Kenapa Kita Perlu Baca Al Quran Selalu Di Rumah
Salam Nuzul Quran korang. Sempena Nuzul Quran ni mama nak share kembali post lama mama Kenapa Kita Perlu Baca Al-Quran Selalu Di Rumah ni. Rasanya sumber adalah dari whatsapp family mama dulu. Mama share di sini sekadar untuk info dan peringatan untuk diri mama juga
Kenapa Kita Perlu Baca Al-Quran Selalu Di Rumah
Sebab kenapa perlu membaca Al-Quran selalu dirumah.
Mari lihat apa sebabnya.
1 Rumah Tiada Aura...
Perasan tak ada rumah yang kita tengok macam hilang seri dia.Bukan sebab hiasan dia tidak cantik,bukan sebab rumah tu tidak cantik.Tetapi sebab hilangnya seri sebab tiadanya aura.Nampak macam tiada penghuni.Orang pun tidak perasan rumah tu ada.Rumah orang yang selalu baca Al-Quran akan nampak berbeza,walaupun rumah mereka kecil atau sederhana tetapi orang suka datang rumah itu. Cuba perhatikan suasana di Mekah & Madinah, aura untuk beribadat di sana sangatlah tinggi. Sebab itu tiba saja di sana, ramai dapat kekuatan untuk melakukan ibadat sunat & wajib semasa mengerjakan umrah. [Baca review pakej umrah dari THTS]
2 Positifkan Gelombang...
Selalu marah-marah dekat anak-anak.Lepas itu jerit sana,jerit sini.Lepas itu banyak pula sumpah seranah,tanda banyaknya gelombang negatif.Bacalah Al-Quran setiap hari dan perlahan-lahan gelombang dari bacaan tersebut akan positifkan gelombang yang negatif
3 Rahmat Dan Keberkatan...
Malaikat rahmat sentiasa mencari penghuni rumah yang membaca Al-Quran untuk diberikan pahala,kebaikan,rahmat dan keberkatan diatas ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya.Tanda rahmat dan keberkatan wujud bila kehidupan anda rasa lebih aman,tenang dan rezeki berlipat ganda yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kita bukan baca al quran semasa bulan Ramadhan & nak pergi umrah haji saja. Hidupkan amalan ini untuk mengundang keberkatan dalam rumah kita
4 Menghalau Syaitan Dan Sihir...
Ramai yang tidak tahu bahawa syaitan dan jin tidak akan duduk didalam rumah orang yang selalu membaca Al-Quran.Sebagai contoh orang yang membaca surah Al-Baqarah,syaitan dan jin akan bertangguh untuk masuk dalam rumah anda.Jadi, bayangkan kalau anda membaca Al-Quran setiap hari
5 Mengubat Hati Orang Yang Membaca Dan Seisi Rumah...
Keajaiban Al-Quran ianya boleh mengubat hati dan mengubah karektor dalaman diri anda.Semakin banyak anda membaca Al-Quran,perwatakan anda akan semakin baik.Emosi lebih stabil.Bahkan ia juga akan mengubahkan perwatakan orang yang mendengar bacaan tersebut juga.Sebab itu rumah orang yang membaca Al-Quran mereka nampak lebih tenang berbanding orang yang tidak membaca
6 Kemuliaan Kepada Pembacanya...
Ada banyak hadis yang menceritakan perihal kemuliaan ini.Antaranya orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa didampingi malaikat rahmat dan orang yang membaca Al-Quran merangkak-rangkak pun diberikan pahala pada setiap huruf yang dibacanya.Dan Allah SWT akan mengangkat darjat pada orang yang sentiasa membaca Al-Quran
7 Syafaat Di Hari Kiamat...
Al-Quran adalah kalam Allah SWT dan satu-satunya mukjizat yang masih ada.Orang yang membacanya,Allah SWT jadikan Al-Quran tadi menjadi saksi bahawa orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan diberikan syafaat di akhirat.Tiada yang lebih besar dari mendapat syafaat diwaktu manusia semua dihisab
Rugilah jika waktu yang singkat ini kita tidak manfaatkan ambil masa untuk membaca Al-Quran. Kalau kita dah jadikan amalan di rumah, percayalah, semasa kita jalan jalan pun mesti akan teruskan juga. Tak kiralah melancong di dalam dalam negeri seperti Melaka ataupun oversea
Wallahu A'lam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamapipie.com/2019/10/kenapa-kita-perlu-baca-al-quran-selalu.html