Kenapa Plate Fff Tak Meletop Macam Ff
Nombor pendaftaran FFF yang dilancarkan pada Mei 2024 membuatkan peminat nombor pendaftaran siri FG (Putrajaya) kebingungan. Ku sangka FG yang akan dilancarkan, eh tau-tau FFF pulak. Punca plate FFF tak meletop macam FF, Ianya hanya suam-suam kuku macam plate NPI sebelumnya iaitu siri GOLD.
Disclaimer: Ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang yang secara santai mengikuti Siri nombor pendaftaran kenderaan.
Kenapa plate FFF tak meletop macam plate FF
Pendapat saya ni berdasarkan 2 faktor.
Kesengitan bidaan
Jualan nombor pendaftaran siri FFF
Kesengitan bidaan
Saya mula berjinak membida nombor pendaftaran bermula siri FD pada tahun 2021. Masa tu saya agak berpeluh jugak sebab saingan boleh tahan hebat. Kemudian seterusnya bidaan nombor pendaftaran FE pada tahun 2022. Boleh dikatakan kesengitan persaingan untuk bidaan FE sama dengan FD atau mungkin lebih sikit dalam 10% ke 20%.
Mungkin salah satu faktornya tempahan bidaan (upah bid) yang saya terima adalah nombor yang agak cantik dan popular yang menjadi rebutan ramai. Kalau nak cakap pasal server, heng jugak. Tapi biasa je heng camtu setiap kali berlangsung sesi bidaan untuk siri Putrajaya ni.
Jadi, pada tahun 2023, bidaan untuk FF. Sebelum sesi bidaan ni, berdasarkan pengalaman bidding FD, FE dan state (Negeri) lain, saya susun strategi dan tambah team untuk kerja-kerja bidaan. Kiranya kalau situasi sama macam bidaan FD dan FE, confirm saya boleh menang banyak bidaan kali ni. 100% yakin. Memang kami dah ready dari segi emosi, tools untuk bidding (internet laju, device berfungsi baik).
Dan ya! Kami menang 10/15 nombor yang kami bid. Tapi itu bukan pointnya. Untuk sesi bidaan FF, pengalaman tu yang paling berharga. Antara yang berlaku pada sesi bidaan FF dari pemerhatian saya adalah;
Pembida sudah letak harga bidaan yang tinggi pada hari pertama jam 9 pagi. Contoh nombor bernilai RM3000 telah dibida RM300,000 pada hari pertama.
Server JPJebid telah tergantung (heng) pada hari pertama bidaan. Kalau tak silap saya jam 1 tengahari.
Server JPJebid heng pada hari terakhir bidaan bermula 3.30 petang. Untuk siri FD dan FE biasanya server akan heng sekitar 8 atau 9 malam.
Fungsi Captcha dimansuhkan dari halaman login JPJebid. Mungkin untuk memudahkan urusan login akaun yang kerap terlogout.
Bidaan dilanjutkan sehari lagi untuk bagi peluang pembida membida nombor yang mereka mahukan. Ini yang jem ni, time ni saya dah berjaya bid FF81 dengan harga RM53,000. Esoknya masa bid bersambung, saya kalah FF81 ni dengan last bidaan RM79,000.00.
Selain dari tu, saya tengok keluhan pembida lain dalam Group Facebook yang rata-rata mengakui bidaan Nombor Pendaftaran siri FF sangat intense. Mereka gelarkan FF sebagai King nombor plate merampas takhta siri pendaftaran WWW.
Saya tak pasti pulak siri WWW punya King berdasarkan faktor apa. Sebab rasanya time tu belum ada bidaan secara online (JPJebid).
Jualan Nombor Pendaftaran siri FFF
Sebagai seorang runner yang membuat urusan tempahan pembelian nombor siri FFF, saya sendiri merasakan kemasukan jualan tidaklah begitu memberangsangkan.
Mungkin atas sebab faktor harga atau pencarian pembelian tidak bertumpu di Google untuk menemui blog saya ni.
Kalau nak cakap faktor, saya boleh senaraikan faktor-faktor lain yang ada dalam fikiran saya;
harga
siri agak panjang, 3 alphabet
ada pilihan siri lain yang lebih menarik
pembeli tak guna platform Google untuk carian pembelian nombor plate FFF
nombor lebih penting dari siri (alphabet)
FFF bukan siri Putrajaya
dan lain-lain.
Walau apa pun, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran FFF, boleh berhubung dengan saya melalui Whatsapp atau call O1O6OO9966. Adios.
The post Kenapa Plate FFF tak meletop macam FF appeared first on 2024 Adzril.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adzril.com/kenapa-plate-fff-tak-meletop/