Kenapa Ph Perlu Menang Besar Di Prk Pulai



PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mesti mencatat kemenangan meyakinkan di kerusi Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram, terutama selepas keputusan PRN di enam negeri yang berakhir baru-baru ini, kata penganalisis.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, memenangi kedua-dua kerusi itu akan membolehkan PH, dan secara tidak langsung Barisan Nasional (BN), menunjukkan kekalahan dialami dalam PRN 12 Ogos lalu boleh dipulihkan.
“Kerusi Pulai khususnya adalah penting kepada PH kerana ia adalah kerusi Parlimen; menang bermakna satu lagi Ahli Parlimen menyokong kerajaan perpaduan,” katanya kepada FMT.
“PH perlu memastikan ia memenangi dua kerusi ini dengan majoriti besar, sama seperti pilihan raya umum lalu dan pilihan raya Johor. Tetapi saya akan mengatakan ia (akan menjadi) lebih baik jika ia mendapat majoriti yang lebih besar. Amat penting untuk PH bukan sahaja menawan kedua-dua kerusi ini, tetapi menawannya dengan bergaya.”
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia bersetuju, dengan berkata memenangi kedua-dua kerusi akan meningkatkan “moral yang rendah” dalam kalangan ahli.
“Lebih-lebih lagi kerusi itu dipegang oleh seorang bekas menteri yang popular.”
Sementara itu, penganalisis politik Wong Chin Huat dari Universiti Sunway menjangkakan PRK tersebut menjadi pengukur sejauh mana pengaruh Perikatan Nasional (PN) yang semakin meningkat di bahagian selatan Semenanjung.
Dengan PN mendapat kedudukan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada PRN 12 Ogos, Wong berkata gabungan itu sudah pasti akan cuba untuk menembusi Johor juga.
Pada PRN Johor 2022, Allahyarham Salahuddin Ayub memenangi kerusi Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 selepas memperoleh 8,749 undi. Pencabar terdekatnya, Zarul Salleh daripada PN, berjaya memperoleh 6,350 undi, diikuti Lokman Don daripada BN (6,062) dan Mahaizal Mahmor daripada Pejuang (208).
Bagi kerusi Pulai, Salahuddin menewaskan calon BN Nur Jazlan Mohamed pada PRU15 dengan majoriti 33,174 undi, manakala Loh Kah Yong daripada PN di tempat ketiga.
Menurut data 2018, kedua-duanya adalah kerusi campuran, dengan pengundi Melayu membentuk majoriti sedikit. BN berkata ia akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di dua kerusi itu.
Ketiga-tiga penganalisis menjangkakan PH akan berjaya mempertahankan kerusi itu, walaupun Fauzi dan Wong juga meramalkan PN akan bertanding dengan baik dalam PRK pada 9 Sept.
Wong berkata, undi Umno mungkin tidak beralih kepada PH, sebaliknya kepada PN seperti yang dibuktikan pada PRN, kecuali di Negeri Sembilan. Fauzi bersetuju, dengan berkata lonjakan sokongan PN adalah disebabkan pengundi BN yang tidak berpuas hati, memihak kepada PAS-PN.
“Saya menjangkakan trend ini akan berterusan, walaupun tidak setakat melepaskan pegangan PH di kerusi itu. Segmen penting pengundi di sini ialah pengundi BN. PH mesti mendapatkan sekurang-kurangnya separuh daripada mereka untuk keluar mengundi calon PH.
“Setelah melihat impak apa yang dipanggil ‘gelombang hijau’ di Terengganu dan Kedah, penyokong BN harus didorong untuk bertindak menafikan kemungkinan seperti itu berlaku di Johor, yang merupakan tempat kelahiran Umno,” kata Fauzi.
Hakikat bahawa Salahuddin popular dan disenangi walaupun oleh pesaing politiknya akan menjadi faktor dalam membantu mengekalkan penyokong terdahulu, katanya.
Fauzi berkata meletakkan saudara terdekat Salahuddin sebagai calon juga boleh meraih “undi simpati”.
Sebaliknya, Azmi berkata kepimpinan BN Johor mungkin membantu memastikan undi Melayu diberikan kepada calon diluluskan gabungan itu, walaupun jelas rasa tidak puas hati mengenai hubungan dengan DAP - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/kenapa-ph-perlu-menang-besar-di-prk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram Amat Penting Bagi Ph Dan Bn

Prk Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram Amat Penting Bagi Ph Dan Bn

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 189 hits
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram disifatkan amat penting kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional Penganalisis politik...
Menang Besar Tak Selamat Lah Mahiaddin

Menang Besar Tak Selamat Lah Mahiaddin

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 135 hits
TSMY punya bongkak sebelum PRN ini Katanya dia cukup yakin PN akan tawan semua 6 negeri Tun M jangkakan mereka akan dapat skor 5 1 Selangor dan Negeri Sembilan akan jatuh TGHH juga kata kalau ini berlaku mereka akan buat gerakan menebuk ata...
Prk Suhaizan Mahu Pastikan Pulai Kekal Kerusi Ph

Prk Suhaizan Mahu Pastikan Pulai Kekal Kerusi Ph

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 178 hits
Calon Parlimen Pulai mewakili Kerajaan Perpaduan Suhaizan Kaiat mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil bulan hadapan Jelasnya beliau optimis mampu memenangi hati warga Pulai k...
Prk Pulai Simpang Jeram 22 Borang Penamaan Calon Dijual Setakat Semalam

Prk Pulai Simpang Jeram 22 Borang Penamaan Calon Dijual Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 105 hits
SEBANYAK 22 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram sudah dijual setakat semalam Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua borang berkenaan di...
Pemimpin Umno Jangka Protes Pengundi Melayu Pada Prk Pulai

Pemimpin Umno Jangka Protes Pengundi Melayu Pada Prk Pulai

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 116 hits
freemalaysiatoday com23 Aug 2023Ahli MKT Umno Nur Jazlan Mohamed berkata protes itu berkait keadaan ekonomi semasa selain penyokong parti menolak kerjasama dengan PH Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata kesan protes p...
Bn Beri Laluan Kepada Amanah Untuk Prk Pulai Simpang Jeram

Bn Beri Laluan Kepada Amanah Untuk Prk Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 148 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pimpinan Barisan Nasional sepakat memberikan laluan kepada Amanah untuk bertanding PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram di Johor pada 9 Sept ini Pengerusi Zahid Hamidi berkata pimpinan BN merasakan Amanah ...
Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 145 hits
Malaysiakini Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata dia menyerahkan kepada kepimpinan parti berhubung calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor Khalid berkata demikian apabila ditanya berkenaan per...
Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 125 hits
ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Isnin Muhammad Sanusi 49 yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Kedah melafaz sumpah memegang jawatan ...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst