Kenapa Benci Sangat Saya Ayu Ting Ting
Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting
Nak benci saya? Silakan – Ayu Ting Ting
TERSENARAI sebagai antara selebriti paling popular di Indonesia, penyanyi dan pengacara Ayu Ting Ting bagaimanapun tidak terlepas daripada kontroversi sehingga membiakkan banyak kebencian dalam khalayak.
Memiliki sejumlah 48.6 juta pengikut dalam Instagram, kerjayanya dikatakan hampir musnah apabila diboikot masyarakat Indonesia yang ingin melihat kerjayanya jatuh.
Malah, sebuah petisyen yang dipanggil “Blacklist Ayu Ting Ting Dari Dunia Pertelevisian” juga telah diwujudkan oleh sekumpulan individu yang menggesa supaya pemilik nama lengkap Ayu Rosmalina diboikot daripada muncul dalam kaca televisyen.
Hanya dalam masa beberapa hari sahaja, ratusan ribu tandatangan berjaya dikumpul haters (pembenci) untuk memboikot kerjaya seni Ayu.
Persoalan yang mungkin tercetus, apakah alasan yang menjadi punca pelantun lagu Sambalado itu begitu dibenci masyarakat?
Lebih teruk lagi, segelintir peminatnya juga mula berpaling tadah ikut memboikot selebriti asal Jawa Barat itu.
SELEPAS membatalkan hasratnya untuk berkahwin pada saat-saat akhir sekitar Februari lalu bersama kekasihnya, Adit Jayusman, Ayu mengakui kini trauma untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
Kelakuan buruk
Petisyen tersebut dimulai oleh individu bernama Putri Maharani dalam laman web change.org yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kebiadaban sikap Ayu menendang seorang tetamu dalam program kendaliannya, Brownies pada Januari 2019.
“Dia (Ayu) seorang idola yang tidak patut dicontohi kerana telah memperlihatkan kelakuan yang tidak baik kepada masyarakat,” ujar Putri.
Dalam program Brownies kendaliannya bersama, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu itu, berlaku satu insiden menyaksikan Ayu menendang tetamu undangannya iaitu penyanyi, Andika daripada kumpulan Kangen Band.
Klip video pada tahun 2019 yang kembali tular membangkitkan semula rasa jelik netizen dan menganggap Ayu seorang yang buruk laku.
“Sikap yang buruk dan tidak menghargai orang lain. Ketika sedang bersiaran secara langsung sering memukul, menunjal kepala dan menendang dengan kaki tetamu undangannya.
“Malah perempuan itu (Ayu) selalu ketawa dengan suara yang kuat dan menjengkelkan. Cara duduknya juga tidak sopan,” kata salah seorang netizen dalam petisyen memboikot selebriti itu.
Akibatnya, ratusan ribu masyarakat Indonesia mula menyatakan sokongan terhadap petisyen yang ditubuhkan untuk menyenarai hitam nama Ayu daripada muncul dalam televisyen.
Sebagai reaksi terhadap kebencian ramai, mangsa tendangan Ayu, Andika tampil menjelaskan perbuatan tersebut sebenarnya gimik dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya duduk tiba-tiba Ayu datang itu sahaja,” katanya.
SEBAGAI seorang selebriti, Ayu berkata sudah menjadi lumrah jika netizen akan sentiasa mencari kesalahan dan mengecam dirinya atas perbuatan yang dirasakan tidak enak pada mata masyarakat.
Kontroversi?
Kenyataan tersebut bagaimanapun dinafikan netizen apabila mendakwa mereka dengan jelas melihat perbuatan melampau itu sehinggga menampakkan perubahan raut wajah Andika mungkin kerana berasa malu.
Bukan cuma sekali, Ayu juga sebelum ini pernah dikecam netizen apabila didakwa bersikap kejam menghalau seorang pengemis yang datang ke rumahnya.
Malah penyanyi itu juga dikatakan kedekut kerana tidak memberi wang kepada pengemis terbabit.
Penularan kisah tersebut pantas menjadi heboh kepada semua bahawa wanita itu seorang yang kedekut dan tidak pernah menghulur satu sen pun wang kepada pengemis.
Selepas gerakan memboikot Ayu semakin mendapat sambutan masyarakat, perkara itu sedikit sebanyak memberi kerisauan kepada rakan gandingannya iaitu Ivan dan Ruben.
Ivan sempat meluahkan kebimbangannya terhadap rating program Brownies jika penonton benar-benar serius memboikot rancangan tersebut disebabkan Ayu.
Baca Artikel Menarik :
Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
Resepi Kek Paun Lemon Sedap
Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
DIGELAR wanita buruk laku dan biadab, Ayu Ting Ting sedikit pun tidak terkesan, malah tidak peduli dengan kebencian masyarakat terhadapnya.
Tidak peduli
Biarpun sering dikecam atas kelakuan ‘tidak enak’, selebriti berusia 29 tahun itu sedikit pun tidak terkesan dengan kempen boikot ke atasnya.
Dalam satu kenyataan kepada media tempatan baru-baru ini, dia menyifatkan perkara tersebut adalah lumrah dunia artis.
“Pembenci ada di mana-mana. Apatah lagi pekerjaan seperti saya, sudah pasti ada yang suka dan ada yang tidak. Kalau mahu membenci saya, silakan.
“Kerana pekerjaan saya sebagai penghibur,” katanya.
Ayu sebenarnya malas hendak melayan netizen yang tidak sukakan dirinya, namun jika mereka berlebih-lebihan, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Saya sebenarnya tidak peduli apa yang mahu mereka lakukan. Tapi saya beri amaran, jangan melebihi batas,” ujarnya.
Biarpun ada sahaja kritikan dan kebencian menjadi makanannya, kerjaya seni Ayu terus gemilang.
Kebencian dan provokasi yang diterimanya, sedikit pun tidak meninggalkan kudis.
Kata Ayu, dia akan terus berkarier sebagai seorang penghibur dan menganggap tohmahan yang dihadapinya adalah lumrah bagi seorang selebriti. K Online
Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting
Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala
The post Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/26/kenapa-benci-sangat-saya-ayu-ting-ting/