Kenapa Perlu Pendidikan Secara Inkuiri Dr Ihsan Ismail Ada Jawapannya


Baru-baru ini saya terbaca suatu artikel yang sangat menarik tentang Inkuiri dalam Pendidikan STEM. Ditulis oleh Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail yang berkaitan dengan keperluan pendidikan secara inkuiri di laman Facebook, Pendidikan STEM di Malaysia. Maka saya kongsikan semula penulisan beliau supaya boleh dijadikan rujukan dan juga bacaan pembuka minda kepada rakan guru lain tentang pentingnya inkuiri dalam pendidikan. Jom kita hayati bersama!


Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail


KEPERLUAN PENDIDIKAN SECARA INKUIRI

1. Untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum, mereka perlu diberi peluang untuk merasai pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyeronokkan ini pastinya akan menyemarakkan perasaan ingin tahu (curiosity) murid, membuatkan mereka suka belajar (love of learning), percaya dengan kebolehan diri sendiri, dahagakan ilmu pengetahuan dan menjadikan mereka bersemangat tinggi untuk maju.  Inkuiri menyediakan ruang untuk murid mencari ilmu dan berkreativiti 2. Salah satu cara untuk memberikan pengalaman ini kepada murid adalah melalui pendidikan STEM yang dilaksanakan secara hands-on. Pendidikan STEM memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara analitikal, kritis, kreatif dan inovatif dengan mengintegrasi dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks dunia sebenar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Pendidikan STEM adalah berasaskan inkuiri, berfokuskan proses dan berpusatkan murid
 3. KPM melalui Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk meningkatkan kualiti pendidikan STEM di Malaysia. Pendidikan STEM didefinisikan sebagai pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara.   Bimbingan guru semasa proses inkuiri membantu murid untuk belajar dengan lebih baik Matlamat pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid berliterasi STEM yang kreatif, inovatif, inventif dan berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Murid ini tidak terhad kepada murid aliran STEM sahaja tetapi merangkumi semua murid dari peringkat awal kanak-kanak hingga lepasan menengah
 4. Penekanan kepada pendidikan STEM adalah sangat penting kerana inovasi dan pemesatan pengetahuan berteraskan internet mudah alih (mobile internet), data raya (big data) dan Internet of Things (IoT) telah mengubah landskap sosioekonomi global secara menyeluruh. Pada masa ini dan lebih-lebih lagi pada masa hadapan, dunia memerlukan generasi berbakat baharu yang berkeupayaan menyesuaikan diri dalam cabaran besar pada masa hadapan. Modal insan yang sedemikian merupakan faktor yang kritikal bagi memastikan kejayaan sesebuah negara dalam era revolusi industri keempat ini
  Guru juga perlu sentiasa meningkatkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang seiring zaman  5. Walau bagaimanapun, saban tahun kita menyaksikan murid di Malaysia semakin kurang berminat dengan mata pelajaran sains dan matematik yang merupakan tunjang kepada bidang STEM. Pada tahun ini hanya 44 peratus murid memasuki aliran STEM dengan hanya 22 peratus daripadanya dalam aliran sains tulen. Oleh itu, usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan ini supaya negara mampu menyediakan modal insan yang bersesuaian dengan keperluan dalam era revolusi industri keempat ini
 6. Sehubungan dengan itu, bagi menangani isu kemerosotan minat murid dalam bidang STEM, KPM menerusi Pusat STEM Negara, BPPDP, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Pelan Tindakan STEM KPM yang lebih tersusun dan menyeluruh serta menghubungkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan demi memastikan matlamat pendidikan STEM negara akan tercapai.   Murid dibimbing untuk berkreativiti dengan pendekatan inkuiri  Usaha ini juga bagi memastikan tahap penguasaan STEM dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan, seterusnya menyediakan tenaga kerja dalam bidang STEM yang mencukupi sejajar dengan keperluan negara pada masa hadapan. Pelan Tindakan STEM KPM ini menyokong objektif Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM seperti termaktub dalam PPPM (2013 – 2025) iaitu untuk meningkatkan minat murid, kemahiran guru dan kesedaran orang awam
 7. Antara usaha untuk meningkatkan kemahiran guru adalah menerusi program Inquiry Based Science Education (IBSE) dan Inquiry Based Mathematics Education (IBME) yang bertujuan membantu guru melaksanakan PdP secara inkuiri. Pembelajaran secara inkuiri merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk memastikan murid betul-betul faham apa yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal apa yang dipelajari dan seterusnya meluahkannya semula dalam peperiksaan.   Inkuiri juga membimbing murid dengan kemahiran menyelesaikan masalah Melalui pembelajaran secara inkuiri, murid digalakkan untuk bertanya soalan dan mencari jawapan dengan cara menjalankan penyiasatan, eksperimen dan aktiviti hands-on. Pembelajaran secara inkuiri adalah bertepatan dengan kata-kata Confucius, seorang ahli falsafah China, "I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand". Begitu juga kata-kata daripada John Holt, seorang pendidik dari Amerika iaitu “Learning is not the product of teaching. Learning is the product of the activity of learners”
   Dr. Ihsan Ismail  Ketua Unit Pusat STEM Negara

Menyaksikan pendidikan STEM di Malaysia sejak dari tahun 2015, saya secara peribadi juga mengucapkan terima kasih dan jutaan tahniah kepada pasukan Pusat STEM Negara, yang dipimpin oleh Dr Ihsan Ismail. Sememangnya pasukan yang bertungkus lumus bekerja menjalankan tugas menyebarluaskan lagi pendekatan STEM kepada warga pendidikan di Malaysia. Terbaik

Untuk Pusat STEM Negara, Selamat maju jaya


  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/10/kenapa-perlu-pendidikan-secara-inkuiri-dr-ihsan-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Pernah Bincang Tubuh Kerajaan Tanpa Amanah Dap Ismail Sabri

Umno Tak Pernah Bincang Tubuh Kerajaan Tanpa Amanah Dap Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 360 hits
UMNO tidak pernah membincangkan penubuhan kerajaan baharu melibatkan beberapa parti dalam Pakatan Harapan tetapi mengecualikan Amanah dan DAP Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hisha...
Turun Had Harga Rumah Warga Asing Ph Nak Lelong Negara Ismail Sabri

Turun Had Harga Rumah Warga Asing Ph Nak Lelong Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 283 hits
PARLIMEN Kerajaan ini melelong negara dengan menurunkan had harga pangsapuri dan kondominium di kawasan bandar untuk warga asing daripada RM1 juta kepada RM600 000 kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob Ketika perbahasan Belanjawan 2020...
Belanjawan 2020 Tak Jaga Kepentingan Rakyat Miskin Luar Bandar Ismail Sabri

Belanjawan 2020 Tak Jaga Kepentingan Rakyat Miskin Luar Bandar Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 281 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Belanjawan 2020 adalah sebuah belanjawan yang hanya menjaga kepentingan pemodal dan kapatalis melebihi daripada menjaga kepentingan rakyat miskin dalam mahupun luar bandar Jelas belia...
Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan Terengganu Soal Ismail

Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan Terengganu Soal Ismail

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai kritikal mengatakan tiada projek berimpak tinggi untuk pantai timur Semenanjung khususnya Kelantan dan Terengganu Kelantan dan Terengganu diabaikan tanpa...
The Malay World According To Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein

The Malay World According To Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 406 hits
Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein is considered to be responsible for our consciousness of Dunia Melayu By THE term Dunia Melayu or Malay World has been articulated without being precise as to its essence and parameters Such...
Marrybrown Playland Pertama Di Buka Di Hospital Sultan Ismail

Marrybrown Playland Pertama Di Buka Di Hospital Sultan Ismail

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 298 hits
Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail Rasanya ramai reader umi yang suka dengan makanan Marrybrown kan Of courselah umi pun tak terkecuali Korang dah cuba ke The post appeared first on
Kelantan Terima Wang Ihsan Zaman Najib Kenapa Bising

Kelantan Terima Wang Ihsan Zaman Najib Kenapa Bising

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 234 hits
Ipohmali Zaman Tok Guru Nik Aziz Dia tegas mahukan Royalti Sebab dia anggap itu hak Kelantan Tidak ada tawar menawar Sebab itu Tok Guru Husam sebagai Exco hal ehwal Ekonomi bawa kes Royalti sehingga ke Mahkamah Persekutuan Ini baru betul pe...
Nurul Izzah Gets Damages Of Rm850 000 In Defamation Suit Against Ismail Sabri Former Igp

Nurul Izzah Gets Damages Of Rm850 000 In Defamation Suit Against Ismail Sabri Former Igp

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 306 hits
Permatang Pauh Member of Parliament Nurul Izzah Anwar will receive RM850 000 in damages in her lawsuit over defamatory statements that linked her with self styled Sulu princess Jacel Kiram Her lawyer Ranjit Singh informed the Court of Appea...
Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 321 hits
Belanjawan 2020 telah dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang merupakan tahun kedua kepada Pakatan Harapan dalam melaksanakan pentadbiran namun malangnya ia tidak memberi kesan apa apa Hal tersebut diakui oleh Ketua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias