Kenap Genapkan Kalau Ganjil Nanti Dia Pergi Dulu
26 September 2023 - Selasa
Pagi tadi:Ringan mulutku 'beramah mesra' dengan pakcik penjual nasi lemak di satu lokasi ni. Pakcik ni jual nasi lemak yang telah siap dibungkus dari rumah. Satu kelainan dari pakcik ni, ada ikan masin gelama goreng di dalam nasi lemak yang dijual. Bertambah lain, harga turut dinaikkan sebanyak 50 sen, beras Faiza pakcik gunakan
'Pakcik ada berapa orang anak, yang bongsu berapa tahun dah?''Anak pakcik yang bongsu dah kahwin dah, baru je bersalin. Pakcik ada enam orang cucu, anak pakcik ada enam orang. Cik pulak berapa orang anak'.'Saya ada tiga je pakcik'.'Oh.. tu kena tambah sorang lagi tu. Tak boleh ganjil, kena genapkan. Macam pakcik, anak pakcik ada empat lelaki, dua orang perempuan. Cik kena genapkan, tak boleh ganjil sebab.. kalau ganjil nanti dia pergi dulu'.
Aku..
Terkedu
'Pakcik minta maaf ye cik tapi ye biar genap jangan ganjil nanti dia pergi dulu'.
Aku..
Berderau darah. Terdiam tak tahu nak cakap apa.
Tak tunggu lama ditambah dengan tak mahu lewat sampai ke tempat kerja, segera aku tinggalkan lokasi. Sebelum berlalu, aku sempat doakan semua selamat walau pakcik tu tak dengar aku cakap sebab face mask yang aku pakai.
Terfikir
Anak aku ada tiga orang. Takkan hanya kata-kata pakcik tu aku nak kena tambah jadikan empat orang. Kalau yang keempat tu nanti anak perempuan jugak, adakah aku kena mengandung lagi
Sebagai contoh:Dua perempuan, satu lelaki (kena genapkan yang gender L ni)
Kalau mengandung lagi dan yang keluarnya perempuan. Kena tambah lagi..? Larat ke nak mengandung dalam usia yang semakin menganjak ke arah Remaja Purba ni
Pakcik.
Keliling saya ni ada pasangan yang hanya ada seorang anak, ada pula sepasang, ada juga tiga orang, malah ada juga gendernya P atau L sahaja. Bukan tak nak usaha atau mencuba tapi 'hidup ini keras pakcik'
#RemajaPurba: Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2023/09/kenap-genapkan-kalau-ganjil-nanti-dia.html