Kenapa Pemimpin Ph Melayu Kembali Kepada Melayu Tiba Tiba



Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain untuk memelihara warisan dan jati diri bangsa Melayu, kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Semalam Tun Mahathir ketika melancarkan PPBM Sarawak dengan berani menyatakan Bersatu memang parti rasis yang mempertahankan kaum peribumi. 

Kenapa tidak semena-mena mereka kembali kepada Melayu dan Pribumi sedangkan selama 6 bulan pemerintahan PH, seolah-olah Melayu dan Pribumi tidak wujud dalam kamus hidup mereka.

Bermula dengan perjuangan mahu mengiktiraf UEC Sijil Sekolah Swasta Cina yang menggunakan kurukulum Taiwan dan China, Bahasa pengantar bahasa Mandarin, lembaga Peperiksaan mereka enggan menggunakan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tanpa memikirkan pandangan orang Melayu, mereka hantam saja apa yang mereka mahu buat.

Mereka memberi peruntukan yang besar kepada Sekolah Swasta Cina seolah semua wang kerajaan itu bapak mereka punya.

Mereka memperjuangkan LGBT demi memenuhi kehendak segelintir puak-puak Liberal tanpa langsung mengendahkan majoriti Melayu Islam.

Mereka tafsir Hiz Ad Din itu menjaga semua agama bukan menjaga Islam sahaja. Mereka tafsir Islam ikut sedap mulut sahaja tanpa memahami Islam sebenar dan tanpa memikirkan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam agama Persekutuan.

Mereka letak bahasa Cina di papan-papan tanda jalan tanpa menghiraukan bahawa Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan sehingga kan terpaksa Tuanku SULTAN Selangor sendiri campur tangan dan mengarahkan dibuang tulisan Cina.

Mereka menyokong kebebasan ajaran Syiah dan Ajaran Sesat walau telah jelas diputuskan dalam fatwa di setiap negeri. Adakah mereka memikirkan tentang Melayu Islam merupakan majoriti di negara ini. Mereka tak kesah. 

Mereka juga memaki hamun undang-undang Syariah apabila ada isu sebat seolah-olah undang-undang Syariah ini digubal di kedai kopi. Mereka hina sepuas-puasnya orang Islam. Mereka ambil kira perasaan Melayu Islam? Tidak. 

Di Perak bangsa DAP menekan Menteri Besar walau dari kumpulan mereka sendiri agar diberi tempoh pajakan tanah kampung Cina selama 999 TAHUN. Mereka langsung tidak kesah perasaan orang Melayu dan Pribumi yang hanya tempoh pajakan cuma 99 tahun selama ini. Jika mahu dibuat dasar itu sepatutnya bukan untuk Cina tetapi kepada Melayu dan Pribumi. 

Mereka melantik bukan Islam menjadi Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang pada mulanya konon atas sebab merit tetapi selepas itu baru jelas merit mereka apabila Kes Rasuah LIM Guan Eng dan kes-kes lain yang melibatkan puak mereka digugurkan dari mahkamah tanpa perlu dibicarakan. 

Paling extreme, mereka mahu meratifikasi ICERD tanpa bertanya sepatah haram kepada orang Melayu dan Pribumi di negara ini. Mereka buat seolah-olah negara ini bapak mereka punya. Malah apabila orang Melayu menyatakan  bantahan, mereka masih berdegil-degil lagi hingga lah setelah didesak lebih keras mereka hanya menangguhkan saja kata Anwar. 

Berpuluh-puluh lagi perkara yang mereka buat tanpa mengendahkan Melayu dan Pribumi walau hanya tempoh pemerintahan HANYA 6 bulan sahaja. 

Mereka tergesa-gesa melakukan apa saja kehendak mereka TANPA ambil kesah majoriti 69% orang Melayu dan Pribumi masih tercangak di Tanah sendiri. 

Seolah-olah perkataan mereka yang sesuai untuk orang Melayu dan Pribumi ialah "Ada aku kesah, aku sedang berkuasa" 

TIBA-TIBA... .. 

SEMALAM, Tun Mahathir dan Nurul IZZAH mula bercakap mengenai Melayu dan Pribumi. Baru ingat kepada kami? 

Tak apa lah, kami sudah kecewa dengan perangai kamu. 

Biar lah kami menoreh dalam Hujan walau air banjir sampai ke paras dada. Kamu dengar lah hujah Red Bean Army DAP yang membuat post kaedah menoreh getah dalam hujah. Tiba-tiba mereka yang lahir dalam bangunan Batu lebih mahir berbanding kami yang menoreh getah sejak tujuh keturunan. 

Biar lah kami nelayan ke laut menangkap ikan walau ombak sebesar bangunan. Biar kami mati dan berkubur di tengah lautan. 

Biar kami fikirkan sendiri macam mana buah-buah sawit ini dijadikan resepi baru untuk membolehkan kami makan semua apabila buah tidak boleh dijual. 

Biar lah kami tanam ubi-ubi kayu untuk dijadikan makan ruji kerana tiada wang untuk membeli beras. Buang lah kerja kami, kerana sampah dan besi-besi buruk masih banyak untuk kami pungut dan jual kepada peraih India. 

Kami tidak perlukan janji 1 juta pekerjaan oleh Kerajaan Pakatan kerana sisa kotak-kotak Buangan kilang-kilang Cina masih boleh kami pungut dan jual. 

Masih banyak sisa-sisa makanan dalam Tong-Tong sampah untuk kami makan. Lupakan kami, pergi lah kamu dengan Bangsa DAP yang mulia disisi kamu. 

Biar lah kami undi kerajaan baru pada PRU akan datang kerana kami mengaku telah tersilap membuat keputusan pada PRU14. Kami ingatkan panas sampai ke petang, rupanya Hujan sepanjang hari. 

Kami mengaku alah sabung, menang sorak pada PRU14 yang lalu. Kerajaan PH hanya "Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang." 

Ada ubi ada batas, ada PRU lagi kami akan balas. 

Sebelum itu kami akan turun ramai-ramai menyampaikan suara hati kami Melayu dan Pribumi pada 8 Disember 2018 nanti. JANGAN GANGGU KAMI. BERSIH 1kami biarkan, Bersih 2 kami benarkan, Bersih 3 kami tak kesah, Bersih 4 kami pejam mata, Bersih 5 kami masih lagi bersabar. 

#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/kenapa-pemimpin-ph-melayu-kembali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 399 hits
GEORGETOWN PAS didakwa sengaja memainkan politik kebencian apabila menuduh DAP biadap terhadap raja raja Melayu dalam isu penerimaan pingat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP menghormati sistem Raja berperlembagaan sepenuhnya dan...
Boleh Cakap Melayu Ini Bumi Melayu Tegur Pembantu Jualan Jual Beer Netizen Selar Kebiadaban Lelaki Ini

Boleh Cakap Melayu Ini Bumi Melayu Tegur Pembantu Jualan Jual Beer Netizen Selar Kebiadaban Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 1086 hits
Boleh cakap Melayu ini bumi Melayu Tegur pembantu jualan jual beer netizen selar kebiadaban lelaki iniViral di media sosial seorang lelaki bukan sahaja mengganggu malah menunjukkan tanda isyarat lucah terhadap seorang pembantu jualan di bah...
Melayu Islam Tidak Pernah Menindas Mana Mana Kaum Di Malaysia

Melayu Islam Tidak Pernah Menindas Mana Mana Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 886 hits
Dimana penindasan terhadap India di Malaysia Demi menjaga hati orang lain Melayu Islam benarkan sami hindu ke dalam Dewan Negara walau tidak mengikut etika pemakaian dan tiada pula kedengaran bantahan secara rasmi dibuat oleh orang Melayu A...
Nasib Melayu Di Singapore

Nasib Melayu Di Singapore

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 451 hits
Saya menolak ICERD Pisang tak perlu berbuah dua kali ya Nasib melayu di Singapore Bila pendatang berkuasa Perkara 152 Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi dan tanggungjawab kerajaan mer...
Khalid Samakan Ketuanan Melayu Macam Nazi Israel

Khalid Samakan Ketuanan Melayu Macam Nazi Israel

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 283 hits
Konsep ketuanan Melayu yang memartabatkan hak sesuatu bangsa sama seperti perjuangan yang diamalkan dalam fahaman Nazi dan Israel Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata istilah tersebut bukan sahaja jelik tetapi tidak dapat d...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai