Kenapa Wanita Mudah Merajuk


Wanita jika merajuk ada pelbagai macam perangai. Kadang-kadang makin dipujuk makin menjadi-jadi pulak rajuknya. Merajuk dan sikap kebudak-budakan seorang wanita memang tidak dapat dielakkan.


Waima yang matang sekalipun, apabila merajuk akan menjadi keanakan tetapi sikap ini hanya terserlah apabila bersama dengan orang yang tersayang sahaja.

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapannya ialah:

Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang.

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon SuamiNak Tahu Petua Kecantikan Wanita Luar Negara?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/03/tahukah-anda-kenapa-wanita-mudah-merajuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Chairchallenge Kenapa Wanita Lebih Mudah Nak Buat Berbanding Lelaki Ini Sebabnya

Tular Chairchallenge Kenapa Wanita Lebih Mudah Nak Buat Berbanding Lelaki Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 368 hits
Tular di laman media sosial baru baru ini tentang satu challenge iaitu chair challenge atau cabaran mengangkat kerusi Perkara yang menarik tentang challenge ini adalah hanya wanita yang mampu untuk mengangkat kerusi itu sebaliknya lelaki ti...
Cara Mudah Solat Dhuha

Cara Mudah Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 936 hits
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha sehingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor Paling afdhal antara pukul 8 hingga 9 pagi Caranya mudah saja Boleh buat minimum dua rakaat dan maksimum 12 rakaat Biasanya orang solat Dhu...
Netflix Menawarkan Pelan Mudah Alih Di Indonesia Yang Lebih Murah Berbanding Malaysia

Netflix Menawarkan Pelan Mudah Alih Di Indonesia Yang Lebih Murah Berbanding Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 574 hits
https ift tt 2E6eUPJ Dua bulan yang lalu Malaysia menjadi negara kedua Netflix melancarkan pelan khusus untuk peranti mudah alih Kini Indonesia menjadi negara ketiga di dalam kumpulan yang kecil yang menerima pakej langganan yang sama Di ne...
Memahami Langkah Langkah Mudah Jadi Jago Jualan Buat Entrepreneur

Memahami Langkah Langkah Mudah Jadi Jago Jualan Buat Entrepreneur

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 414 hits
Di artikel ini kami akan bahas terkait dengan Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya income tambah...
Cara Memperbaiki Android Hang Dengan Langkah Mudah

Cara Memperbaiki Android Hang Dengan Langkah Mudah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 355 hits
Cara Memperbaiki Android Hang Banyaknya hal penting yang dapat dilakukan oleh android menciptakan orang makin bergantung dengan jenis hp ini Karena itu bila terjadi hang maka banyak pekerjaan yang dapat terkendala Tidak hanya itu saja bila ...
Mudah Tetapi Jijik Lihat Bagaimana Sistem Pengurusan Sampah Dilakukan Di India

Mudah Tetapi Jijik Lihat Bagaimana Sistem Pengurusan Sampah Dilakukan Di India

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 354 hits
Masalah utama kepada perubahan iklim dunia adalah sikap manusia yang pentingkan diri sendiri tamak dan tidak memikirkan kesan yang mendatang Disebabkan sikap jugalah yang menjadikan dunia tempat kita tinggal tenat dan penat Anda boleh lihat...
Cara Mudah Guna Mesin Basuh Lg Turbo Drum

Cara Mudah Guna Mesin Basuh Lg Turbo Drum

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 2559 hits
Cara mudah guna mesin basuh LG Turbo Drum Assalamualaikum hai Dua hari lepas Fiza dapat email dari pembaca yang bertanyakan soalan tentang cara penggunaan mesin basuh LG Turbo Drum Terima kasih kepada saudari Fathiah 90 In Shaa Allah Fiza a...
Cara Parse Html Online Dengan Mudah

Cara Parse Html Online Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 321 hits
Cara Parse HTML Secara Online Dengan Mudah Dalam dunia blog kegiatan parse HTML sering kali digunakan untuk bisa menambahkan widget widget tertentu yang biasanya akan error jika belum ter parse lebih dahulu Salah satu contoh kode HTML yang ...
Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Drama Seadanya Kita

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Influencer Cantik Mati Dikelar

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh

France S Deepest Shipwreck Uncovering The 16th Century Camarat 4 Beneath The Mediterranean

Rupanya Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Sinki

Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Citizens Can Arrest But Mustn T Go Overboard Say Lawyers