Kenapa Redha Seorang Guru Itu Penting


 

Assalamualaikum. Pengalaman menjadi guru sekolah menengah selama 24 tahun banyak mematangkan Abam Kie dalam menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan. Kali ini Abam Kie ingin mengulas sedikit kenapa redha seorang guru itu penting. 
Terkadang dalam mendidik anak murid ada ketikanya hati Abam Kie terguris dengan tingkah laku dan pertuturan mereka. Ada yang ponteng kelas, tidak menyiapkan kerja rumah, meninggikan suara dengan guru dan pelbagai lagi bentuk salah laku yang murid-murid buat. Tapi abam kie tak menyimpan rasa dendam di dalam hati kerana perasaan terluka itu lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya. Mungkin sebab abam kie ni guru lelaki. Tapi bagaimana dengan guru2 wanita yang mudah koyak hati mereka?
Baiklah, abam kie ingin berkongsi dua kisah benar mengenai dua orang murid yang telah mengguriskan hati guru mereka. Kisah pertama ialah mengenai seorang kenalan anak abam kie sendiri. Abam Kie namakan murid ini Eina (bukan nama sebenar). Baru-baru ini bila keputusan SPM keluar, Abe Kie menanyakan anak tentang gred Bahasa Inggeris yang diperolehi Eina. Anak bagitahu yang Eina cuma dapat gred B aje. Abam Kie hairan la sebab setahu abam kie la, si Eina ni sangat bagus penguasaan Bahasa Inggerisnya. Selalu mewakili sekolah dan daerah dalam pertandingan ko-akademik BI. Dia pun memang fasih la bertutur dalam BI. Memang level dia ni hampir sama dengan cikgu la. 
Pada suatu hari Abam Kie bertanyakan hal ini dengan rakan sejawat di sekolah yang mengenali dengan rapat guru Bahasa Inggeris si Eina di sekolahnya. Kawan Abam Kie, Madam Huda memberitahu Abam Kie yang guru BI Eina terasa hati dengannya. Ini kerana si Eina seperti tidak menghormati guru Bahasa Inggeris yang bernama Madam Fetty. Banyak juga latihan yang diberikan oleh Madam Fetty tidak diselesaikan oleh Eina. Bila ditegur si Eina ni pandai pulak membalas balik teguran itu. Dibuatnya Madam Fetty seperti kawan sebayanya pula. Madam Huda bagitahu yang bukan dengan Madam Fetty je Eina bersikap dingin tetapi hampir dengan semua guru yang mengajarnya.
Lalu Abam Kie membuat kesimpulan bahawa ini mungkin karma yang menimpa si Eina. Abam Kie selalu berpesan kepada anak-anak agar sentiasa menghormati guru biar pun cikgu tu tak best mengajar. Adalah penting mendapat keredhaan guru agar ilmu yang diperolehi daripada guru berkenaan akan menjadi berkat. 
Kisah kedua menimpa kawan sejawat Abam Kie sendiri, Madam Huda. Dia terasa menyesal dan terkilan kerana salah seorang pelajar target SPM di kelasnya gagal mendapat gred A untuk BI dalam SPM dua tahun lepas. Kisahnya begini. Adalah beberapa kali tu murid ini yang saya namakan Rita (bukan nama sebenar) ponteng kelas tambahan BI di sekolah kerana dia pergi tusyen di luar. Madam Huda kecewa dengan tindakan Rita kerana itu seperti membelakanginya. Jadi bila keputusan SPM diumumkan, memang si Rita gagal mendapat A untuk kertas BI biarpun dia dapat A untuk subjek yang lain. Jadi Madam Huda merasakan kegagalan Rita itu mungkin berpunca darinya. Madam Huda merasa kecewa kerana dia tidak memaafkan Rita. Tambahan pula Rita pun tidak pernah meminta Madam Huda merestui segala ilmu yang dia telah berikan.
Begitulah kisah benar tentang perlunya redha seorang guru itu diperolehi bagi memastikan keberkatan ilmu yang kita perolehi daripadanya. Semoga kisah ini memberikan pengajaran kepada kita semua dalam memastikan hubungan diantara guru dan murid perlu berada dalam suasana mesra dan baik pada setiap masa. Sekian. Terima kasih.  
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2021/07/kenapa-redha-seorang-guru-itu-penting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penting Ke Guru Atau Mentor Dalam Bisnes

Penting Ke Guru Atau Mentor Dalam Bisnes

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 283 hits
PENTING KE GURU ATAU MENTOR DALAM BISNES Ye sangat penting Pendapat cikla dalam bisnes mesti ada guru atau mentor yang boleh kita minta tunjuk ajar dan ilmu dari dia Tak kiralah guru tu datang dari pelbagai latar belakang kepakaran Kalau da...
Politik Itu Kotor Sudah Tidak Relevan

Politik Itu Kotor Sudah Tidak Relevan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 230 hits
Ia perlu satu nama baru Terutama ketika PAS sudah menjadi kerajaan
Permainan Orang Itu Nak Jatuhkan Carl Peguam Dakwa Carl Samsudin Telah Difitnah

Permainan Orang Itu Nak Jatuhkan Carl Peguam Dakwa Carl Samsudin Telah Difitnah

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 230 hits
The ReporterPeguam mewakili Carl Samsudin iaitu Emma Sakira mendakwa anak guamnya telah difitnah oleh pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan dan menjejaskan reputasinya Memetik laporan dari Emma berkata klip video yang viral di media sosial...
Hiburan Itu Rezeki Saya Henti Tanya Benda Yang Tak Sepatutnya Nabila Huda

Hiburan Itu Rezeki Saya Henti Tanya Benda Yang Tak Sepatutnya Nabila Huda

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 338 hits
Baru baru ini setelah diumumkan pengunduran Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara di program hiburan terkenal iaitu Melodi TV3 mengesahkan pengacara yang bakal mengganti program tersebut ialah pelakon Nabila Huda Pelakon tersebut me...
Menyayat Hati Ternyata Ini 4 Pengorbanan Laki Laki Setelah Jadi Suami Semanis Itu

Menyayat Hati Ternyata Ini 4 Pengorbanan Laki Laki Setelah Jadi Suami Semanis Itu

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 377 hits
Seringkali pengorbanan suami ini nggak ka ceritakan ke istrinya alias dipendam sendiri
Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya

Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 297 hits
SOMBONG DIPANDANGAN TUHAN ITU LEBIH BERBAHAYA Assalammualaikum wbt Salam Jumaat indah untuk semua sahabat Moga kita semua berada dalam keadaan nyang baik baik sahaja ya Sebarkan kebaikkan kerana Allah Saling menghormati dan sentiasa menghar...
Itu Yang Saya Doakan Syukur Impian Daddy Fatima Nak Lihat Mommy Berhijab Tercapai

Itu Yang Saya Doakan Syukur Impian Daddy Fatima Nak Lihat Mommy Berhijab Tercapai

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 294 hits
Penghijrahan aktres Nur Fazura Sharifuddin yang kini telah berhijab sepenuhnya membuatkan suaminya Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan perubahan dari hati Fazura sendiri Tanpa paksaan Fattah Amin 31 akui sebagai suami dia sentiasa mend...
Penjagaan Wajah Apa Itu Double Cleansing

Penjagaan Wajah Apa Itu Double Cleansing

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum w b t Double Cleansing atau pembersihan berganda Kebanyakkan ramai yang dah tahu apa itu Double Cleansing kan Yang mana memang menjaga kulit wajah diorang akan buat setiap hari Double Cleansing untuk penjagaan kulit wajah ya...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm