Kenapa Tok Guru Nik Aziz


Kenapa mengkagumi Tok Guru Nik Aziz :
Tiga tahun lalu, saya sering diacah dengan soalan yang sama : kenapa saya mengkagumi Atgna ?
Letih menjawabnya, saya memuatkan sebuah artikel dalam Malaysiakini sebagai respons. Ia berbunyi :
“Saya mengkagumi Tok Guru atas dua alasan.
Pertama, beliau warak, ikhlas, berilmu dan beramal di atas ilmu. Ini lebih-lebih lagi apabila beliau amat berhikmah memilih ‘timing’ serta bentuk dan isi kandungan tentang apa yang nak diperkatakan.
“Substance” pun beliau ambil kira, manakala “form” pun beliau turut cerewet mempertimbangkan. Segala sesuatu itu sering disukat secukupnya. Sepuluh kali diukur, baru sekali dikerat !
Kedua, beliau bukan sekadar tokoh agama per se tetapi seorang yang ” versatile, volatile” dan mempunyai stail tersendiri mengurus persoalan politik, manusia dan kemanusiaan. Semuanya dipadankan dengan waqi’ dan persekitaran. Ia “bil hal”.
Dengan kata lain, beliau amat lihai dan “crafty” dari segala sudut, seawal memilih strategi dan uslub dakwah dengan menilik suasana mantik letak duduknya sesebuah isu itu – di mana?
Beliau tahu bila perlu diam, tahu bila patut bersuara dan bila pula waktu untuk bangun bertindak.
“Ada juga orang asyik-asyik nak bercakap semata-mata untuk dilihat bijak dan banyak tahu. Ini tidak semestinya begitu,” pernah demikian tegasnya kepada saya di suatu hujung sore sewaktu kami sama-sama turun tangga melenggang santai mencari pintu pulang.
Tok guru selalu sebut, diam pun bijak kalau dah kena pada tempat. Setiap yang dijadikan keputusan tidak pernah lari dari sandaran al-Quran dan hadis.
Ada masanya beliau sengaja menampakkan dirinya mengalah untuk rupa-rupanya bangkit berdiri sambil mengorak langkah panjang yang sifatnya di luar jangka.
Ini mampu meninggalkan seteru terpinga-pinga pada lazimnya. Dalam keadaan salah sangka untuk membaca rentak Tok Guru inilah, ada yang berniat serong mudah tersengguk!
Cuma, saya tidaklah pula menjadi pelajar tadika yang cuma tahu menumpang dan asyik mengunyah. Saya juga memberi jika diminta pandangan untuk memperkaya dan menghasilkan. Di atas alasan-alasan inilah saya mengagumi beliau.
Idea beliau sentiasa segar dan mudah mengalir; ada unsur dinamik dan bergerak-gerak. Yang lebih menarik ialah setiap rentak pergerakan disandarkan di atas tali-tali ilmu Allah, sesuai dengan sifat Islam itu sendiri yang sentiasa sesuai dengan semua zaman. Lihatlah produk-produk yang sempat dihasilkan.
Segalanya amat kaya dengan falsafah yang digali dari khazanah Islam. Contoh-contoh seperti ar-Rahn, cuti dua hari seminggu, pemindahan akaun kerajaan ke Bank Islam, skim kifalah dan armalah adalah antara contoh yang dikagumi oleh lawan dan teman.
Bersama satu dua exco kegemarannya beliau kelihatan bersahaja dalam banyak ketika tetapi yakin dan tetap bergaya pada kebanyakan masa.
Inilah Nik Aziz yang saya kagum dan yang saya maksudkan.”
Demikian saya menulis tiga tahun lalu.
Hari ini, saya ingin menyambung lagi sedikit.
Beliau tidak segan memanggil sidang akhbar. Seminggu sekali , itu mesti jika pun tidak dwi-mingguan.
Ini justeru beliau amat yakin yang dengan teguh berpegang kepada Islam, beliau tidak perlu bimbang untuk disoal oleh wartawan. Bila saya bertanyakan dari mana dapat kekuatan dan keyakinan ini, beliau menjawab, dengan menyandarkan hujah kepada sepotong ayat Quran yang membawa erti:
” Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
“Produce your proof if you are truthtul ! “
Lalu saya terasa teramat peliklah apakala melihat pemimpin dari pelbagai belahan, cukup mengelak dari memanggil sidang akhbar. Ada yang makan tahun dan ada pula yang dah berbulan tidak mengadakan PC. Mereka lebih selesa membuat perutusan dari memanggil sidang akhbar.
Tak yakin menghadapi Q & A lantaran tak berhujah atau tak menguasai “subject matter” lalu tak memanggil sidang akhbar ; tak tahulah.
Haih ! Aduhai nasib pembesar .
kredit : Anbakri Haron


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/kenapa-tok-guru-nik-aziz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tok Guru Nik Aziz Penentang Asabiyah Melayu Cina

Video Tok Guru Nik Aziz Penentang Asabiyah Melayu Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 388 hits
February 12 2021 TOK GURU NIK AZIZ PENENTANG ASHABIYAH MELAYU CINA Hari ini 12 Febuari adalah tahun ke 6 sang Murabbi dan guru Politik aku iaitu Almarhum Tok Guru Nik aziz meninggalkan kita Kebetulan Pagi Jumaat juga jasad Almarhum dikebumi...
Hadi Tak Berakhlak Kata Nik Aziz Juga Akan Kerjasama Dengan Umno

Hadi Tak Berakhlak Kata Nik Aziz Juga Akan Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 401 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden Pas Datuk Seri Hadi Awang tidak berakhlak apabila cuba mengaitkan keputusan parti itu bekerjasama dengan Umno sebagai tindakan yang turut akan dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jika masih hidup W...
Rakyat Tetap Kenang Tok Guru Yang Rakyat Tak Faham Anak Tok Guru

Rakyat Tetap Kenang Tok Guru Yang Rakyat Tak Faham Anak Tok Guru

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 353 hits
ARIFF KADIR AL KATAMIOoooouukkk aloh laa demo Ayah dah lama meninggal pun dok kena jual lagi dek anak Perangai anak derhaka sungguh laaa Bakpo dok jaja lagi tu Buat aje laa program tanpa melibatkan arwah ayah Nik Omar tak de lak buat kelaku...
Sebenarnya Kamu Yang Jadikan Pas Sebagai Khadam Demi Jawatan Dulu Zaman Fadil Noor Dan Tok Guru Pas Memimpin

Sebenarnya Kamu Yang Jadikan Pas Sebagai Khadam Demi Jawatan Dulu Zaman Fadil Noor Dan Tok Guru Pas Memimpin

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 375 hits
BOB KELANANG SELAMA INI KAN KER PAS TU KHADAM KEPADA MCA BARUA KEPADA UMNO BILA MASA PLAK PAS JADI TUAN KOH KOH KOH JILAKER PUNYA POK LEBAI
Pas Rindukan Mb Setaraf Nik Aziz Nizar Jamaluddin

Pas Rindukan Mb Setaraf Nik Aziz Nizar Jamaluddin

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 339 hits
Kontroversi yang melanda pentadbiran Pas Kedah di bawah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menyebabkan ahli ahli Pas merindui kehilangan tokoh besar parti itu bekas Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat yang menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun...
Nik Abduh Ni Pening Gamaknya

Nik Abduh Ni Pening Gamaknya

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 230 hits
BOB KELANANG Nik Abduh nih adalah anak Nik Aziz tapi kepala otak dia tak sama macam Nik Aziz betul macam orang kata iman tak dapat diwarisi Aper pun PAS adalah PAS dan PAS sekarang dah jauh dari PAS dahulu cara pembawakan PAS sekarang sudah...
Nabi Sokong Pas Ini Jawapan Nik Abduh

Nabi Sokong Pas Ini Jawapan Nik Abduh

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 399 hits
Malaysiakini Pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz percaya perjuangan parti itu berteraskan perjuangan junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad Menulis di Facebooknya Nik Abduh berkata PAS menyokong Rasulullah sepenuhnya justeru per...
Nik Ezanee Turun Padang Lagi Kali Ini Damaikan 2 Jiran Berselisih Faham Dan Siap Beri Buah Tangan

Nik Ezanee Turun Padang Lagi Kali Ini Damaikan 2 Jiran Berselisih Faham Dan Siap Beri Buah Tangan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 359 hits
593 total views 326 views today Keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal yang sangat prihatin dan dekat di hati orang awam tidak perlu dinafikan lagi Saban hari pasti ada sahaja khidmat baktinya dalam menyantuni ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram