Kenapa Mahu Roboh Gerai Peniaga Masa Covid 19 Noh


Nizam Zain Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ketika membuat lawatan ke tapak gerai yang telah dirobohkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Puchong Permai, Selangor. Foto AFIQ HAMBALI, PUCHONG – Badan Perhubungan UMNO Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai ketika rakyat sedang bergelut dengan Covid-19.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa kesal dengan tindakan terburu-buru itu sambil menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai buta, tuli dan pekak kepada masalah rakyat.
“Mengapa Menteri Besar ini? Pekak ke? Buta ke? Tak dengar ke? Tak lihat apa yang berlaku?
“Datuk Bandar ini dia pun tak guna otak ker? Ini masalah rakyat, kamu kena turun kena tengok. Nak roboh boleh, nak ambil tindakan boleh tapi jangan sekarang.
“Ini waktu Covid-19, rakyat tengah susah, orang yang tiada modal kita kena bagi berniaga,” katanya kepada pemberita selepas turun padang ke kawasan gerai makan di Puchong Permai hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar ketika sidang media selepas membuat lawatan ke tapak gerai yang telah dirobohkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Puchong Permai, Selangor. Foto AFIQ HAMBALI,Isnin lalu, lebih 100 anggota penguat kuasa termasuk MBSJ, PDRM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam operasi perobohan gerai-gerai makan milik 43 penjaja kecil di Puchong Permai, di sini.
Operasi yang bermula kira-kira jam 8 pagi tadi bermula agak kecoh apabila sekumpulan penjaja terbabit terpaksa bergelut dengan penguatkuasa yang bertindak melakukan perobohan gerai makan yang diusahakan sejak 20 tahun lalu.
Dalam pada itu, Noh juga menyifatkan tindakan perobohan gerai makan yang diusahakan hampir 20 tahun itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Sebab itu rakyat dah jemu dengan Kerajaan PH, kalau macam ini perangai PH yang Menteri Besar, Exco dan ADUN kepada kawasan ini tidak prihatin masalah rakyat, pergi belajar dengan Tan Sri Annuar Musa.
“Bagaimana dia beri peluang kepada peniaga-peniaga sebab rakyat tengah susah, kena faham rakyat tengah menderita.
“Ini kerajaan zalim, sebab itu kerajaan PH tak lama memerintah di pusat, sebab zalim, dah la janji, zalim pula kepada rakyat,” katanya.
Lebih menyedihkan apabila penempatan baharu buat 43 peniaga makan itu mempunyai keluasan hampir sama dengan saiz parkir kenderaan tanpa kemudahan asas.
“Tempat saya tengok itu (kiosk MBSJ) macam parkir kereta saja, guna lah otak sikit. Pegawai-pegawai MBSJ yang buat kiosk ini pernah berniaga ker?
“Kalau tidak, patut tanya pendapat peniaga, adakah sesuai nak buat tapak baharu yang elektrik tiada, air tiada, berniaga pula ikut tiga shift secara bergilir-gilir, tempat masak pun tiada.
“Kalau nak buat satu pembaharuan okay tapi sebelum buat pembaharuan, dengarlah pendapat dan masalah peniaga,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau mencabar Amirudin dan Datuk Bandar Subang Jaya, Noriani Roslan untuk mengadakan perjumpaan dan dialog bersama pihaknya esok.
“Saya nak cabar Datuk Bandar saya sendiri akan pergi ke Datuk Bandar. Kalau Menteri Besar anak jantan, datang sekali saya nak jumpa sekali, saya nak cabar Menteri Besar.
“Kalau Datuk Bandar bukan orang politik, Menteri Besar kena datang, Khamis kita minta jumpa (esok) saya nak cabar Menteri Besar, Exco atau siapa pun datang Khamis berdepan dengan kita, kita berdialog.
“Kita nak ajar kamu macam mana nak memerintah. Kalau tak nak belajar dengan Wilayah Persekutuan, kita nak sekolahkan dia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kenapa-mahu-roboh-gerai-peniaga-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Calon Tunggal Di Pilkada Oku Dan Oku Selatan Digugat Ke Mk

Kemenangan Calon Tunggal Di Pilkada Oku Dan Oku Selatan Digugat Ke Mk

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 542 hits
Empat dari tujuh daerah yang menggelar Pemilihan Kepala Daerah serentak di Sumatera Selatan berakhir di Mahkamah Konstitusi setelah diajukan gugatan terkait sengketa pemilu Dua gugatan di antaranya di pilkada yang terdapat kolom kosong
Hanya Tunggu Masa Bersalin Disahkan Positif Covid Terpaksa Czer Demi Nyawa Bayi

Hanya Tunggu Masa Bersalin Disahkan Positif Covid Terpaksa Czer Demi Nyawa Bayi

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 355 hits
Hanya beberapa minggu saja lagi nak melahirkan anak diuji pula dengan virus yang paling ramai orang takut memberi pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila bila Kisah wanita ini yang terpaksa melahirkan anak di saat dirinya positif Cov...
Penggunaan Vaksin Covid 19 Dipersetujui Mufti Dan Badan Berautoriti Fatwa Dunia

Penggunaan Vaksin Covid 19 Dipersetujui Mufti Dan Badan Berautoriti Fatwa Dunia

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 390 hits
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah mengumumkan bahawa penggunaan vaksin COVID 19 adalah diharuskan ke atas manusia dan ia wajib diambil bagi menjaga diri daripada kemudaratan Hal ini adalah berdasarkan keputusan daripada Mesyuarat Khas Jawa...
Tujuh Pemudik Reaktif Covid 19 Di Km 19 Tol Jakarta Cikampek

Tujuh Pemudik Reaktif Covid 19 Di Km 19 Tol Jakarta Cikampek

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 242 hits
Pelaksanaan tes usap antigen di tempat istirahat KM 19 Tol Jakarta Cikampek telah dimulai sejak Rabu kemarin hingga hari ini
Guru Diberi Keutamaan Vaksin Covid 19 Tiada Keperluan Mendesak Dan Tidak Perlu Mantan Menteri Kesihatan Ph

Guru Diberi Keutamaan Vaksin Covid 19 Tiada Keperluan Mendesak Dan Tidak Perlu Mantan Menteri Kesihatan Ph

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA Susulan cadangan Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk mengutamakan pemberian vaksin COVID 19 kepada golongan guru bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiada keperluan mendesak untuk golongan ...
Covid 19 Pm Serbia Yang Pertama Terima Suntikan Vaksin

Covid 19 Pm Serbia Yang Pertama Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 368 hits
PERDANA Menteri Serbia Ana Brnabic menjadi yang pertama menerima vaksin COVID 19 bagi membuktikan kepada penduduk negara itu yang khuatir tehadap keselamatan vaksin tersebut Brnabic bersama barisan kabinet lain menerima dos pertama vaksin k...
Tumpuan Awani 7 45 Kejadian Tembak Ibarat Aksi Filem Awas Varian Baharu Covid 19

Tumpuan Awani 7 45 Kejadian Tembak Ibarat Aksi Filem Awas Varian Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 327 hits
Empat penjenayah mati ditembak polis Polis melepaskan tembakan selepas semua penjenayah dipercayai menyabun di sebuah rumah dan melanggar penghantar makanan KKM terus meningkatkan kewaspadaan selepas penemuan varian baharu virus COVID 19 Va...
Mma Expects Covid 19 Vaccines To Be Effective Against New Strains

Mma Expects Covid 19 Vaccines To Be Effective Against New Strains

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA The Malaysian Medical Association has sought to allay fears that the Covid 19 vaccines Malaysia has ordered may not be effective against new virus mutations MMA president Dr Subramaniam Muniandy told FMT he believed the fears ...
Kasus Covid 19 Di Sumsel Naik Rumah Sehat Wisma Atlet Kembali Dioperasikan

Kasus Covid 19 Di Sumsel Naik Rumah Sehat Wisma Atlet Kembali Dioperasikan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 347 hits
Gubernur Sumsel Herman Deru mengungkapkan pembukaan Rumah Sehat Wisma Atlet besar kemungkinan kembali dibuka untuk melayani pasien Covid 19 baik dalam isolasi maupun perawatan Hal itu untuk mencegah terjadi penambahan klaster keluarga yang ...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut