Kenapa Anda Disarankan Potong Kuku Pada Waktu Ini Dah Tahu Tapi Ramai Yang Degil Tak Nak Ikut




Anda Perlu Tahu Waktu Yang Sesuai Memotong Kuku.

Seminggu sekali sebaik-baiknya hari Jumaat


Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.” (Hadis riwayat Ahmad)



Memotong kuku jika kuku sudah kelihatan panjang
Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”(Hadis riwayat Muslim)

Adab Memotong Kuku Dan Hari Yang Dilarang – Habib Salim bin Abdullah Asy-Syathiri





P/S : Oleh itu marilah kita amalkan menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak sampai atau terhalang sampai ke kuku.

Mohon perbetulkan saya sekiranya ada yang tersilap dalam artikal ini di ruang komen.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Sumber : tazkirahilmuislam.blogspot.com

Ketahui Punca Dan 8 Petua Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh.

Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.

Cagu dikenali sebagai ‘unguis incarnatus’ yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku. Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku.

Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.

Punca Cagu Kerana :

1) Cara pemotongan kuku yang salah
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging

Petua-Petua Cagu Seperti :

1) Daun Inai

Cuba dengan menggunakan daun inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan baru lah buangkan inai tadi

2) Daun Keembung Putih

Cuba anda gunakan daun keembung putih pula. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.


3) Cili Kering

Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh.


4) Santan Pekat

Boleh juga guna santan pekat. Ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi perah santan pekat kat atas cagu/cekam, kemudian biarkan selama 20 minit bergantung pada betapa parah cagu itu. Lagi lama pun x per. Kalau rasa da ok sikit basuh kaki bersih-bersih.


5) Merendam kaki

Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.

6) Cuka epal

Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.


7) Sabun antibakteria

Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.

8) Lemon

Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan. © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/kenapa-anda-disarankan-potong-kuku-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Potong Kuku Bayi Sebab Jari Kecil Sangat Nak Mudah Buat Lepas Mandi

Takut Potong Kuku Bayi Sebab Jari Kecil Sangat Nak Mudah Buat Lepas Mandi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 371 hits
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu tentu agak kekok hendak mengendalikan pemotongan kuku bayi yang sangat kecil dan comel Bimbang pula jika tersalah potong boleh melukakan jari dan kulitnya yang halus dan lembut Semasa melakukan penja...
Tv Al Hijrah Nak Jemput Saya Boleh Tapi Bayar Lah Rm5k Sebabnya Suhaimi Saad

Tv Al Hijrah Nak Jemput Saya Boleh Tapi Bayar Lah Rm5k Sebabnya Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 573 hits
Menerusi laman FB pihak Analisis TV Alhijrah telah membuat pendedahan bahawa bekas ahli kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad telah meminta wang sejumlah RM5000 untuk tampil ke pentas berkenaan berbincang tentang perkara bumi leper INI PENDEDA...
Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 345 hits
Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa Tapi sebab baby masih lagi kecil usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langk...
Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 338 hits
Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa Ketika ditemui di pelancaran produk Scha Alyahya memberi...
Selesa Bersalin Di Rumah Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Selesa Bersalin Di Rumah Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 519 hits
Isu doula dalam proses kelahiran di rumah atau homebirth menjadi isu yang wajar diketengahkan Dari tujuan asalnya untuk mendapatkan keselesaan semasa besalin di rumah ia bertukar menjadi tragis dengan kematian ibu anak atau kecacatan bayi m...
Ph Mendahului Populariti Tapi Ramai Nak Bagi Peluang Kepada Bn

Ph Mendahului Populariti Tapi Ramai Nak Bagi Peluang Kepada Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 318 hits
Kaji selidik yang dijalankan Universiti Malaya di PRK Semenyih menunjukkan Pakatan Rakyat masih mendahului populariti berbanding Barisan Nasional PH 46 67 BN 36 67 PSM 3 33 Bebas 13 3 Namun berdasarkan kaji selidik peluang untuk diberikan k...
Boss Walaupun Dalam Lokap Saya Jaga Solat 5 Waktu Papagomo Ikut Nasihat Asyraf Wajdi

Boss Walaupun Dalam Lokap Saya Jaga Solat 5 Waktu Papagomo Ikut Nasihat Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 383 hits
KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kagum dengan semangat juang Wan Muhammad Azri atau Papagomo walaupun dianiaya Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga terpaksa merengkok di dalam lokap selama tiga malam Beliau...
Cakap Nak Meminang Tapi Tiada

Cakap Nak Meminang Tapi Tiada

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 251 hits
Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8 Shahir bukanlah lagi satu cerita baru Bagaikan tidak The post appeared first on
Hiburan Cakap Nak Meminang Tapi Tiada Erra Fazira Tidak Pasti Status Hubungan Dengan Shahir

Hiburan Cakap Nak Meminang Tapi Tiada Erra Fazira Tidak Pasti Status Hubungan Dengan Shahir

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 310 hits
Sudah bertahun tahun kita dengar gosip dan spekulasi hubungan percintaan Erra Fazira dan penyanyi Shahir Sekitar tahun lalu pula Shahir pernah memberitahu beliau sudah bersedia untuk bergelar suami dan berhasrat untuk meminang Erra Bagaiman...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya