Kenapa Sprm Tak Serahkan Terus Suspek Utama Kepada Pdrm


The Reporter

Kejadian seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang didakwa turut membabitkan selebriti dan pegawai kanan polis, ‘meloloskan’ diri dengan memanjat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengundang pelbagai persoalan dan persepsi masyarakat.


Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lelaki yang didakwa suspek utama sindiket pengubahan wang haram itu melarikan diri ketika masih berada dalam kawasan SPRM yang berpagar.


Lelaki berusia 32 tahun itu adalah antara sembilan yang ditahan untuk siasatan dan dia dibebaskan pada Ahad dengan jaminan SPRM sebelum lapan daripada mereka diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jenayah bersindiket.


Kejadian pada Ahad itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan kejadian itu, apatah lagi kes Macau Scam yang didalangi warga tempatan dan mengaut keuntungan mudah itu telah menyebabkan ramai mangsa tanpa mengira jenis pekerjaan dan usia kerugian mencecah ribuan serta jutaan ringgit.


Lima hari selepas kejadian, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendedahkan gambar suspek yang melarikan diri itu dan memberitahu lelaki berkenaan dikehendaki bersabit siasatan tiga kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan semalam, menyebut lelaki itu diburu kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Walaupun kejadian tahanan melarikan diri daripada pihak berkuasa pernah dilapor sebelum ini, kali ini ia melibatkan kes berprofil tinggi yang turut menyebabkan 730 akaun bank dipercayai akaun sindiket itu bernilai RM80 juta dibekukan.


Selain itu, SPRM turut menyita wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porshe serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket, yang dipercayai hasil kegiatan haram.


Persoalan yang timbul ialah mengapa tidak SPRM terus menyerahkan suspek kepada polis dan kejadian itu dapat dielak sekiranya kedua-dua agensi berkenaan memberi 'perhatian’ kepada kes-kes yang melibatkan tahanan dibebaskan oleh satu pihak dan bakal ditahan oleh pihak berkuasa yang lain. 


Apa yang pasti kedua-dua agensi penguat kuasa itu pasti terkesan apabila suspek yang sepatutnya ditahan semula terlepas setelah proses dokumentasi jaminan oleh SPRM selesai.


Rentetan kejadian itu, netizen mula menyuarakan pelbagai pendapat dan teori malah ramai menjadikan kejadian itu sebagai bahan 'lawak’ dan ada yang terang-terang mendakwa kejadian itu dirancang rapi. 


Pelbagai ragam dapat dilihat di laman sosial dengan pelbagai ilustrasi proses suspek melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM itu dan tidak kurang juga media tempatan memberi gambaran mengenai perkara tersebut.


Tentunya, insiden ini sedikit sebanyak mencalarkan imej SPRM dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani situasi itu terutamanya dalam penyerahan suspek daripada satu agensi ke agensi yang lain bagi siasatan lanjut.


Adakah mungkin perlu diperbaiki prosedur operasi standard dalam proses itu atau apakah bentuk persefahaman yang wajar dikemas kini dalam memastikan insiden sama tidak berulang lagi.


Yang pasti di sebalik kehangatan situasi politik dan kes COVID-19 yang meningkat di negara ini, kejadian tahanan meloloskan diri itu tidak sepatutnya dipinggir dan dilupakan, sebaliknya ia perlu diberi perhatian dan dilihat secara mendalam untuk penambahbaikan bagi mengelakkan daripada berulang.


Sumber: Bernama
Gambar: Facebook Netizen


October 17, 2020 at 01:26AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2020/10/kenapa-sprm-tak-serahkan-terus-suspek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Utama Bukan Panjat Pagar Sprm Tetapi Dibantu 2 Bodyguard Amp Sebuah Myvi Tunggu Di Tepi Jalan

Suspek Utama Bukan Panjat Pagar Sprm Tetapi Dibantu 2 Bodyguard Amp Sebuah Myvi Tunggu Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 473 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya suspek utama bergelar Datuk Seri dalam sindiket Macau Scam dan perjudian online telah lari dengan memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat SPRM baru baru ...
Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1071 hits
Baru sahaja dibebaskan kelmarin suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan telah melarikan diri Difahamkan lelaki itu sepatutnya ditahan polis untuk membantu siasatan kes perjudian online Tetapi suspek be...
Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

Polis Dedah Identiti Suspek Utama Sindiket Macau Scam Yang Lari Panjat Pagar Sprm

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 1074 hits
Suspek bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM Putrajaya baru baru ini kini diburu polis Suspek terbabit dikenali sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun dan menetap di Blok 25B2 5 8 Miharja Con...
Suspek Macau Scam Lolos Rosak Kredibiliti Pdrm Sprm

Suspek Macau Scam Lolos Rosak Kredibiliti Pdrm Sprm

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 376 hits
Kejadian itu disifatkan ISMA sebagai aneh serta memalukan BANGI Kejadian aneh melibatkan suspek utama Macau Scam bergelar Datuk Seri yang melarikan diri daripada ditahan polis sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
Polis Buru Goh Leong Yeong Suspek Utama Macau Scam

Polis Buru Goh Leong Yeong Suspek Utama Macau Scam

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 955 hits
KUALA LUMPUR 16 OKT Polis mendedahkan gambar seorang suspek utama kes penipuan Macau Scam yang menghilangkan diri sebaik dibebaskan dengan jaminan agensi antirasuah Individu yang didakwa bergelar Datuk Seri itu dinamakan sebagai Goh Leong Y...
Polis Buru Suspek Kes Judi Macau Scam Yang Melarikan Diri Selepas Di Bebaskan Sprm

Polis Buru Suspek Kes Judi Macau Scam Yang Melarikan Diri Selepas Di Bebaskan Sprm

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 574 hits
KUALA LUMPUR Polis kini memburu suspek kes judi dalam talian dan Macau Scam yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahad lepas Lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong 32 beralamat terakhir di Miharja Co...
Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

Dua Pegawai Pdrm Ditahan Sprm Pengubahan Wang Haram Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 634 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini SPRM tidak memaklumkan punca penahanan pegawai...
5987 Ngo Mahu Siasatan Telus Kes Suspek Utama Hilang Harian Metro 14 10 2020

5987 Ngo Mahu Siasatan Telus Kes Suspek Utama Hilang Harian Metro 14 10 2020

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 416 hits
Kuala Lumpur Badan bukan kerajaan menyarankan pihak berkuasa supaya mengadakan siasatan khas berhubung kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket pengubahan wang haram Malah NGO meminta siasatan itu dilakukan...
Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pondering Over Education

Mutiara Dalam Debuan Kabus Drama Menarik Penuh Plot Twist Dan Buat Darah Tinggi Naik Je Haha

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Memorial Abadi Mengingati Lima Anak Dr T J

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat