Kenapa Muhyiddin Beria Nak Jumpa Mahathir


ULASAN

MUHYIDDIN Yassin cuba memulihkan semula hubungannya dengan Dr Mahathir Mohamad setelah seminggu berpisah dengan Pengerusi Bersatu itu. Beliau telah menulis surat untuk berjumpa dengan bekas PM ke 7 itu.

Bagaimana pun Mahathir telah memberi syarat agak tegas, minta Muhyiddin putuskan dahulu hubungan dengan pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah, baru mungkin permintaan Muhyiddin itu akan dipenuhi.

Mahathir mengakui menerima surat Muhyiddin itu tetapi beliau tidak memberi jaminan akan bertemu PM tidak cukup nombor itu kerana memikirkan apakah keperluannya.


Kenyataan atau jawaban Mahathir itu menunjukkan beliau tegas dengan pendiriannya sebelum ini yang enggan bekerjasama dengan Umno sekiranya ia disertai sama oleh beberapa pemimpinnya yang rasuah atau menyalahgunakan kuasa.

Muhyiddin sebelum ini telah meminta Mahathir bersama menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP, bagaimana pun Mahathir tidak sedia menerimanya kerana cadangan Muhyiddin itu mahu bersama Umno.

Pemimpin yang dimaksudkan Mahathir yang terpalit dengan kotoran itu, Ahmad Zahid Hamidi, Teuku Adnan Mansor, Najib Razak, Abdul Azeez Rahim, Bung Mokhtar Radin dan lain-lain. Bagi Mahathir mereka itulah merupakan penyangak, pencuri dan penipu yang mengepalai kerajaan kleptokrasi.

Sebelum ini Mahathir melahirkan rasa sedih atas tindakan Muhyiddin yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin Umno berkenaan bagi membolehkan dia dipilih jadi perdana menteri. Perbuatan Muhyiddin itu melukai hati Mahathir dan juga ia dianggap sebagai telah membelakangkan dia sebagai pengerusi parti.

Apa yang boleh difahamkan kenapa Muhyiddin memberanikan diri menulis surat dan minta untuk berjumpa dengan Mahathir, menunjukkan beliau tidak yakin dengan kedudukannya hari ini. Muhyiddin dipilih sebagai PM penuh kontroversi dengan sokongan ahli parlimen berkelebihan satu atau dua undi sahaja. Kedudukan itu menyebabkan kabinetnya nanti adalah kabinet minoriti dan kerajaan bakal dibentuknya bagaikan telur di hujung tanduk.

Sehingga ke hari ini sesudah seminggu angkat sumpah sebagai PM, Muhyiddin masih belum mengumumkan barisan kabinetnya. Apakah beliau berhadapan dengan masalah, sehingga terpaksa berjumpa dengan Mahathir. Apakah perjumpaan itu ada sesuatu perkembangan yang Muhyiddin hendak jelas dan bantuan daripada Mahathir?

Terdengar juga dalam tempoh 72 jam ada usaha untuk mempelawa beberapa orang bekas menteri PH untuk bersama Muhyiddin. Menteri itu katanya termasuk daripada DAP sama.

Persoalan kini apakah Mahathir akhirnya akan sedia untuk berjumpa dengan Muhyiddin dan mendengar apa yang hendak diperkatakan nanti? Dan kalau mereka berjumpa pasti ada perkembangan baharu yang membentuk persoalan menarik.

Sekiranya Muhyiddin tetap tidak mengumumkan barisan kabinetnya bermakna Muhyiddin kini sangat terdesak untuk mendapat nasihat dan bantuan Mahathir.

Apakah Muhyiddin sedia untuk membelakangkan pemimpin Umno yang tidak diingini Mahathir itu, ataupun beliau akan terus bersama mereka? Persoalan ini mencetuskan satu polemik baharu pasca beliau mengangkat sumpah sebagai PM ke-8.

Mungkin polemik ini menyebabkan barisan kabinet Muhyiddin tidak dapat diumumkan lagi minggu depan? Ada cakap-cakap Muhyiddin akan mengumumkan kabinetnya Selasa atau Rabu depan. Bagaimana dengan perkembangan terbaru ini mungkin pengumuman itu akan ditangguh lagi. [wm.kl.8:53 pm 08/03/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/kenapa-muhyiddin-beria-nak-jumpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR 12 Mac Datuk Seri Najib Razak memohon penjelasan Pakatan Harapan rasional mengadakan jelajah seluruh negara Bekas perdana menteri berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak curang dalam meng...
Mahathir Tak Mahu Jumpa Muhyiddin

Mahathir Tak Mahu Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 446 hits
LANGKAWI Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada menerima surat daripada Muhyidd...
Dr Mahathir Letak Syarat Jika Muhyiddin Mahu Jumpa

Dr Mahathir Letak Syarat Jika Muhyiddin Mahu Jumpa

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 768 hits
LANGKAWI Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan syarat sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat mengadakan pertemuan dengan beliau untuk membincangkan kemungkinan berdamai
Pm8 Nak Jumpa Pm7

Pm8 Nak Jumpa Pm7

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 288 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengutus surat kepada Dr Mahathir Mohamad bagi mengatur pertemuan antara dua pemimpin ini Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu memberitahunya...
Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 440 hits
Berbanding Azmin Ali bagi Dr Mahathir Mohamad luka lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu Ditanya semasa b...
Mahathir Mohon Maaf Letak Jawatan Akui Diperdaya Muhyiddin

Mahathir Mohon Maaf Letak Jawatan Akui Diperdaya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 363 hits
Malaysiakini Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada anggota parlimen PH di pejabatnya di Kuala Lumpur pada semalam ketika bekas sekutunya Muhyiddin Yassin bersiap sedia menjadi perdana menteri baru Berdasarkan rakaman...
Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 341 hits
Akhir terbongkar dalam video Anwar cakap salah orang itu salah orang ini Mereka yang bercakaran antara satu sama lain tapi yang peliknya macai PH menyalahkan UMNO PASInilah JAHATnya macai PHMR Yang menipu akhirnya akan terbongkar jua Untuk ...
Muhyiddin Mukhriz Dan Rina Jumpa Dr M

Muhyiddin Mukhriz Dan Rina Jumpa Dr M

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 306 hits
Kenderaan Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki perkarangan kediaman Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Tiga pemimpin tertinggi PPBM kelihatan memasuki kediaman Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence sejak 8 pagi tadi dipercayai bagi memuju...
Muhyiddin Zahir Penghargaan Kepada Dr Mahathir

Muhyiddin Zahir Penghargaan Kepada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 2 Mac Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada Malaysia Perdana Menteri merakamkan penghargaan itu semasa menyampaikan ucapan sulun...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Jepun Cipta Rahim Buatan Pertama Untuk Manusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Di Kafe Frenc E Roast

Sup Tulang Daging Korban Hidangan Tengahari

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Hadi Mesti Undur Jika Pas Mahu Tawan Putrajaya Kata Penganalisis

Khasiat Air Kepala Segar Untuk Sembuhkan Sakit Ringan

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa