Kenapa Dr Strange Tunjuk Tanda 1 Kepada Iron Man 2 Teori Rekaan Peminat Marvel Ini Mungkin Ianya Logik Untuk Difikirkan


PENAFIAN: Sebelum korang teruskan bacaan, artikel ini mempunyai spoiler yang sangat jelas dan pada sesiapa yang belum menonton filem Avengers: Endgame dinasihatkan supaya tidak teruskan bacaan dan pada yang sudah menonton teruskan bacaan dengan aman.
24 April lalu menamatkan keresahan peminat filem Marvel apabila Endgame muncul di layar pawagam. Hampir setahun kita ditinggalkan dengan persoalan dalam Infinity War, akhirnya temui jawapan dalam filem ‘penamat’ ini. Sesuai dengan kehangatan filem fiksyen ini, dunia seakan meraikannya dengan tanda palang yang mewarnai setiap platform sosial.
Teruja dengan percaturan Endgame, ramai netizen dari seluruh dunia yang mula mmbangkitkan teori mengenai adegan-adegan dalam filem ini dan mengaitkannya dengan Infinity War. Ada yang mengatakan bahawa setiap perilaku yang ditunjukkan oleh beberapa watak adalah hint kepada rahsia sebenar perjuangan adiwira Avengers.
Salah seorang yang berkongsi mengenai perkara ini adalah Aiman Amri. Aiman dalam penulisannya mengatakan bahawa dalam keseronokan kita menonton filem berkenaan, sebenarnya ada beberapa elemen menarik yang mungkin kita terlepas pandang. Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologis merupakan seorang yang selalu memberi kesedaran dan motivasi kepada masyarakat mengenai kesihatan mental.

Gambar : Inverse.comMenurut Aiman:
Apabila Hulk habis saja petik jari ketika pakai gauntlet (untuk kembalikan semula 50% populasi), mereka yang 5 tahun dulu hilang menjadi debu kini kembali hidup, seolah-olah hanya pengsan sekejap dan terus terjaga, seperti yang diceritakan oleh Peter Parker.
Malah dia menambah lagi, Dr Strange terus beritahu semua yang ada di Titan (waktu mereka jadi debu dulu) untuk cepat balik ke Bumi sebab Tony Stark perlukan kita.
Walaupun orang lain kelihatan bingung dan pelik, tak tahu apa yang terjadi sepanjang 5 tahun ini (malah tak sedar pun 5 tahun berlalu), Dr Strange terus tahu apa patut dibuat.
Dr Strange sah memang tahu ini lah jalan untuk berjaya kalahkan Thanos dan perjalanan situasi mereka ketika itu memang seperti jangkaan dia dalam 14,000,605 kemungkinan yang ada. Dia dah tahu yang Tony Stark dan Avengers lain sedang berlawan dengan Thanos di bumi (pangkalan baru Avengers, downtown).
Hint Dr Strange Kepada Iron-Man
Ketika ditanya oleh Tony, daripada 14,000,605 kemungkinan yang dilihat Dr Strange melalui Time Stone, adakah perjalanan mereka sekarang merupakan 1 yang menang itu? Dr Strange hanya menjawab,
“If I told you what’s gonna happen, it won’t happen.”
Sangat jelas yang dia sedang usaha sehabis boleh untuk pastikan timeline yang mereka sedang lalui sekarang, tak tersasar keluar ke arah timeline yang gagal. Pendek kata, mereka sedang berada dalam timeline yang betul (menang), tetapi andai ada yang tersilap sedikit, akan menyebabkan mereka terkeluar daripada landasan yang menang (Butterfly Effect).
Tetapi, ketika babak Thanos berjaya merampas gauntlet yang lengkap dengan 6 Infinity Stones (selepas Captain Marvel telah ditumbuk melayang jauh), perang itu kelihatan seperti Thanos sudah hampir berjaya dan tak ada harapan untuk Avengers menang dah.
Saat ini, Tony pandang ke arah Dr Strange (yang tengah uruskan air laut daripada melimpah ke medan perang). Dr Strange yang melihat situasi Thanos sudah hampir berjaya, ketika itu, beri satu hint penting kepada Tony, iaitu, mengangkat jari telunjuk simbol 1 atau menunjuk jari telunjuk kat atas.

Gambar : Aiman Psikologis
Kenapa jari begitu? Apa maksudnya?
Saya ada dua teori, apa yang dimaksudkan oleh Dr Strange dengan jari begitu,
Dr Strange sedang beri hint yang timeline mereka sedang lalui sekarang ialah timeline 1 yang Avengers menang, daripada 14,000,604 yang kalah (menjawab soalan Tony pada sebelumnya tadi) Dr Strange sedang merujuk kepada ayat Tony yang selalu sebut “One last one”, merujuk kepada ini misinya yang terakhir sebelum akhirnya dapat berehat selepas ini (yang asyik disebut-sebut oleh Tony sejak Avengers: Infinity War dahulu) (Atau mungkin juga Dr Strange sedang beritahu Tony untuk ingat Tuhan yang satu, mengucap dua kalimah syahadah sebelum korbankan diri dengan gunakan Infinity Stones tu hahahah. Okay gurau)

Tony yang ketika itu memahami, terus merampas semua Infinity Stones daripada gauntlet Thanos dan gunakannya untuk kalahkan Thanos dan askarnya.
Bila kita lihat yang Tony menjadi kunci penting untuk kalahkan Thanos, maka tak peliklah kenapa Dr Strange dulu serahkan Time Stone secara sukarela di Titan, demi selamatkan Tony daripada dibunuh Thanos. Padahal sebelum itu, Dr Strange dah sebut yang andai kata terpaksa pilih sama ada Time Stone atau nyawa Tony dan Peter, dia tak teragak-agak akan pilih Time Stone.
Sebab Tony ialah elemen paling penting dalam perang ini, daripada individu yang bertanggungjawab untuk cipta mesin yang boleh kawal Time Vortex dalam Quantum Realm, kepada seseorang yang akan cipta gauntlet yang boleh kendalikan Infinity Stones sehinggalah kepada insan yang akan memakai gauntlet dan kalahkan Thanos.
Sumber : Aiman Amri
The post Kenapa Dr.Strange Tunjuk Tanda ‘1’ Kepada Iron Man, 2 Teori Rekaan Peminat Marvel Ini Mungkin Ianya Logik Untuk Difikirkan appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/05/04/kenapa-dr-strange-tunjuk-tanda-1-kepada-iron-man-2-teori-rekaan-peminat-marvel-ini-mungkin-ianya-logik-untuk-difikirkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Mungkin Keguguran Aliff Syukri Mohon Doa Peminat

Isteri Mungkin Keguguran Aliff Syukri Mohon Doa Peminat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 712 hits
Pendarahan yang dialami Shahida dikatakan disebabkan terlalu tertekan dengan isu anak keduanya baru baru ini Usahawan selebriti Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memohon doa peminat buat kandungan isterinya Datin Shahida Abd Rashid yang mengala...
Apa Ada Dengan Iron Man

Apa Ada Dengan Iron Man

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 208 hits
Kawan2 Tedi di sekolah sibuk dengan filem Iron Man 3 Kononnya filem itu adalah sequel Iron Man terhebat di maya pada ini Apalah nak dihairankan sangat dengan Iron Man tu Tiap tiap pagi Tedi tengok Iron Man Sebab tiap tiap pagi Master kena i...
Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 784 hits
Selasa lalu jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya Ram...
Presiden Korsel Korea Utara Luncurkan Dua Rudal Mungkin Bentuk Protes Terhadap As

Presiden Korsel Korea Utara Luncurkan Dua Rudal Mungkin Bentuk Protes Terhadap As

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 253 hits
Presiden Korsel Moon Jae in mengatakan peluncuran rudal itu boleh jadi adalah bentuk protes Korut atas gagalnya tercapai kesepakatan dalam pertemuan tingkat tinggi Kim Jong un dengan Presiden Amerika Serikat Donald Trump di Hanoi Vietnam Fe...
Huawei Ingin Menawarkan Kemaskini Android Q Secepat Mungkin Untuk Peranti Mercu Sedia Ada

Huawei Ingin Menawarkan Kemaskini Android Q Secepat Mungkin Untuk Peranti Mercu Sedia Ada

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 300 hits
Google pada minggu ini telah berkongsi sejumlah informasi baru mengenai sistem operasi akan datang mereka termasuk mengumumkan yang mana Android Q Beta boleh diuji pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro Menariknya hari ini Huawei berkongsi ...
Pound Mungkin Dan Ingin Mengukuh Tetapi T May Dan Pembangkang Tidak Terburu Buru Untuk Bersetuju

Pound Mungkin Dan Ingin Mengukuh Tetapi T May Dan Pembangkang Tidak Terburu Buru Untuk Bersetuju

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 307 hits
Untuk hari ketiga secara berturut turut pasangan mata wang melakukan anjakan dari tahap tertinggi bulanan yang dicatatkan Jumaat lalu Pedagang mempunyai maklumat bahawa United Kingdom akan mengambil bahagian dalam pilihan raya ke Parlimen E...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali