabah dan gagal merancang hala tuju pembangunan Sabah

Dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti gagal menjaga dan membantu warga Sabah yang susah semasa krisis Covid.
Di sebalik permainan sentimen dan slogan "Unity" serta "maruah" Sabah dari puak Warisan, tiada apa-apa yang boleh diharapkan warga Sabah jika Warisan menang

Kerana Sabah dah lama United. Perpaduan dan harmoni Sabah sudah lama wujud

Sebab itu, Rakyat Sabah tak perlu permainan slogan dan sentimen untuk alihkan perhatian dari kegagalan-kegagalan mereka

Yang Sabah perlu ialah sebuah kerajaan yang mampu membina hala tuju jelas bagi ekonomi dan Sabah dan mampu menyelamatkan Sabah dari status ekonomi negeri paling corot di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut
Rakyat Sabah perlu sebuah kerajaan yang mampu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi membantu mereka menghadapi krisis Covid yang paling mengancam ketika ini.

NAJIB RAZAK

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/kenapa-warisan-plus-menggunakan-slogan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Warisan Plus Mendahului Ilham Centre

Prn Sabah Warisan Plus Mendahului Ilham Centre

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 266 hits
Badan penyelidikan sokongan pengundi Ilham Centre mengeluarkan hasil kajian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah selama 2 minggu Menurut badan itu berdasarkan sampling yang mereka ambil dari seluruh Sabah pola pengundian amat sukar un...
Kalau Warisan Plus Menang Prn Sabah Pn Akan Tumbang Di Putrajaya

Kalau Warisan Plus Menang Prn Sabah Pn Akan Tumbang Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 223 hits
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman menganggap jika Warisan Plus memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang di Putrajaya Beliau berkata PRN Sabah menjadi penentu kepada kestabilan ke...
Prn Sabah Aku Janji Grs Meyakinkan Berbanding Tiupan Sentimen Sempit Warisan

Prn Sabah Aku Janji Grs Meyakinkan Berbanding Tiupan Sentimen Sempit Warisan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 421 hits
NAMPAKNYA soal Perjanjian Malaysia jadi isu besar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Tan Sri Perdana Menteri bersungguh sungguh cuba yakinkan rakyat Sabah mereka akan tunaikan Aku Janji yang penuh meyaki...
Prn Sabah Dakwaan Amanah Anak Pas Warisan Terlalu Terdesak Presiden Pas

Prn Sabah Dakwaan Amanah Anak Pas Warisan Terlalu Terdesak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 418 hits
MARANG Parti Warisan Sabah disifatkan sebagai terdesak apabila mengaitkan Parti Amanah Negara sebagai anak kepada Pas untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata A...
Warisan Plus Akan Terus Bela Kebajikan Rakyat Sabah

Warisan Plus Akan Terus Bela Kebajikan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 254 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya bahawa rakyat Sabah tahu siapa yang layak terajui kerajaan negeri dan yakin majoriti pengundi akan memilih gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Bekas timbalan...
Najib Questions Warisan Plus Clean Credentials Over Rm1 45bil Road Projects

Najib Questions Warisan Plus Clean Credentials Over Rm1 45bil Road Projects

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 250 hits
Former prime minister Najib Razak has questioned Warisan Plus credentials as a clean and transparent government and called for answers about how road project contracts in Sabah were awarded In a Facebook post Najib urged leaders of Perikata...
Sedia Wujud Pasukan Khas Pantau Kempen Prn Sabah

Sedia Wujud Pasukan Khas Pantau Kempen Prn Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Kerajaan sedang melihat keperluan mewujudkan pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan pergerakan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang rancak ketika ini Menteri Kanan Datuk Se
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven