Kenapa Kita Pula Kena Beralah


 
Dulu waktu kecil bila kita bergaduh berebut barang permainan dengan adik kita, mak akan marah kita: “Kau ni bagilah adik tu main. Beralah sikit, dia tu adik kau!”
Kita pun beralah dan berikan permainan tersebut kepada adik. Si adik gembira mengejek sedang kita menjeruk rasa. Sebal, sedih dan berasa tidak adil.
Di alam persekolah kita alami juga situasi begini. Kita nampak di dalam bilik darjah akan ada seorang yang gemar membuli, akan ada yang menjadi mangsa buli. Dalam ramai itu pasti ada seseorang yang sifatnya tenang dan suka meleraikan sebarang pergaduhan. Dia lebih suka beralah walaupun fizikalnya kalau kita lihat senang-senang sahaja untuk dia tewaskan si kaki buli. Tetapi dia tidak begitu. Dia berjiwa pendamai.
Hari ini apabila sudah dewasa kita masih terus berdepan keadaan sama, diduga-duga dengan kerenah manusia yang menuntut kita bersabar dan beralah.
“Kenapa asyik kita saja yang beralah?” tanya isteri saya. Ini kerana setiap kali kereta kami berselisih di jalan kampung yang sempit, kamilah yang sering mencari bahu jalan untuk memberi laluan. Ada yang senyum dan mengangkat tangan tetapi tidak kurang juga yang berlalu dengan muka sombong seolah-olah memang dia patut diberi penghormatan untuk jalan dahulu. Memang sakit hati juga dengan mereka yang berasa diri merekalah yang patut didahulukan. Mereka sahaja yang mahu menang. Akhirnya kita kena bertenang. Tak mengapalah, tak rugi apa pun apabila beralah.
Bertahun-tahun jiran sebelah rumah kita parkir kereta anak-beranaknya betul-betul di hadapan pintu pagar masuk rumah kita sehingga kita nak masuk pun susah. Kita beralah. Kalau di tempat kerja, ada rakan sejawat yang sentiasa dapat peluang keluar untuk pergi kursus sana kursus sini sedangkan kita yang lebih ‘senior’ ini tak pernah dapat. Kita sabar. Kita beralah.
Di tengah kesesakan jalan raya semua orang mahu lekas sampai, ada kereta yang selamba sahaja memotong barisan. Kita yang sentiasa patuh dengan peraturan memang geram tetapi tak apalah! Beralah sahaja.
Kita bertukar pendapat dengan kawan kita, dengan suami atau dengan isteri, atau berkongsi pandangan dengan ahli keluarga lain; walaupun kita rasa pendapat yang dipersetujui oleh majoriti memang jauh bertentangan dengan prinsip kita – tak mengapalah. Kita beralah sahajalah. Untuk apa? Untuk elak hal menjadi panjang sehingga meleret kepada pergaduhan.
Persoalannya, adakah sifat beralah ini baik? Kerana adakala apabila kita selalu beralah akan beri kesempatan kepada pihak yang satu lagi pula untuk terus membuli. Kita selalu dikenakan. Dek kerana kesabaran kita tinggi kita diam sajalah.
Tetapi harus kita ingat sabar bukan bermaksud kita diam tidak berbuat apa-apa. Begitu juga beralah. Beralah atau mengalah bukan bermakna kita kalah. Ia adalah langkah undur setapak untuk kita berfikir sejenak dengan pertimbangan yang cukup waras sebelum kita melakukan tindakan.
Baiklah, jika kita patah semula kisah awal saya tadi mengapa kita harus beralah dan memberikan permainan kepada adik kita, pasti kita faham yang maksud mak kita itu ialah tidak ada gunanya bergaduh dengan adik kerana adik kita masih mentah dan akalnya masih belum cukup waras. Maknanya kita yang sudah cerdik tidak patut menjadikan orang yang kurang cerdik sebagai lawan. Lepaskan sahaja kepadanya.
Mungkin adik berasa menang kerana dia dapat memiliki tetapi kita berharap suatu masa nanti apabila adik sudah berakal dia akan faham bahawa dia dapat itu hasil daripada belas ihsan abang. Dan dia akan lebih faham lagi apabila dia pula terpaksa beralah dengan adik yang paling bongsu nanti. Dari situ dia akan belajar dan mengerti bahawa dia juga sedang melepasi suatu fasa yang mana dia sudah dewasa.
Orang dewasa harus lebih matang dan rasional. Orang dewasa harus tahu bila masa untuk bercakap dan bila masa untuk berdiam. Faham bila masa untuk bertindak dan bila masa untuk beralah.
Jangan takut untuk beralah. Amat jauh bezanya beralah dengan takut kalah. Yang takut kalah (kiasu) dan ingin bolot semua itulah orang yang tidak rasional dan cetek akalnya. Itu tamak namanya. Orang yang tamak sering berasa tidak cukup dan tidak selamat. Dia berasa dirinya selalu tergugat.
Itu yang ‘si adik’ kena faham dan kena buang perasaan tersebut apabila menginjak dewasa dan matang. Masalahnya, mak kita tidak beritahu adik bahawa – abang beri mainan itu kepada kamu kerana sayangkan kamu tetapi kamu jangan pula naik kepala. Kamu harus hargai abang kamu yang budiman.
Tapi mak tidak cakap begitu. Mak biar sahaja adik bersorak kemenangan dan mengejek kita dan mak biarkan sahaja kita terperuk merajuk membawa dendam sehingga kita tua membongkok! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/kenapa-kita-pula-kena-beralah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Jawab Salah Jawab Pula Dituduh Koyak

Tak Jawab Salah Jawab Pula Dituduh Koyak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 142 hits
Soal adendum tunggu 6 Januari la Apa yang tak sabar sangat sebab apa kata Anwar Ibrahim sebagai menyimpulkan pertanyaan dalam Waktu Pertanyaan Perdana Menteri berkaitan adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak di Dewan Rakyat...
Sophia Albarakbah Buat Rawatan Kiropraktik Bikin Netizen Pula Berdarah Hidung

Sophia Albarakbah Buat Rawatan Kiropraktik Bikin Netizen Pula Berdarah Hidung

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 165 hits
Baru baru ini satu perkongsian di TikTok mengenai Sophia Albarakbah menarik perhatian ramai netizen dan menjadi topik hangat perbincangan Menjalani Rawatan dengan Pakar Kiropraktik Melalui video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Thechirohu...
Alicia Amin Gembira Tak Perlu Simpan Rahsia Mimi Lana Pula Approved Pengganti Watak Intan Saya Tidak Dapat Bayangkan

Alicia Amin Gembira Tak Perlu Simpan Rahsia Mimi Lana Pula Approved Pengganti Watak Intan Saya Tidak Dapat Bayangkan

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 171 hits
Pelakon Alicia Amin meluahkan rasa gembira apabila dia kini sudah tidak perlu lagi menyimpan rahsia mengenai dirinya memegang watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia Tiada rahsia Menerusi perkongsian di Instastory Alicia turut memuat naik s...
Tak Bertamaddun Tular Pula Video Bantuan Disorok Tak Diagih Kepada Mangsa Banjir

Tak Bertamaddun Tular Pula Video Bantuan Disorok Tak Diagih Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 174 hits
HarapandailyDecember 8 2024Sejak dua hari lalu tular satu lagi video mendakwa barang bantuan banjir yang sepatutnya diagih kepada mangsa banjir disorok di sebuah Pusat Pemindahan Sementara di Pasir Mas Kelantan Video itu tular selepas beber...
Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 152 hits
TAHNIAH HASSAN KARIM 1 December 2024Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim MPP ad...
Mak Tiri Fitnah Ayah Yang Bantai Aku Guna Getah Paip Sekali Lain Pula Jadi Bila Abang Aku Tahu Rasakan

Mak Tiri Fitnah Ayah Yang Bantai Aku Guna Getah Paip Sekali Lain Pula Jadi Bila Abang Aku Tahu Rasakan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 210 hits
HAI aku ada cerita dan aku tak ada niat nak memburukkan sesiapa Aku cuma nak meluahkan saja dan meminta pendapat Nasihat atau cadangan bantuan dari para pembaca Aku adalah anak bongsu dalam keluarga Aku ada seorang kakak dan abang Mak menin...
Netizen Sinis Gadis Tak Mahu Date Lelaki Kelantan Khairul Aming Nak Pula

Netizen Sinis Gadis Tak Mahu Date Lelaki Kelantan Khairul Aming Nak Pula

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 189 hits
Sekumpulan gadis tak mahu date lelaki Kelantan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di platform X sejak semalam Menerusi satu video tinjuan dibuat seorang wanita dia telah menemu bual beberapa individu mengenai lelaki da...
Bukan Sekadar Mesej Video Pun Ada Lain Pula Jadi Bila Abang Viva Dedah Perangai Sebenar Isteri

Bukan Sekadar Mesej Video Pun Ada Lain Pula Jadi Bila Abang Viva Dedah Perangai Sebenar Isteri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 186 hits
Tindakan Evanoza Zakaria memuat naik beberapa tangkapan mesej suaminya Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva Ada yang didakwa berhubung dengan seorang wanita berstatus isteri orang mencetuskan spekulasi tentang pergolakan rumah ...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

The Charm Of Mallorcan Interior Design Where Rustic Elegance Embraces Mediterranean Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia