Kenapa Pas Sekarang Amat Memalukan Islam


 



Penulisan Terbaik untuk direnungkan...
Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam ?

Dr Nazmil Aril Osidea.........

1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib sahabat sejati'.

Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.

2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.

3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.

4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek.

5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.

6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya)

Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.

7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.

8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran.

9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.

10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik' sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik.

11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut 'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas hanyalah laluan yang menyesatkan.

12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Pas.

Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam.

Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk.

Dr Nazmi Aril Osidea

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/kenapa-pas-sekarang-amat-memalukan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

Ada Anak 6 7 Tahun Latihlah Baca Kira Tulis Sekarang Masanya Jadi Cikgu Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 354 hits
Tahun 2020 dan 2021 tiada siapa pun menjangkakan negara akan dilanda dengan wabak virus berbahaya Namun itulah takdir yang perlu diterima dengan reda Walaupun ujian ini berat namun hidup tetap perlu diteruskan Cuma yang terkesan dengan waba...
Mulakan Bisnes Anda Di Ebay Sekarang

Mulakan Bisnes Anda Di Ebay Sekarang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum kali ini saya nak berkongsi kepada anda potensi bisnes di ebay yg ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di ebay Ada yg bertanya dengan saya masih relevan lagikah bisnes di ebay ni jawapannya YESSS masih releva...
Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 298 hits
Keputusan Agong pun dicabar layak ke Anwar pimpin negara BANGI Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi...
Nak Tahu Rupa Umno Sekarang Jom Kita Tanya Orang Dalam

Nak Tahu Rupa Umno Sekarang Jom Kita Tanya Orang Dalam

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 211 hits
Yang bukan org umno hangpa dok diam mkn cokodok time PKP DARURAT lagi hujan nii Najib dan Zahid yang superb pun dah tak pandai BERENANG biar betul annuar MUSA ni Sat lagi annuar MUSA memang AKAN kena maki dengan geng lalat hijau
Buat Duit Dengan Klikjer Jom Daftar Sekarang

Buat Duit Dengan Klikjer Jom Daftar Sekarang

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 264 hits
Buat duit dengan klikjer Jom daftar sekarang Yeah tahun 2021 Tahun ini genap lah 9tahun onlajer com bersiaran Seperti biasa ada lah pasang dan surutnya apabila menguruskan sebuah blog ini Maklumlah banyak sangat komitment Ladang online yang...
Dulu Syahid Tentang Perlembagaan Kafir Sekarang Sokong Pula

Dulu Syahid Tentang Perlembagaan Kafir Sekarang Sokong Pula

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 172 hits
WFAUZDIN NS Mungkin walaun2 pas yg baru nak up tidak tahu sejarah Hadi Sejarah Hadi dlm tragedi memali ada kaitan dgn amanat Hadi Apa yg terkandung dlm amanat hadi Dalam amanat Hadi disebut dengan maksudnya bahawa Pas menentang Umno adalah ...
Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

Sell The Idea Yang Sekarang Anak Dah Besar Antara Tip Untuk Wean Off Susu Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 273 hits
Risaunya macam mana nanti dah stop bagi susu badan tapi si kecil ni dah nak masuk 2 tahun Ramai ibu ibu yang tidak bersedia untuk menghentikan penyusuan badan malah tidak yakin dapat melakukanya Bagaimana caranya untuk menghentikan pemberia...
Dulu Muhyiddin Kecam Najib Sekarang Diapun Buat Sama Kecam Mahathir

Dulu Muhyiddin Kecam Najib Sekarang Diapun Buat Sama Kecam Mahathir

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 236 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dengan kuasa darurat yang dimiliki Putrajaya bermakna tidak ada jalan keluar untuk Parti Pejuang Tanah Air yang ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Dengan keadaan darurat kuasa perdana menteri...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm