Kenapa Lama Tak Update Blog Bosan Takde Income Ke
Kenapa Lama Tak Update Blog, Bosan Takde Income Ke? | Second day Oktober, baru berupaya untuk meng'update blog. Bukan takde income dari Adsense atau Nuffnang, tapi kesihatan tak mengizinkan
Alhamdulillah, seperti yang kami suami isteri rancang dan dengan izin Allah... Fiza pregnant. Syukur, alhamdulillah... Fiza dah pun melepasi first trimester
Bagaimana Fiza Tahu Diri Mengandung?Sepatutnya Fiza period pada 27 Jun 2019, tapi lansung tak kunjung tiba. Lepas dua minggu berlalu tanpa sebarang simptom-simptom mengandung, Fiza check upt sendiri. Allahu Akhbar, ternyata keputusannya positif. Pada bulan pertama iaitu bulan Julai, Fiza still cool. Lansung takde alahan, namun kerap kencing walaupun jarang minum
Fasa alahan mulai terasa pada bulan kedua iaitu Ogos dan September. Allahu Akhbar... Alahan bau yang sangat teruk. Lansung tak boleh hidu bau masakan, bau minyak wangi dan bau bilik mandi. Asyik muntah tiap kali makan. Sangat-sangat menduga iman. Namun, demi anak yang di kandung... Fiza tetap makan walaupun sedikit. Tapi alahan itu mulai menghilang bila kandungan mencecah usia 12 minggu atau lebih tepat pada akhir bulan ketiga kehamilan.
Bila Waktu Terbaik Untuk Mendaftar Kehamilan Atau Dalam Bahasa Mudahnya, Daftar Buku Pink?19.09.2019Alhamdulillah, Fiza daftar buku pink pada minggu ke-12, 6 hari dengan ditemani encik suami. Fiza pergi sebelah petang. Sampai klinik jam 2, tak lama menunggu terus kena panggil dengan nurse. Klinik kampung, tak banyak songeh. lagipun, Fiza register pada minggu ke-12... So, tak perlu balik dan buat temujanji semula. Kalau register awal sebelum minggu ke-12, dorang akan buat temujanji baru tau... So, better register pada minggu ke-10 hingga ke minggu ke-12 kehamilan.
Nak dijadikan cerita...
Sampai je, Check urine... Dapat result, terus check apa yang patut. Fuh! berat sebelum pregnant 51kg... Sekali timbang, Allahu Akhbar menurun menjadi 47kg. Mana taknye. Alahan teruk membuatkan Fiza tak lalu nak makan. Lepas tu... Hb pulak 10.6... First time result Hb Fiza tak cantik. Mengandung sebelum-sebelum ni, semuanya 12 ke atas. Mungkin, masa alahan haritu Fiza kuat minum kopi, teh kot... Tu yang membuatkan Hb low. In Shaa Allah, lepas ni Fiza cuba cantikkan balik result Hb Fiza.
Settle semua, Fiza disuruh refer MO untuk scan baby. EDD Fiza 27.03.2020. Tapi kena datang lagi pada usia kandungan mencecah 4 bulan iaitu pada 8 Oktober nanti untuk confirm kan EDD. Sebelum balik Fiza dibekalkan ubat Zincofer dan kena datang lagi pada 30.09.2019 untuk buat MGTT. Minum air gula. Huhu... First time kena. Mungkin atas faktor usia melebihi 35 tahun dan pernah keguguran kot... Tu yang kena minum air gula.
Jeng... Jeng... Lepas tak minum air gula?
Pengalaman Pertama Kali Minum Air Gula Semasa Mengandung Di Klinik Kesihatan Kerajaan30.09.2019Tepat jam 8 pagi, Fiza dah terpacak depan pintu klinik. Jumpalah seorang ibu yang bawak anaknya untuk checkup setahun. Bertegurlah jugak dengan dia. Sementara tunggu nurse sampai... Kita bersembanglah. Dia ada jugak bertanya dengan Fiza. Dan berikut adalah antara perbualan kami..
Si ibu : Awak datang untuk buat checkup ke?Fiza : Tak... Datang minum air gula je.Si ibu : Saya tak suka buat kat KK, dua kali pregnant... Dua kali kantoi muntah sebab air gulanya tak sedap. Lepas tu saya buat kat klinik doktor pakar je. Semuanya lepas. Air pun sedap.
Pergh!!! Berlagak jugak orangnya bercakap. Siap bagi tips lagi dengan Fiza macam mana nak lepas daripada minum air gula. Menurut dia... lepas minum bawak pergi kencing, jalan-jalan dan jangan duduk diam.
Dalam hati Fiza... Macam mana nak kencing lepas tu, sebab before minum air gula pun... Kita dah kena kencing dulu untuk check urine glucose semasa puasa. Takpelah, setiap manusia masing-masing ada pendapat based on pengalaman sendiri right. So, Fiza mengiakan jelah apa yang dia cakap
Tapi seriau dan takut jugalah mendengarnya. Haha... Al-maklumlah, tak pernah ada pengalaman. Namun dalam hati, Fiza terus berzikir dan tetap berdoa agar urusan Fiza dipermudahkan.
Lepas kencing dan ambik darah... Fiza diberi segelas air gula suam yang memang boleh tahan banyaknya. Sangat manis. Tapi Fiza tetap berfikiran positif. Tahan nafas dan terus minum tanpa henti. Kemudian, cari kerusi terus duduk. Minum air suam yang Fiza bawak sendiri untuk hilangkan rasa manis di mulut. Alhamdulillah... Fiza BERJAYA TANPA MUNTAH. Tips daripada majalah Pa&Ma memang berkesan
Selepas dua jam, ambik sekali lagi darah dan air kencing dan boleh balik... Result MGTT pulak akan keluar pada 8 Oktober nanti. Huhu... Mudah-mudahan keputusannya nanti oklah ye. Doakan Fiza ye
Tu antara cerita Fiza untuk kali ni, mata dah penat tengok screen laptop... In Shaa Allah, nanti ada kelapangan... Fiza akan update lagi blog dengan cerita yang baru. Terima kasih buat mereka yang sudi singgah di blog Fiza. Tanpa korang, sunyilah blog ni..
Wassalam..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2019/10/kenapa-lama-tak-update-blog.html