Kenapa Daging Wagyu Mahal Ini Faktanya



Anda pasti pernah mendengar perkataan daging wagyu, ataupun pernah melihat iklan restoran-restoran yang menyediakan menu stik daripada daging wagyu. Paling tidak, jika anda cakna, baru-baru ini juga sempat viral menu hidangan di Parlimen berasaskan daging wagyu

Daging wagyu itu sendiri tiada msalah, sebaliknya yang disebut-sebut adalah harga bahan mentah tersebut, yang dikatakan boleh mencecah sehingga RM 2,000 sekilogram

Persoalannya, mengapa harga daging wagyu mahal sangat? Apa istimewanya? Wagyu adalah mengenai rasanya yang dikatakan seolah-olah rasa mentega, lemak tinggi selain daging tersebut sangatlah lembut serta struktur dagingnya yang tersusun cantik

Apakah Itu Wagyu?Wagyu sebenarnya perkataan Jepun yang merujuk kepada daging lembu Jepun. Wa merujuk kepada Jepun dan Gyu pula merujuk kepada daging lembu itu sendiri

Ketika ini, terdapat empat jenis baka yang digunakan untuk menghasilkan daging Wagyu. Baka-baka tersebut adalah Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled (kacukan dengan baka Aberdeen Angus)

Manakala penghasilan daging wagyu moden ketika ini biasanya menggunakan baka kacukan daripada baka asli dengan baka-baka import antaranya Brown Swiss, Devon, Simmental dan Korea

Daging Wagyu yang paling mahal ketika ini adalah daging jenis Kobe yang diperoleh daripada lembu baka Tajima, yang hanya dibenarkan diternak di wilayah Hyogo sahaja

Kenapa Wagyu Sangat Mahal?Harganya yang diluar kemampuan kebanyakan rakyat marhaen ini adalah disebabkan cara lembu-lembu ini dibesarkan oleh penternak

Di Jepun, bagi membolehkan sesuatu jenis daging tersebut diiktiraf sebagai daging wagyu, penternak-penternak perlu mematuhi beberapa peraturan ketat yang telah digariskan

Lembu-lembu yang digunakan sebagai baka pembiakkan dan lembu-lembu bunting dibela di kawasan padang rumput khas manakala anak-anak lembu pula dibesarkan dengan teknik khas iaitu dimana anak-anak lembu wagyu ini diberi minum susu oleh penternak, berbanding menyusu daripada ibu lembu

Malah untuk pengetahuan anda, anak-anak lembu ini diberikan selimut khas serta diberi pakai jaket ketika musim sejuk bagi mengelakkan kehidupan dan pembesaran anak-anak lembu tersebut terjejas

Anak-anak lembu ini kekal di ladang-ladang pembiakkan selama 7 bulan sebelum di bawa ke tempat pembidaan untuk dijual kepada penternak-penternak yang berminat untuk membela lembu wagyu tersebut

Selepas itu, penternak-penternak yang membeli baka lembu wagyu ini diwajibkan untuk membela lembu tersebut di dalam bangsarldan memberikan lembu-lembu  mereka nama, berbanding memberi tanda berbentuk nombor

Lembu-lembu ini ketika dibangsal diberi makan dengan diet ketat antaranya jerami padi, silikat tanaman penuh atau pekat dan dibenarkan dibesar sehingga mencapai berat 700 kilogram, dalam tempoh tiga tahun, berbanding lembu biasa yang mengambil masa selama lima belas bulan sahaja

Setiap anak lembu wagyu ini juga mempunyai sijil kelahiran yaang mengandungi maklumat-maklumat mengenai asal usul bakanya. Ini bermakna, setiap daging wagyu boleh dijejak kembali sehingga dimana asal-usul dan ladangnya diternak

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa lembu-lembu ini diberi minum minuman beralkohol dan diberi urutan khas, namun penternak-penternak di Jepun menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun katanya, lembu-lembu wagyu tersebut kadang-kala digosok dengan bulu khas bagi membuatkan lembu-lembu tersebut tenang dan melancarkan aliran darah

Namun, ladang-ladang wagyu di luar Jepun seperti di Britain mengakui bahawa lembu-lembu wagyu ternakan mereka diberikan minuman beralkohol serta lembu-lembu tersebut menerima rawatan urutan secara berkala

Pengredan Daging WagyuPersatuan Pengredan Daging Jepun memberikan gred kepada daging lembu dengan gred A hingga gred C yang diukur berdasarkan tahap struktur daging (marble), keutuhan isi daging, warna dan kualiti keseluruhan daging tersebut dengan gred A5 adalah kualiti tertinggi.

Kebanyakkan daging wagyu yang berasal daripada ladang Jepun mempunyai kualiti A4 dan A5. Manakala daging-daging wagyu daripada ladang di luar Jepun biasanya hanya mempunyai kualiti 50 peratus sahaja daripada daging wagyu asli Jepun

Jadi, anda dah tahu kan kenapa wagyu sangat mahal, anda sanggup tak berbelanja ribuan ringgit untuk merasai daging wagyu ini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/kenapa-daging-wagyu-mahal-ini-faktanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Wasabi Ramuan Sushi Yang Sangat Rare Dan Mahal

Kenali Wasabi Ramuan Sushi Yang Sangat Rare Dan Mahal

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 426 hits
Jika anda seorang penggemar makanan Jepun tentunya kenal dengan wasabi sejenis makanan berwarna hijau yang selalunya dijadikan sos pencicah dan dimakan bersama sushi Tetapi tahukah anda wasabi diperbuat daripada apa Sebenarnya wasabi dihasi...
Cermin Hexagon Jadi Tular Sampai Habis Stok Ini Cara Nak Buat Nampak Mahal Cara Susunan Yang Sesuai

Cermin Hexagon Jadi Tular Sampai Habis Stok Ini Cara Nak Buat Nampak Mahal Cara Susunan Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 1426 hits
Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai yang mempunyai masa lapang untuk mereka cipta sesuatu untuk kegunaan seisi keluarga Ya tambah tambah lagi mereka yang gemar dengan dekorasi rumah sangat sesuai menggunakan masa terluang ...
Tak Perlu Make Up Mahal Cukup Amalkan Doa Ini Agar Selalu Cantik Di Mata Suami

Tak Perlu Make Up Mahal Cukup Amalkan Doa Ini Agar Selalu Cantik Di Mata Suami

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 331 hits
Agar selalu cantik di mata suami tak perlu pakai make up mahal cukup amalkan doa ini saja karea sejatinya hanya Allah lah yang Maha membolak balikkan hati seseorang dengan mengamalkan doa dibawah ini insya Allah suami tak akan pernah bosan ...
Kpdnhep Selangor Kesan Premis Jual Pelitup Muka Mahal

Kpdnhep Selangor Kesan Premis Jual Pelitup Muka Mahal

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 572 hits
SHAH ALAM 30 MEI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor bertindak ke atas satu premis perniagaan berikutan penjualan pelitup muka melebihi harga maksimum di Petaling Jaya semalam KPDNHEP negeri dalam kenyataan ...
Diy Doll House Paling Senang Nampak Mahal Tapi Modal Tak Sampai Rm30

Diy Doll House Paling Senang Nampak Mahal Tapi Modal Tak Sampai Rm30

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 361 hits
Memandangkan anak anaknya suka bermain anak patung ibu ini membuat sendiri doll house untuk mereka Bila dipandang nampak mahal seperti yang ada di pasaran Menurut modal untuk dia membina doll house untuk anak anaknya ini tidak sampai RM30 p...
Smoked Wagyu Brisket

Smoked Wagyu Brisket

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 197 hits
Get ready for the most sensational BBQ experience with this Smoked Wagyu Brisket Slowly cooked in a Traeger over oak pellets the meat is perfectly juicy tender and literally melts in your mouth Finish it off with Franklin s BBQ sauce READ
Polisi Ringkus Dua Penjual Daging Oplosan Celeng Di Pasar Bengkok Tangerang

Polisi Ringkus Dua Penjual Daging Oplosan Celeng Di Pasar Bengkok Tangerang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 293 hits
Sementara pelaku AD mengatakan dirinya menjual daging oplosan itu hanya di satu tempat di Pasar Bengkok Tangerang
Resepi Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner

Resepi Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 979 hits
As Salam Resepi Rendang Daging Mudah Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner Yeahh Pastinya korang yang kalangan mak mak se malaya sekarang ni tengah sibuk mencari cari resepi rendang daging yang paling mudah menjadi dan pastinya sedap untuk hida...
Adun Jabi Payung Singgang Daging Kepada 5 800 Penduduk

Adun Jabi Payung Singgang Daging Kepada 5 800 Penduduk

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 373 hits
SETIU 18 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Dr Azman Ibrahim menyembelih empat ekor lembu sado untuk diagihkan kepada sekitar 5 800 penduduk di kawasan berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa nege...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof