Kenapa Marathon 42 Kilometer


Korang minat lari Marathon? Sekarang ni memang banyak acara larian di Malaysia ni. Sampai ramai yang terkeliru dan menyebut setiap larian itu adalah marathon.
Sebenarnya ramai yang terkeliru sampai lari 5 kilometer pun dianggap marathon. Tak mengapa, sebab mungkin anda tak tahu. Jadi Jamal yang pernah beberapa kali lari marathon ni nak explain sikit tentang larian marathon.
Untuk makluman anda, jarak bagi acara larian untuk ditakrifkan sebagai marathon adalah 42.195 kilometer. Amacam? Memang jauhkan?
Bagi pelari elit, mereka mengambil masa kira-kira 2 jam 05 minit(lelaki) manakala 2 jam 22 minit (wanita). Bagi pelari amatur pula boleh mengambil masa kira-kira 4 jam 22 minit (lelaki) manakala 4 jam 48 minit (wanita).
Ini merupakan anggaran dari Very Well Fit. Mungkin bagi pelari Malaysia ia akan berbeza pula masa yang direkodkan.
Kenapa Marathon 42 Kilometer Mengikut sejarahnya, Marathon adalah nama sebuah daerah di Yunani (Greece). Berlaku Perang Marathon pada tahun 490 Sebelum Masihi (SM) di Teluk Marathon olen tentera Yunani dari Athens yang melawan serangan angkatan Persia.
Setelah perang berjaya dimenangi oleh tentera Yunani, seorang pengutus pesan bernama Pheidippides telah dihantar ke Athens untuk memberitahu tentang kemenangan mereka.
Menurut sejarah, Pheidippides telah berlari tanpa henti dari Marathon menuju ke Athens dan sejurus sampai ke lokasi beliau telah meninggal dunia akibat keletihan.
Ketika sukan Olimpik bermula pada tahun 1896, acara lumba lari Marathon diperkenalkan bagi memperingati sejarah Pheidippides yang berlari sekitar 40 kilometer ketika itu.
Beberapa pelari Amerika Syarikat yang menyertai acara ini di sukan Olimpik ini telah memperkenalkan sukan ini ke negara asal dan pada tahun 1897 lumba lari Boston Marathon mula dianjurkan sehingga ke hari ini.
Ia kini menjadi acara lumba marathon yang tertua dan terhebat di dunia.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(International Olympic Committee, IOC) pada tahun 1907 mempersetujui bahawa jarak marathon adalah 25 batu (40 km) untuk Olimpik 1908 di London.
Namin ketika pemetaan laluan dilakukan mereka memutuskan untuk jarak 26 batu (dari Windsor Castle menuju White City Stadium). Laluan tersebut ditambah dengan satu pusingan trek (586 ela 2 kaki) agar garisan penamat berada betul-betul di depan singgahsana diraja.
Laluan tersebut akhirnya diubah abila pintu masuk berlainan digunakan diikuti dengan separuh pusingan trek 385 ela dan tamat di tempat yang sama.
Jarak itu telah menjadi 26 batu 385 ela yang kini bersamaan dengan 42km 195 meter yang akhirnya ditetapkan sebagai jarak rasmi lumba Marathon oleh International Amateur Athletic Federation (IAFF) pada Mei 1921.
Jarak tersebut juga diberikan julat toleransi tambahan maksima 42 meter (0.1%) sebagai antisipasi kesalahan pengukuran (1 meter tambahan per 1 km).
Pada awalnya, acara Marathon ini hanya dibuka kepada kaum lelaki. Ia dibuka secara rasmi untuk atlet wanita hanya pada Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Rekod dunia bagi acara Marathon bagi kategori lelaki dilakukan oleh Eliud Kipchoge (Kenya) dengan catatan 2 jam 01 minit 39 saat yang dilakukan di Berlin pada tahun 2018. Bagi kategori wanita pula Paula Radcliffe masih memegang rekod dengan catatan masa 2 jam 15 minit yang dilakukan di London pada tahun 2003.
Bagi rekod Malaysia pula ianya dicatatkan oleh Tan Huong Leong pada Marathon Tokyo 2018 dengan catatan 2 jam 25 minit 28 saat.
Sumber :- JOm Lari
JOm Kita Lari via Adha .ms


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/kenapa-marathon-42-kilometer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalur Evakuasi Lereng Merapi Di Klaten Rusak Parah Sepanjang 7 Kilometer

Jalur Evakuasi Lereng Merapi Di Klaten Rusak Parah Sepanjang 7 Kilometer

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 236 hits
Kondisi ini dikawatirkan menghambat proses evakuasi jika terjadi erupsi Gunung Merapi Mengingat dalam beberapa hari terakhir gunung yang ada di perbatasan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta itu terus menunjukkan aktivitasnya
Mangsa Bergayut Pada Motosikal Peragut 2 Kilometer

Mangsa Bergayut Pada Motosikal Peragut 2 Kilometer

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 487 hits
Mangsa bergayut pada motosikal peragut 2 kilometerViral di media sosial video seorang lelaki berusia pertengahan diragut penunggang motosikal dalam kejadian Ahad lalu di Taman Asean Melaka Berdasarkan video viral itu menunjukkan mangsa semp...
Gunung Bromo Alami Erupsi Status Masih Di Level Ii Radius Aman Pada 1 Kilometer

Gunung Bromo Alami Erupsi Status Masih Di Level Ii Radius Aman Pada 1 Kilometer

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 259 hits
Gunung Bromo dilaporkan mengalami erupsi pada hari ini Selasa 19 Februari 2019 pagi Informasi erupsi Gunung Bromo ini dibagikan Volcano Observatory Notice for Aviation lewat situs resmi mereka VONA melaporkan bahwa ketinggian kolom abu dari...
Kecederaan Pelari Marathon

Kecederaan Pelari Marathon

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 2089 hits
Achilles Tendinopathy Juga disebut tendinitus Ia adalah keradangan pada achilles tendon iaitu tendon di bahagian bawah daripada otot betis dan di atas tumit Achilles tendinitis menyebabkan sakit dan rasa ketat di area itu terutama waktu pag...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra