Kenapa Kita Perlu Berdoa


Dari kecil kita diajar untuk berdoa. Nak apa-apa kena doa minta dekat Allah sebab Allah itu sifat Dia, Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Mintak sajalah apa pun.
Doa adalah ibadah. Itu apa yang aku belajar jadi itu juga lah apa aku buat. Tapi sebenarnya, kenapa orang Islam kena berdoa?

Indahnya Islam, setiap perkara mula dengan doa. Nak keluar rumah pun ada doa khusus. 
Malangnya sepanjang aku mohon doa aku macam “tak rasa” berdoa dekat Allah. Faham tak? Berdoa tapi tak faham. Tipu lah kata tiada langsung aku rasa seronoknya untuk berdoa. Ada ketikanya tapi jarang sangat.

Dalam otak aku fikir aku ni manusia yang hina, banyak dosa. Kalau aku minta pun rasa macam segan sangat, jadi aku terima je apa Allah nak bagi.

Bodohnya aku rasa. Antara punca yang aku rasa aku jadi kurang bijak adalah disebabkan aku kurang bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim.




 

Kenapa Orang Islam Perlu Berdoa? Disebabkan aku ni lahir je terus Islam, agama yang diwarisi membuatkan aku jadi manusia yang tidak bersyukur. Aku tak mendalami betapa payahnya dakwah Nabi nak sebarkan Islam.

Kalau aku faham mesti aku tak sia-siakan peluang berdoa yang Tuhan bagi. Doa tu senjata bagi orang Islam. Jadi senang cakap aku take for granted. Maafkan aku Allah.

Pagi ni macam biasa aku buka Youtube nak dengar podcast aku jumpa satu podcast nama Farah. Lama dah aku follow dia dekat TikTok.

Suka cara penyampaian dia. Kelakar tapi dalam masa yang sama dia sampaikan ilmu dengan cara yang santai tapi sampai. Deep weh.

Ada satu episod, tajuk dia “you're gonna start making dua after watching this”. Aku sangat galakkan korang kalau ada masa pergi tonton juga kupasan dia buat pasal doa.

Farah, atau lebih dikenali sebagai HippieArab, ialah seorang YouTuber dan pencipta kandungan yang terkenal di platform seperti YouTube dan TikTok. 
Di saluran YouTube The HippieArab Podcast, Farah berkongsi pandangan tentang kehidupan, perkembangan peribadi, dan isu-isu sosial, terutama dari perspektif Islam. 
Kandungannya menggabungkan humor dengan refleksi mendalam tentang falsafah hidup dan spiritualiti, menjadikannya menarik bagi khalayak muda yang berminat dengan isu-isu sebegini. 
Lahir pada 20 Jun 2003, Farah mempunyai latar belakang keluarga dari Arab Saudi dan Palestin. Semasa remajanya, dia tinggal di negara-negara seperti China dan Azerbaijan.
Farah juga aktif di TikTok, di mana dia mendapat jutaan pengikut melalui konten harian yang berunsur lucu dan santai. Selain itu, dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Arab, dan Rusia serta berkongsi hasil seni lukisannya dari semasa ke semasa.




Alasan Untuk Berdoa Alhamdulillah, lepas habis dengar talk Farah, aku baru jumpa alasan dan sebab untuk berdoa. Selama ni aku belum cukup berserah dan rendahkan ego sebagai seorang hamba.

Nak susun ayat, nak minta dan cara doa aku kena betulkan semula. Salah satu sebab juga aku tak berdoa, aku rasa malu nak mengaku aku nak minta apa.

Sebenarnya waktu kita berdoa lah adalah waktu kita kuatkan Aqidah sebagai seorang Muslim sebab sebahagian adap berdoa adalah dengan memuji Allah.

Kita mengaku, memuji dan meyakini Allah adalah Tuhan Semesta Alam. Kita ingatkan diri kita yang semua ini milik Dia. Bayangkan kita ulang puji-pujian tu lima kali sehari paling sikit.

Kena faham, semua orang layak berdoa, meminta dekat Allah. Walau hina macamana pun kita, banyak dosa, atau bodohnya kita.

Allah sifat Dia Maha Pemurah, Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Bersyukur dan Maha Penerima Taubat.

Rugi sangat bila kita abaikan atau tak guna apa yang kita ada sebagai Muslim. Mohonlah pada Dia. Berdoa tanpa ada perasaan ego. Berdoa sebagai hamba, tunduk dan serah segalanya dekat Allah.

Dengan apa yang aku tulis hari ni aku harap diri aku terus ingat dan jadi rujukan untuk di masa hadapan. Aku bukan manusia sempurna tapi aku juga macam hamba lain nak kejar rahmat Tuhan. Jom kita sama-sama. Kelak tak nampak aku dekat syurga, tolong panggil nama aku ya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/11/doa-senjata-orang-mukmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pernah Berhenti Berdoa Ya

Jangan Pernah Berhenti Berdoa Ya

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 165 hits
Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa Justeru itu banyak doa doa yang diajar oleh Rasulull...
Terus Berdoa

Terus Berdoa

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 145 hits
Surah Ghafir 40 60 Dan Tuhanmu berfirman Berdoalah kepada Ku niscaya akan Aku perkenankan bagimu Sesungguhnya orang orang yang sombong tidak mau menyembah Ku akan masuk ke Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina Daripada Ibn Umar R A Nabi SA...
Tukar Cara Berdoa

Tukar Cara Berdoa

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 121 hits
TUKAR CARA BERDOA INSYA ALLAH siapa yang betul betul amalkan The Power of Doa ini boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik Biiznillah FORMULA 1Sebelum ini kita selalu berdoa Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan Jika kita berdoa begitu ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport