Kenapa Eh Perempuan Bila Dah Kahwin Tak Reti Nak Pakai Cantik Cantik Bila Isterimu Sudah Tidak Cantik Lagi


“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?” – Bila Isterimu Sudah Tidak Cantik Lagi! 
“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.
“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”
Itu antara soalan biasa saya dengar perbualan dengan rakan-rakan.
Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai. 
Setiap suami pasti mahu sentiasa melihat isterinya nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.
Peranan Suami Sangat Penting
Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.
Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.
Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon hon bini suh cepat sikit?
Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Misalnya bawa dia pergi beli pakaian baru atau alat make up yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.
Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?
Sentisa puji dan bagi sokongan pada isteri. Contohnya, “Isteri abang ni cantik. Sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Kalau sayang pakai lipstick sikit, mesti lagi cantik.” Mesti isteri kau suka dan dia akan buat seperti apa yang kau cakap.
Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati. 
Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Ili ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.
Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri. 
Wanita berubah lepas kahwin
Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. 
Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.
Point saya di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik. Kos dia pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk bini kau untuk bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la. 
Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain. Kah!
SHARE jika bermanfaat😊
Sumber:  AmirSyahir
The post “Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?” – Bila Isterimu Sudah Tidak Cantik Lagi! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kenapa-eh-perempuan-bila-dah-kahwin-tak-reti-nak-pakai-cantik-cantik-bila-isterimu-sudah-tidak-cantik-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rimas Disoal Bila Nak Kahwin

Rimas Disoal Bila Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 359 hits
Tak lama lagi seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah 30 hari kita berpuasa di siang hari dan melantak makan ketika berbuka Harapan kita semasa berpuasa ni harapnya dapatlah turun 3 5 kilogram tapi 3 5 kilo lak yang na...
Hiburan Jangan Hipokrit Kalau Pelakon Tak Cantik Siapa Nak Tengok Drama A Aida

Hiburan Jangan Hipokrit Kalau Pelakon Tak Cantik Siapa Nak Tengok Drama A Aida

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 483 hits
Walaupun dikecam oleh netizen termasuklah juga golongan artis dan penerbit Datuk A Aida tetap mempertahankan kenyataannya bahawa rupa paras merupakan kriteria penting bukan sahaja untuk pelakon tetapi untuk menaikkan lagi sesebuah drama Ter...
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum Kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 507 hits
Jangan Sedih Fikir Kenapa Belum kahwin Allah Nak Kau Baiki Diri Dulu Jangan Bersedih Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau Tapi mungkin kita belum nampak hikmahnya lagi Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi tuhan belum temukan jodoh u...
Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 787 hits
Sukar Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amalkan Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan ...
Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami

Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 447 hits
Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami Perempuan seringkali dikaitkan dengan makhluk yang penuh complicated Adakalanya fikiran dorang susah nak difahami Perempuan lebih mementingkan relationship ataupun hubungan ...
5 Cara Nak Buang Malu Untuk Bercakap Dengan Perempuan

5 Cara Nak Buang Malu Untuk Bercakap Dengan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 566 hits
5 CARA NAK BUANG MALU UNTUK BERCAKAP DENGAN PEREMPUANRamai lelaki ada masalah macam ni Korang rasa korang dah cukup handsome dah tapi ada satu masalah yang menggangu korang untuk bercakap dengan perempuan iaitu MALU Rileks Benda ni bukan ja...
Sayang Larat Tak Nak Pakai Tudung Eyra Hazali Puji Tindakan Tunang Siap Tanya Dulu Sebelum Video Call Sweet Betul

Sayang Larat Tak Nak Pakai Tudung Eyra Hazali Puji Tindakan Tunang Siap Tanya Dulu Sebelum Video Call Sweet Betul

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 682 hits
Pelakon Eyra Hazali memuji tindakan tunangnya Haziq Nazli yang memintanya supaya mengenakan tudung dahulu sebelum membuat panggilan video Katanya apa yang dibuat si tunang yang juga merupakan penjaga gol bola sepak negara itu sesuatu yang b...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Petronas Gerik

Fresh From Heiwa Mc A Modern Triumph Scrambler 900 With Retro Style

Panduan Lengkap Untuk Membuat Itinerary Perjalanan Yang Praktikal Dan Teratur

Sarapan Dengan Tetamu Pagi

Jaga Aib Rumahtangga Ya Kawan Kawan

Sejarah Sungai Lembing Dan Pelombongan Bijih Timah Pahang

Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu


From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Pesawat Ringan Terhempas 2 Maut

Pelancong Mati Digigit Gajah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan

Shay Mitchell S Legs And Feet In Tights 14

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders