Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek


Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul.  Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat.  Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang
melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh









Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)

بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

3)

كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)

وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)

صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)

اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

(HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:

Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat.  Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.



Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu.  Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja.  Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.

Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.

Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya.  (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya.  Ia adalah untuk anggaran jarak.)

Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.

Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zailisyamstory.blogspot.com/2012/12/kenapa-di-hadapan-orang-bersolat-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Inflasi Akan Meletakkan Fed Di Hadapan Pilihan Yang Sukar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Dan Jpy

Laporan Inflasi Akan Meletakkan Fed Di Hadapan Pilihan Yang Sukar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Dan Jpy

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 514 hits
Laporan mengenai inflasi pengguna di AS pada bulan Oktober akan diterbitkan hari ini dan kedua dua inflasi am dan teras dijangka meningkat Angka angka ini penting terutamanya kerana ia akan membolehkan kita memahami sejauh mana Fed mampu me...
Kurikulum Masa Hadapan

Kurikulum Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Kurikulum adalah pusat intelektual persekolahan dan sistem mesej utamanya Ia menghubungkan bersama sama pengetahuan dan kemahiran akademik serta vokasional dengan identiti peribadi dan budaya masyarakat awam Ia menyatakan apa yang perlu dik...
Wajah Ganjil Bayi Lahir Tanpa Otak Hadapan Dan Tengkorak

Wajah Ganjil Bayi Lahir Tanpa Otak Hadapan Dan Tengkorak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 102 hits
Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa te...
Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 166 hits
Ahmad Marzuk tidak tolak kemungkinan kadar meningkat TAMPIN Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary Bagaimanapun beliau berkat...
Isteri Ganti Gadis Tiktok Joget Di Hadapan Suami

Isteri Ganti Gadis Tiktok Joget Di Hadapan Suami

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 332 hits
Wanita ini menunjukkan skil menarinya yang ditiru daripada video TikTok ditonton suaminya TikTok JAKARTA Seorang isteri yang berang kerana suaminya kerap menonton kandungan TikTok yang menunjukkan wanita seksi berjoget lantas menunjukkan ke...
Mh370 Satelit China Kesan 3 Objek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kehilangan Pesawat

Mh370 Satelit China Kesan 3 Objek Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kehilangan Pesawat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
KUALA LUMPUR Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 Sabtu lalu Menurut laporan berita saluran CNN itu objek ob...
Hiburan Impian Terbesar Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Hiburan Impian Terbesar Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 330 hits
Pelakon yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun depan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSaharul atau nama lengkapnya Mohd Sa...
Jdt Semakin Ke Hadapan Rundingan Bersama Borrusia Dortmund

Jdt Semakin Ke Hadapan Rundingan Bersama Borrusia Dortmund

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 102 hits
KERJASAMA TERJALIN ANTARA JDT DAN BORUSSIA DORTMUNDKehadiran Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund Mr Edwin Boekamp untuk bertemu dengan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden P...
Cara Claim Insurans Etiqa Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta Wira Yang Retak

Cara Claim Insurans Etiqa Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta Wira Yang Retak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 320 hits
Gambar hiasanAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Lama sudah admin tak posting dalam blog Kali ini admin ingin berkongsi pengalaman buat tuntutan cermin kereta baru dengan syarikat insurans Bagi yang pernah buat insuran sendiri bagi kenderaa...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Maaqub Sintok Ni Nak Kata Anggota Kita Tak Sedia La

Buah Yang Berubah Ubah Rasa

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis