Kenapa Perlu Belajar Urutan Sukan
Semenjak 2 tahun ke 3 tahun kebelakangan ini, permintaan sports massage semakin meningkat di negara kita. Seperti mana yang kita dapat lihat sekarang terlalu banyak acara-acara sukan dijalankan setiap hujung minggu sepanjang tahun. Ini merupakan satu inisiatif yang baik apabila negara kita sedang menuju ke arah negara bersukan menjelang 2020 sejajar dengan mencapai wawasan 2020. Sports massage ni dah jadi sebagai keperluan kepada masyarakat pada masa ini. Alasan kami berkata begitu kerana terlalu banyak permintaan dari masa ke masa dan ia semakin meningkat. Masyarakat sekarang dah beralih kepada sports massage berbanding urutan-urutan lain
Sports massage ni apa sebenarnya?Urutan sukan ialah satu kaedah yang diguna pakai untuk memberikan kesan fisiologikal yang optimum kepada pelanggan. Ia digunakan bagi memberikan kesediaan kepada otot, meningkatkan penggunaan otot dan menyeimbangkan kadar penguncupan otot bagi tujuan untuk mengurangkan risiko terdedah kepada kecederaan sebelum, semasa dan selepas bersukan
Jadi, kenapa perlu kita belajar sports massage?
Kita perlu mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran berkaitan sports massage bagi tujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang memerlukan seperti mana yang kita dapat lihat, permintaan semakin meningkat. Kemahiran sports massage ni bukan lah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai seorang Sports Massage Therapist, sebaliknya sebagai satu kemahiran tambahan sekiranya diperlukan. Sama seperti pengetahuan tentang pertolongan cemas, bukan untuk menjadi seorang First Aider, tetapi lebih kepada pengetahuan asas jika berlaku kecemasan
Mungkin ada di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga ataupun rakan sekerja yang memerlukan jadi tidak perlu ke pusat-pusat rehabilitasi atau fisioterapi bagi mendapatkan urutan sukan hanya sekadar untuk menghilangkan kelesuan otot atau mengembalikan keseimbangan otot. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah kepada setiap individu apabila dapat berkhidmat kepada komuniti
Mengapa perlu memilih kami untuk belajar sports massage?
Pengajar-pengajar kami merupakan pengajar yang bertauliah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi bidang sports massage dan diiktiraf oleh Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) di mana CIAST adalah badan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) dan merupakan satu organisasi yang mengiktiraf pengajar-pengajar dalam bidang vokasional dan kemahiran (TVET). Selain itu, salah seorang pengajar merupakan panel pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) bagi bidang Sports Massage di Malaysia. NOSS merupakan satu garis panduan bagi bidang-bidang kemahiran yang didaftarkan di Malaysia mengikut standard tertentu.Sesi pembelajaran dijalankan secara teori dan amali. Semua peserta akan dinilai secara amali dalam setiap kursus yang dijalankan.Sijil yang dikeluarkan adalah sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Modul pembelajaran yang disahkan oleh unit kurikulum Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Untuk belajar asas urutan sukan anda tidak perlu mencari seorang profesor untuk belajar. Ini kerana pengetahuan yang terlalu details akan menyebabkan anda lebih tidak faham dan mungkin akan menyebabkan anda hilang keyakinan untuk mengamalkannya. Lagipun, seorang profesor tidak akan melakukan urutan kepada pesakit. Jadi, mungkin ada kekurangan dari segi pengalaman berhadapan dengan masalah-masalah dengan pelanggan. Bukan bermaksud belajar dengan profesor tak bagus. Tetapi untuk belajar asas, profesor bukanlah guru yang sepatutnya anda cari
Jom belajar Sports Massage dengan kami: Klik SINI untuk mendaftar
Jumpa anda di sana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.terapisukan.com/2019/12/kenapa-perlu-belajar-urutan-sukan_31.html