Kenapa Ramai Orang Tidak Sukakan Jdt



JDT, Johor Darul Takzim. Pasukan bola sepak yang mulai mendapat perhatian daripada segenap pelusuk negeri di Malaysia. Banyak kontroversi yang dikaitkan dengan JDT sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sekolompok masyarakat dalam semua peringkat umur.

JDT mulai dibangunkan oleh Tengku Mahkota Johor yang banyak menerapkan visi dan misi pembangunan bola sepak di negeri Johor. Banyak perubahan yang dilakukan oleh TMJ sehingga JDT digeruni oleh pihak lawan.

Walaubagaimanapun, ramai orang yang terdiri daripada peminat bolasepak dari negeri lain tidak menyukai JDT, ditambah pula dengan provokasi -provokasi liar daripada media-media tidak rasmi daripada internet menambahkan lagi bara api. Apa sebab-sebab yang menjadikan JDT dipandang sinis oleh sekolompok peminat bola sepak? Berikut adalah sebabnya.

1) JDT pasukan baru yang meningkat naik secara mendadak

- JDT ialah sebuah pasukan bolasepak yang mendapat tajaan sendiri oleh kerabat diraja Johor yang mana menamatkan masalah-masalah berkaitan kewangan di dalam pasukan. Dengan suntikan kewangan yang kuat, JDT mampu memperkemaskan semua aspek kelemahan pasukan. Sama seperti Kelantan yang mendapat suntikan semangat oleh Bapa pembangunan bola sepak negeri Kelantan, Tan Sri Anuar Musa, Kelantan juga dikutuk teruk sewaktu kebangkitan yang mendadak selepas dilanda kemurungan di dalam pasukan.

-Adat bagi sesebuah pasukan, yang kuat akan terus dibenci.

2) Kuasa membeli

- Kewangan yang kukuh membuatkan JDT boleh membeli nama-nama besar di luar negara. Secara tidak langsung, mempromosikan nama Malaysia itu sendiri. Nama-nama besar yang pernah dibawa oleh JDT masuk ke dalam liga bolasepak Malaysia ialah David Guiza dan juga Pablo Aimar. JDT juga dikaitkan dengan perpindah Samuel Eto'o daripada Chelsea ke JDT. Ini menjadikan nama JDT dikenali oleh seluruh dunia.

-Walaubagaimanapun, akibat kuasa membeli yang sangat kuat, JDT juga bebas mengambil mana-mana pemain yang berkhidmat di pasukan negeri lain walaupun terikat dengan kontrak. Konsep tebus kontrak yang pernah dibuat mencetuskan api kemarahan di kalangan peminat bola sepak dan menganggapnya bukan sikap yang profesional di dalam sukan bola sepak itu sendiri.

3) Provokasi daripada media

- Banyak media-media tidak rasmi seperti di facebook juga membuatkan kebencian di kalangan peminat pasukan negeri lain bertambah-tambah. Banyak page-page di facebook yang banyak menimbulkan isu di dalam luar dan dalam JDT. Walaupun isu ini pernah berlaku di dalam pasukan lain, tetapi ianya tidak disebarkan secara meluas sepertimana kritikan terhadap JDT.

-Ada juga page daripada peminat johor sendiri yang mencetuskan provokasi dengan cara memprovok pihak lawan menanamkan lagi api kemarahan peminat pasukan lain. Mungkin page-page itu dikendalikan oleh belia-belia yang pendek akalnya sehingga boleh mengutuk pasukan lain dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara keyboard warrior.

4) Mutu pengadilan yang lemah

- Apabila bercakap mengenai mutu pengadilan, ianya bukan sahaja berkaitan dengan JDT, tetapi semua pasukan negeri yang lain. Mutu pengadilan yang lemah juga membuatkan JDT dipandang sinis oleh masyarakat. Banyak keputusan yang dianggap tidak adil dibuat oleh pengadil membuatkan peminat marah dan sekerasnya mengutuk keputusan. Tetapi, yang lebih teruk apabila perlawanan membabitkan pihak JDT dengan pasukan lawan, sedikit kesalahan yang dilakukan oleh pengadil dan memberi kelebihan kepada pasukan JDT, akan ada kata-kata sinis daripada peminat lain.

-Sama seperti Manchester United yang dikatakan mempunyai pemain yang ke 12 iaitu pengadil 'Howard Webb'. Setiap kali perlawanan Manchester United yang diadili oleh Howard Webb, setiap keputusan yang dibuat oleh Howard Webb akan diragui oleh peminat. Kebenarannya tidak pernah dapat dibuktikan, tetapi itulah peminat.

5) Kelemahan pengurusan FAM

- Kontroversi berkaitan dengan FAM tidak pernah putus dan dipandang sebelah mata oleh pengurusan tertinggi FAM. Walaupun sudah banyak kutukan, kritikan dan komen yang diberikan terhadap pengurusan FAM, tetapi boleh diibaratkan dengan bercakap dengan kayu, tiada sebarang tindakan yang dilakukan bagi menangani kelemahan itu.

-Keputusan FAM yang membenarkan perlawanan JDT dan Terengganu ditangguh juga menyebabkan peminat merasakan keputusan ini tidak adil bagi pasukan lain. Ini membenarkan JDT mendapatkan rehat yang secukupnya, tetapi tidak bagi pasukan lain yang turut bertanding. Hal seperti ini menyebabkan nama JDT diangkat naik dan dijadikan kontroversi walaupun semua keputusan pada tangan FAM. Tidak menjadi satu masalah yang besar untuk JDT memohon menangguhkan perlawanan kerana itu bakal memberi kelebihan kepada mereka untuk memperkemaskan jentera kekuatan pasukan, tetapi yang menjadi masalahnya ialah pihak FAM yang meluluskan tanpa memikirkan kesannya kepada semua pasukan dan peminat.

-Sama seperti kontroversi tiket tempat duduk bagi peminat Terengganu, meletakkan 100% kuasa kepada pengurusan negeri untuk menentukan angka tempat duduk peminat pasukan lawan sepatutnya dikaji balik. Sepatutnya FAM masuk campur dalam isu ini kerana ianya membabitkan peminat bola sepak di Malaysia. PBNJ berhak untuk meletakkan jumlah tiket yang dianggap wajar kerana itulah kelebihan bermain di tempat sendiri.

Apa pendapat dan pandangan anda mengenai isu-isu panas yang berkaitan dengan JDT?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://janganignore.blogspot.com/2014/10/kenapa-ramai-orang-tidak-sukakan-jdt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jdt Dipuji Oleh Indonesia

Jdt Dipuji Oleh Indonesia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 158 hits
Sudah menjadi adat yang terbaik akan dipuji Sepertimana perlawanan JDT semalam JDT juga diberikan pujian oleh page facebook penyokong bola sepak Indonesia berikutan beberapa faktor yang dilihat pada dasarnya sememangnya patut dipuji Sememan...
Jdt Semakin Ke Hadapan Rundingan Bersama Borrusia Dortmund

Jdt Semakin Ke Hadapan Rundingan Bersama Borrusia Dortmund

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 157 hits
KERJASAMA TERJALIN ANTARA JDT DAN BORUSSIA DORTMUNDKehadiran Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund Mr Edwin Boekamp untuk bertemu dengan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden P...
Perlawanan Antara Jdt Dan Kelantan Kecoh

Perlawanan Antara Jdt Dan Kelantan Kecoh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 303 hits
JOHOR BAHRU 22 Mei Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim vs Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin dekat sini terpaksa ditangguhkan seketika selepas berlaku ketegangan antara penyokong kedua dua pasukan t...
Kedah Jdt Buntu Di Darul Aman

Kedah Jdt Buntu Di Darul Aman

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 285 hits
Kedah JDT buntu di Darul Aman Kedah Darul Aman FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 0 0 menentang Johor Darul Ta zim dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini malam ...
Perancangan Kedah Untuk Bertemu Jdt Lebih Awal Di Suku Akhir Menjadi Dan Menepati Perancangan

Perancangan Kedah Untuk Bertemu Jdt Lebih Awal Di Suku Akhir Menjadi Dan Menepati Perancangan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 283 hits
Ada lebih baik berhadapan dengan ranjau sebenar lebih awal dari sepatutnya Kedah dan JDT yang dikatakan akan bertemu di peringkat akhir oleh peminat bola tidak perlu tunggu lama kerana Kedah akan bertemu di Johor pada 18 11 21 sebagai penen...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan