Kenapa Dap Bisu Skandal Mb Selangor Projek Sungai Klang


agendaily.com17/03/2023
Kes Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa ada kaitan dengan sebuah syarikat dianugerahkan tender projek mendalam dan melebarkan Sungai Klang, dilaporkan kepada SPRM

Pemuda PAS Selangor menyelar tindakan DAP, parti sekutu baharu UMNO, yang membisu berhubung skandal melibatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu projek rundingan terus bernilai RM700 juta sungai Klang.

Sebaliknya, parti itu dilihat seperti singa dalam isu berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan di mana ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh, menjadi menterinya.

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor, Muhammad Hanif Jamaluddin, malah berkata tindakan Hannah memetik nama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan dialog antara agama, bertujuan mengalih perhatian skandal Sungai Klang.

“Tindakan Hannah memetik nama Tuan Ibrahim berkenaan dialog antara agama di negara, hanyalah cubaan mengalih perhatian rakyat dari skandal melibatkan projek Sungai Klang secara rundingan terus melibatkan Amiruddin.

“Pemuda PAS Selangor yakin tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka memetik pandangan Tuan Ibrahim daripada perspektif parti DAP yang memperjuangkan negara sekular dalam Perlembagaan parti mereka.

“Tindakan memainkan isu keharmonian antara agama ini adalah dibuat bagi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Menteri Besar, yang melibatkan implikasi kewangan RM117 juta milik rakyat Selangor.

“Pemuda PAS Selangor juga menyelar sikap DAP yang dilihat seperti singa dalam isu lawatan ke rumah ibadat bukan-Islam tetapi menjadi tikus apabila menyentuh isu skandal Menteri Besar Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini (17 Mac 2023).

Semalam, Muhammad Haniff menggesa Amirudin supaya mengambil cuti sementara bagi memastikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan lancar sehingga selesai.

Menurutnya, SPRM sedang menyiasat Amiruddin berhubung isu projek rundingan terus bernilai RM700 juta dan sewajarnya bercuti bagi memboleh siasatan dapat dijalankan secara adil dan bebas.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan DAP itu hanya menunjukkan sikap berat sebelah apabila melibatkan isu integriti di sebelah Pakatan Harapan selaku parti yang memerintah Selangor.

Katanya, tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar DAP adalah untuk mengalih perhatian orang ramai daripada skandal Selangor dan pendakwaan terpilih yang pernah mereka perjuangkan dulu, terutamanya dalam isu mendiang Teoh Beng Hock


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kenapa-dap-bisu-skandal-mb-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dataran Sungai Selangor

Dataran Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 201 hits
Lokasi Dataran Sungai SelangorAlamat Jalan Ampang Pechah 44000 Kuala Kubu Baru Selangor Waktu Operasi Tiada had masa yang ditetapkan Tarikh Lawatan 15 Mac 2022 Dataran Sungai Selangor menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Kawasan R...
Activist Questions Selangor S Rm700mil Klang River Project

Activist Questions Selangor S Rm700mil Klang River Project

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 205 hits
The Selangor Maritime Gateway project calls for the widening and deepening of the Klang River from Mid Valley City Kuala Lumpur to Port Klang PETALING JAYA An activist and former member of a pro Anwar Ibrahim group has written to the Selang...
Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

Senarai Top 12 Lokasi Bazar Ramadan Selangor Dan Lembah Klang

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 378 hits
Bazar Ramadhan DBKLKembalinya Ramadan kali ini di tahun 2023 alhamdulillah kita masih diberikan peluang bertemu dengan Ramadan tahun ini di 1444Hijri Tibanya bulan puasa amat sinonim masyarakat kita dengan bazar Ramadan mejadikan bulan ini ...
Ustaz Wadi Annuar Maklum Batal Dua Program Ceramah Di Selangor

Ustaz Wadi Annuar Maklum Batal Dua Program Ceramah Di Selangor

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 234 hits
Dua program agama oleh penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac di Selangor telah dibatalkan Menerusi makluman di akaun Facebook rasmi pagi tadi dua lokasi tersebut adalah di Masjid Sultan Salahuddi...
Miri Lion Dance Troupe To Train In Selangor For International Competition

Miri Lion Dance Troupe To Train In Selangor For International Competition

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 156 hits
Chee and his team receive the Sarawak flag from Lee Ting is at fourth right MIRI Miri Wai Sheng Dragon and Lion Dance Troupe Association will send its team to the Selangor Khoon Loke Dragon and Lion Dance Associati
Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 243 hits
Malaysiakini Sultan puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT negara sekularSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian perdana menteri yang tidak mengiktiraf golongan lesbian gay biseksual dan transgender dan konsep negara s...
Selangor Hantar Bantuan Banjir Ke Johor Esok Kata Mb

Selangor Hantar Bantuan Banjir Ke Johor Esok Kata Mb

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 241 hits
KERAJAAN Selangor akan menghantar bantuan mengandungi barangan keperluan asas dan makanan bagi membantu mangsa banjir di Johor esok Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata misi bantuan kita Selangor penyayang ke Johor diluluskan dalam...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh