Kenangan Manis Ditemu Duga Agong


HASSAN KARIM


ULASAN | Sebagai ahli parlimen Pasir Gudang yang mewakili PKR dalam gabungan PH, pagi Rabu 26 Feb lalu adalah hari yang cukup bersejarah dalam hidup saya

Pada hari itulah kali pertama saya bertemu secara peribadi dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Untuk ke istana, saya bersiap sebaik mungkin dengan pakaian serba hitam bersama kot, tali leher berwarna merah, bersongkok dan berkasut hitam murah yang dibeli di pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur petang sebelumnya.

Maklumlah, untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong. Kasut sedia ada - yang dipakai dari rumah di Johor - sudah hampir koyak.

Cerita perjalanan ke Istana Negara dipercepatkan. Pintu besar balai Istana Negara dibuka dua orang bentara. Saya membaca bismilah dan melangkah masuk dengan yakin.

Itulah langkah saya untuk memilih perdana menteri kelapan Malaysia.

Saya memandang lurus tegak. Di hadapan saya - dalam jarak 10 meter - berdiri baginda Agong. Apa yang saya patut buat? Saya mengangkat kedua belah tangan ke dahi tanda hormat kepada raja.

Itu juga kali pertama dalam hidup saya menjunjung duli kepada raja. Dalam hidup saya sejak muda, secara jujur, saya tidak begitu selesa dengan institusi feudalisme.

Bukan bahasa istana
Tetapi apabila hidup saya sudah masuk ke zon warga emas - dan kerana ingin menyokong sahabat saya, Anwar Ibrahim, untuk menjadi perdana menteri Malaysia - saya sanggup ke istana dan melakukan ritual adat Melayu semasa mengadap raja.

Satu dilema yang saya lalui pagi itu.

Saya melangkah tegak lurus ke arah meja yang telah disediakan bersama sebuah kerusi kayu. Agong berdiri tegak berdepan meja itu. Saya belum sempat mengangkat ke dua belah tangan untuk menjunjung duli, baginda Tuanku yang lebih muda daripada saya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Hati saya rasa tersentuh dengan sikap baginda yang ramah mesra itu. Sikap saya yang agak antiroyalis semasa muda-muda dulu mula cair dengan budi bahasa Tuanku Al-Sultan Abdullah.

Saya memberi salam kepada baginda Tuanku. "Assalamualaikum Tuanku," ujar saya dengan nada hormat sambil menyambut salaman.

"YB dari kawasan mana?" tanya baginda.

"Saya mewakili parlimen Pasir Gudang, Tuanku."

Ketika itu saya cepat sedar bahawa saya tidak menggunakan bahasa istana yang betul. Biasaya perkataan "saya" tidak digunakan, sebaliknya perkataan "patik".

Tetapi secara jujur sekali lagi, jauh di hati saya, saya tidak selesa menyebut perkataan "patik".
Saya mengisi satu borang yang disediakan di atas meja. Tuanku yang berdiri dekat dengan meja itu menyaksikan saya mengisi borang penting itu, yang akan menentukan siapakah bakal perdana menteri kelapan Malaysia.

Pada bahagian atas borang itu - yang formatnya hampir sama seperti surat akuan berkanun (statutory declaration atau SD) saya menulis nama Anwar Ibrahim dengan jelas dan terang sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, disaksikan Tuanku Agong.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang peguam bela serta peguam cara, apa yang saya lakukan di Istana Negara di hadapan raja pagi itu menyedarkan saya akan realiti Malaysia ini sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Dalam suasana negara mengalami krisis perlembagaan berkaitan perlantikan perdana menteri maka peranan kuasa Agong seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh memberikan jalan keluar

Selepas menandatangani borang tersebut dan menyemak semula bahawa semuanya ditulis dengan sempurna, saya pun bangun dan hendak mengangkat kedua belah tangan menjunjug duli kepada Tuanku yang masih berdiri di depan saya.

Tetapi Tuanku lebih cepat menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan saya.

Saya melangkah meninggalkan balai Istana Negara selepas itu dengan kenangan manis ditemu duga oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam usaha cermat dan hati-hati baginda memilih siapakah yang layak menjadi perdana menteri kelapan menurut kuasa dan budi bicara baginda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai ahli parlimen, sebagai rakyat dan warganegara serta sebagai pengamal undang-undang, saya berpuas hati dengan tindakan dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh baginda.

HASSAN KARIM ialah ahli parlimen PKR mewakili kawasan parlimen Pasir Gudang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kenangan-manis-ditemu-duga-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 513 hits
Kemelut berkaitan politik Malaysia semakin hari semakin memeningkan kepala terutama kepada rakyat yang kurang berpengetahuan seperti saya Ia menjadi begitu rumit dan penuh dengan drama sejak adanya percubaan pihak tertentu untuk menumbangka...
Langsung Gps Akan Patuh Terhadap Keputusan Agong

Langsung Gps Akan Patuh Terhadap Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 283 hits
LANGSUNG Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai situasi politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dua hari lalu
Hadir Sendiri Jumpa Agong Wakil2 Tu Fake News

Hadir Sendiri Jumpa Agong Wakil2 Tu Fake News

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 365 hits
JABATAN Ketua Menteri Sabah menafikan laporan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghantar wakil untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mewakili dirinya Jabatan Ketua Menteri Saba...
Alhamdulillah Selesai Mengadap Kdymm Ydp Agong

Alhamdulillah Selesai Mengadap Kdymm Ydp Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 320 hits
YDP Agong menitahkan semua MP untuk mengadap Baginda bagi mendapatkan pendirian tentang sokongan kepada Tun M di dalam membentuk kerajaan perpaduan bersama DAP PKR Team Anwar dan lain lain parti di dalam PH Oleh kerana prinsip UMNO tidak da...
Pertemuan Tun M Dan Agong Selama 70 Minit Selesai

Pertemuan Tun M Dan Agong Selama 70 Minit Selesai

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 274 hits
Pertemuan Tun M Dan Agong Selama 70 Minit Selesai Menurut laporan media Tun Mahathir telah keluar dari pintu 2 Istana Negara kira kira jam 12 00 tengah hari tadi Pertemuan Tun M Dan Agong Selama 70 Minit Selesai Tun Mahathir sempat melambai...
In Major Faux Pas Shafie Sends Aide To Meet Agong Instead Of Going Personally While Nazri Away Overseas

In Major Faux Pas Shafie Sends Aide To Meet Agong Instead Of Going Personally While Nazri Away Overseas

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA An Istana Negara official today said that Semporna MP Shafie Apdal and Padang Rengas MP Mohamed Nazri Aziz were the only two members of Dewan Rakyat who have yet to meet the Yang di Pertuan Agong to reveal their choice for the...
Agong Jamu Petugas Media Masakan Patin Tempoyak

Agong Jamu Petugas Media Masakan Patin Tempoyak

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR Jika dua hari sebelum ini Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menjamu petugas media dengan makanan segera KFC dan McDonald s hari ini lebih istimewa apabila baginda perkenan mengurniakan nasi berlauk ikan pat...
Mahathir Mengadap Agong 11 Pagi Ini

Mahathir Mengadap Agong 11 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 411 hits
Menurut laporan Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini Hal itu disahkan kemudian oleh Pejabat Perdana Menteri Pada 10 30 pagi tadi kelihatan kenderaan membawa Dr Mahathir bergerak meninggalkan pejabatny...
Sabah Cm Dept Denies Shafie Sent Rep To Meet Agong

Sabah Cm Dept Denies Shafie Sent Rep To Meet Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 223 hits
Sabah Chief Minister Mohd Shafie Apdal was at the Istana Negara this evening his office clarifies PETALING JAYA The Sabah Chief Minister s Department has denied that Mohd Shafie Apdal sent a representative to meet the Yang di Pertuan Agong ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti