Kenapa Raja Formula Gagal Melaksanakan Formulanya Kini



SHAH ALAM: Jolokan 'Raja Formula' sinonim dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, malah Menteri Ekonomi itu juga seringkali diejek dengan gelaran itu termasuk ketika berbahas di Dewan Rakyat.
Hari ini (18 Mac), Rafizi menggunakan pentas Kongres Khas PKR untuk menjawab ejekan 'Raja Formula' yang seringkali dilemparkan pembangkang terhadapnya.
Berucap ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden pada kongres dihadiri lebih 1,200 perwakilan PKR itu, Rafizi berkata pembangkang sengaja mengungkit kisah lama sewaktu PAS dan PKR berada dalam satu gabungan parti politik.
Mengulas lanjut, katanya segala formula yang pernah beliau perkenalkan sebelum ini semuanya untuk dilaksanakan semasa keadaan ekonomi negara tidak seteruk seperti sekarang.
"Dia (pembangkang) akan ungkit perkara lama. Contoh pada 2008 soal harga minyak, walaupun (sedar) sebenarnya keadaan cukup berbeza berbanding sekarang, dia (pembangkang) akan mainkan kempen.
"Soal pengurangan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ataupun mengurangkan harga kereta, bukan dia (pembangkang) tak tahu kerana PAS masa itu yang paling ghairah sekali jemput kami daripada Keadilan (PKR) untuk berkempen atas pentas PAS.
"Sebabnya orang PAS tak boleh nak terangkan benda macam ini," katanya.
Rafizi menegaskan, formula untuk mengurangkan harga kenderaan sebagai contoh boleh dilaksanakan ketika formula terbabit dicadangkan memandangkan kedudukan hutang negara tidak sepertimana sekarang.
"Dia (pembangkang) tahu contohnya untuk turunkan harga kereta, dulu kita boleh buat kerana hutang kita tak banyak.
"Sebab untuk turunkan harga kereta, kita kena kurangkan dan lama-lama hapuskan cukai eksais yang kita kenakan kepada kereta itu.
"Masalahnya kita sekarang ada hutang RM1.5 trilion yang mereka tinggalkan," katanya.
Wujud trend sokongan pengundi Melayu terhadap PH
Dalam perkembangan berasingan, Rafizi mendakwa wujud trend sokongan daripada pengundi Melayu terutama membabitkan orang muda kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan ketika negara berkira-kira untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Beliau berkata, trend itu ditunjukkan berdasarkan peralihan undi di kawasan sebelah pantai barat susulan data terkini yang diperolehnya.
"Memang betul ada peralihan undi besar kepada Perikatan Nasional (PN), tetapi ia berlaku di kawasan tertentu sahaja dan bukannya di seluruh negara.
"Memang betul ada peralihan undi Melayu contohnya di Kelantan, Terengganu, utara Kedah, utara Pulau Pinang dan utara Perak.
"Sebahagiannya (peralihan undi di kawasan terbabit) kerana kita tak pernah kuat pun di beberapa tempat ini. Sebahagian lagi kerana peralihan undi itu datangnya daripada UMNO kepada PN," katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berkata tahap sokongan pengundi Melayu di negeri yang dikuasai PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak banyak menunjukkan perubahan jika dibandingkan antara Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15.
"Kalau kita tengok keseluruhan terutamanya di negeri yang memang menjadi kekuatan kita iaitu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apabila dibandingkan tahap sokongan pengundi Melayu dalam 2022 (PRU15) berbanding 2018 (PRU14), sebenarnya tidak ada perbezaan sangat besar," katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberi contoh pengundi di Wilayah Persekutuan yang terarah kepada PH pada 2018 di mana undi diterima gabungan itu kira-kira 50 peratus, berbanding lebih 40 peratus pada PRU15.
Tambahnya, trend sama turut ditunjukkan di Selangor termasuk di kawasan sebelah timur yang lebih terarah kawasan bandar, membabitkan undi Melayu.
"Baru-baru ini pada PRU15, lebih kurang 40 peratus (undi Melayu). Namun begitu, ada peralihan yang besar di pantai barat negara iaitu di Selangor, tetapi lebih kepada (undi) Melayu berbanding PN. Bukan sangat PH hilang undi," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/kenapa-raja-formula-gagal-melaksanakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 317 hits
Meskipun Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan pertemuan antara beliau dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud atau dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam lawatannya ke Arab Saudi yang berakhir semalam adalah disebabkan pimpinan kerajaa...
Giliran Rafizi Pula Dedah Perangai Pembangkang Setelah Sekian Kali Diejek Raja Formula

Giliran Rafizi Pula Dedah Perangai Pembangkang Setelah Sekian Kali Diejek Raja Formula

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 179 hits
KIM SYAZIESejak mengetuai Kementerian Ekonomi Rafizi Ramli sering disindir dengan gelaran Raja Formula termasuk ketika berbahas di Dewan Rakyat Berucap ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden pada kongres dihadiri lebih 1 200 perwakilan PKR...
Timbul Khabar Angin Ramai Pelakon Wanita Takut Berlakon Sekali Dengan Kim Seonho Kini

Timbul Khabar Angin Ramai Pelakon Wanita Takut Berlakon Sekali Dengan Kim Seonho Kini

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 189 hits
Sekian lama menanti pastinya ramai peminat yang tertunggu tunggu comeback pelakon Kim Seon ho dalam dunia K Drama kan ARTIKEL BERKAITAN Selepas terpalit dengan skandal melibatkan bekas teman wanitanya pada 2020 pelakon lelaki itu nampaknya ...
Gandingan Mantap Penonton Syak Kim Youngkwang Lee Sungkyung Sedang Bercinta Kini

Gandingan Mantap Penonton Syak Kim Youngkwang Lee Sungkyung Sedang Bercinta Kini

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 256 hits
Ada tak yang tengah seronok layan drama Call It Love sekarang ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Call It Love yang diterajui Kim Young kwang dan Lee Sung kyung menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari re...
Syabas Tiga Anak Jati Lipis Kini Di Pilih Sebagai Saf Kepimpinan Umno Malaysia

Syabas Tiga Anak Jati Lipis Kini Di Pilih Sebagai Saf Kepimpinan Umno Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 238 hits
KUALA LIPIS Rata rata warga Lipis yang ditemui menyatakan rasa genbira dan bangga apabila tiga orang anak jatinya kini menjadi pemimpin besar dalam UMNO Mereka ialah Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Datuk Seri Abd Fattah Abdullah dan Dato S...
Kini Perjuangan Anwar Lebih Jelas

Kini Perjuangan Anwar Lebih Jelas

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 246 hits
Bukan jawatan yang diburunya alhamdulillah cakap serupa bikin beri peluang pada Tun dan Kabinet termasuk Azizah uruskan Negara Sikap Anwar jika berterusan begini akan menjadikan penyokongnya insaf diri dan berdisiplin tidak mengada ngada ma...
Nasabah Kb Bukopin Kini Bisa Investasi Reksa Dana Lewat Uob Asset Management

Nasabah Kb Bukopin Kini Bisa Investasi Reksa Dana Lewat Uob Asset Management

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 149 hits
UOBAM Indonesia merupakan anak perusahaan dari UOB Asset Management yang berkantor pusat di Singapura UOBAM memiliki pengalaman pengelolaan dana lebih dari 35 tahun
Nutella Biscuits Baru Kini Boleh Didapati Di Pasaraya Malaysia

Nutella Biscuits Baru Kini Boleh Didapati Di Pasaraya Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 195 hits
Nutella jenama jem hazelnut ikonik telah mewujudkan pilihan tambahan untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran Nutella Biscuits satu lagi varian di bawah portfolio biskutnya Nutella Biscuits merupakan snek terbaik yang boleh dinikmati bersama...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik