Unexpected Betul Patutlah Orang Cakap Perempuan Cantik Ni Kelakar
“Unexpected” Betul, Patutlah Orang Cakap Perempuan Cantik Ni Kelakar
Perasaan sebelum akad nikah atau ijab kabul bukanlah sesuatu yang boleh diterjemahkan dengan kata-kata biasa. Hanya bakal pengantin sahaja faham, debarannya lain macam.
Ada yang berdebar sepanjang malam sampai susah nak tidur. Ada yang beberapa kali ulang alik tengok baju nikah, takut ada yang tertinggal.
Ada yang asyik latih lafaz akad dalam hati, walaupun bukan dia yang nak melafazkan. Ada juga yang tersenyum sendiri kerana akhirnya impian untuk hidup bersama insan tercinta hampir menjadi kenyataan.
Namun, lain pula kisahnya dalam satu video yang tular baru-baru ini.
Sebuah rakaman yang mencuri perhatian ramai menunjukkan seorang bakal pengantin perempuan sedang bersiap-siap di sebuah ruangan sebelum majlis perkahwinannya bermula.
Video tersebut dikongsikan oleh jurusolek (MUA) yang diberi kepercayaan menatarias wajah pengantin pada hari istimewa itu.
Hasil solekan MUA berkenaan turut menerima pujian ramai kerana berjaya menonjolkan kecantikan dan pesona pengantin tersebut. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian netizen berbanding solekan cantik itu.
“Ya Allah, cantiknya dahlah kelakar…” – Netizen
Di saat ramai pengantin biasanya fokus untuk menenangkan diri, pengantin perempuan ini pula menghiburkan orang sekeliling. Mungkin itulah caranya menghilangkan rasa gementar menjelang majlis berlangsung.
Tetapi, apa yang betul-betul “unexpected” adalah apabila pengantin tersebut secara bersahaja membuat bunyi burung walaupun wajahnya sudah siap dengan solekan ‘on point’.
Gelagat spontannya membuatkan ramai yang berada di situ tidak dapat menahan ketawa.
“Dia suka saya sebab tu, sumpah…” katanya dengan muka serius, sambil bunyi ketawa orang ramai masih kedengaran di belakang.
Spontan, tidak hairanlah ramai mengatakan “patutlah orang cakap perempuan cantik ni kelakar”.
@muafatinraihan
My talented bride tudeyyyy

unik betul ekk haha #MUAFatinRaihan
♬ original sound – MUAFATINRAIHAN – MUAFATINRAIHAN
Seperti biasa, netizen tidak pernah mengecewakan. Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi.
“Takda siapa suka aku ke? Aku pun pandai buat bunyi burung ni…”
“Suami saya suka saya sebab saya boleh buat bunyi udang.”
“Saya reti buat bunyi ikan haruan sebab tu laki saya suka saya.”
“Btw, saya sedang mencari jodoh boleh bunyi tedung selar.”
BACA: Dari Kampung ‘Terbang’ Ke Ireland, Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi
Sumber: TikTok @muafatinraihan
The post “Unexpected” Betul, Patutlah Orang Cakap Perempuan Cantik Ni Kelakar appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/08/unexpected-betul-patutlah-orang-cakap-perempuan-cantik-ni-kelakar/