Kenangan Ketika Hari Lahir Anak


KENANGAN KETIKA HARI LAHIR ANAK | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua. Semalam birthday Arief Redza ke-12. Sambutan birthday dia secara sederhana dan lebih kepada makanan apa dia nak makan semasa berbuka. Budak-budak ni fikir kek dan hadiah saja bila birthday. Lagi pun, al-maklum birthday semasa PKP so faham-fahamlah. Just one slice of cake dan lain-lain makanan segera atas permintaannya. Sekali-sekala layan permintaan birthday boy katakan.. 
Bila sahaja sambutan hari lahir dia, saya mesti terkenang semula moment ketika melahirkan dia. Bukan apa sebab kelahiran merupakan kenangan terindah kepada semua ibu, betul tak? Kalau ada 5 orang anak, pasti kelima-lima mengalami cara kelahiran yang berbeza. Apatah lagi saya, anak seorang, pasti itulah kenangan pahit dan manis. Sempena hari lahir anak saya, saya ingin kongsi dengan pembaca pengalaman saya melahirkan Arief Redza. Perkongsian ini untuk pengetahuan dia juga. 
Saya masih lagi ingat tarikh 14 Mei 2008 iaitu 12 tahun yang lalu. Ketika itu belum cukup masa untuk melahirkan Arief Redza as estimated due date oleh doctor. Arief dilahirkan pramatang kurang 2 bulan. Sepanjang mengandung, saya buat check-up dengan Doctor Selvam iaitu pakar O&G di Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan bercadang untuk bersalin di sana sebab dekat dengan rumah

Baby identification card
Hari itu, lebih kurang pukul 12.15 malam, tiba-tiba air ketuban pecah. Basah tetapi langsung takde tanda-tanda nak bersalin. Jadi saya pun berkemas dan husband segera bawa ke KJMC. Keadaan memang tak selesa sebab basah. Malangnya atas keselamatan ibu dan anak, KJMC pindahkan saya ke KPJ Damansara. Saya pun dibawa ke KPJ Damansara menaiki ambulan. Husband memandu dengan kereta ikut dari belakang. Itulah pengalaman kali pertama naik ambulan. 


Tiba di KPJ Damansara, saya ditahan di wad untuk pemantauan. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, keadaan Arief semakin kritikal sebab air ketuban hampir kering manakala tali pusat (umbilical cord) Arief telah menjerut lehernya disebabkan Arief kurang oxygen so dia meronta-ronta dalam perut. Doctor ambil keputusan untuk buat pembedahan kecemasan atau emergency caesarean (juga dikenali sebagai c-section) tak dirancang secara lower segment caesarean (LSCS). Pembedahan dilakukan oleh pakar O&G, Dato' Dr. Sivamohan bermula pukul 6.05 pagi. Akhirnya syukur alhamdulillah, Arief Redza selamat dilahirkan pada pukul 7.43 pagi. Saya masih ingat lagi dengan saiz badan yang kecil boleh kata hanya sebesar botol Coke 1.5 liter, kulit berkedut-kedut dan merah.. Kesian rupa dia

Hari itu saya berada di dalam wad 2 hari 1 malam sebab doctor Pediatrician, Dato' Dr. Musa perlu membuat pemantauan closely kepada bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang ke rumah. 
Umur Arief Redza 1 tahun 6 bulan
Seminggu selepas itu, ada temujanji dengan doctor O&G untuk check luka pembedahan. Keadaan inilah punca saya trauma sepanjang hayat. Luka pembedahan saya ada jangkitan dan bernanah. Tanpa berlengah, doctor menetas bahagian bernanah tersebut secara hidup-hidup dan menekan bahagian tersebut untuk membuang nanah yang ada di sepanjang luka pembedahan. Rayuan dan raungan saya menahan kesakitan langsung doctor tak hirau, yer laa demi kebaikan. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Saya cengkam kuat tangan doctor rasa macam Wolverine dalam cerita X-Men sampai rasa kuku nak patah. Perasaan sakit sampai tak boleh keluar airmata. Lepas dressing, doctor benarkan saya balik, berjalan keluar ke lobi, sebelah tangan pegang perut, sebelah tangan bawa baby. Al-maklum, suami baru dapat anak sulung ni takut pegang bayi, jadi mak ler gigih bawa baby dalam kesakitan. Lagi pun, pintu lobi lebih dekat dengan tempat wheel chair, takde pilihan jadi bertabahlah!

Begitulah pengalaman saya. Saya langsung takde rasa sakit bersalin seperti ibu-ibu lain tetapi saya trauma sakit infection luka pembedahan saja pun dah cukup ngeri. Apa pun, bila tengok anak membesar dengan sihat maka hilang semua rasa sakit. Itulah pengorbanan seorang ibu. Saya pesan pada Arief, setiap kali sambut birthday pastikan juga ucap terima kasih kepada mama yang melahirkan. Bukan nak credit tapi pesanan ini saya belajar dari pakar motivasi terkenal negara kita, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Benda elok tak salah buat.

Okay, itu sahaja celoteh saya sementara tunggu sesi masak juadah berbuka hari ini. 
Thank you for reading.
Wasalam.


Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/05/kenangan-ketika-hari-lahir-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 391 hits
Al Fatihah buat bayi syurga ini small Cover image via Miraa Nordin Facebook small Perkara yang paling dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin adalah kehadiran cahaya mata Kehadiran zuriat pastinya akan menambah kebahagian...
Macam Mana Anak Nak Pintar Kalau Diracun Jajan Setiap Hari Jajan Akan Kecilkan Pusat Memori Otak

Macam Mana Anak Nak Pintar Kalau Diracun Jajan Setiap Hari Jajan Akan Kecilkan Pusat Memori Otak

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 423 hits
Kita memang sedia maklum makanan ringan sememangnya tiada khasiat langsung untuk tubuh badan Tetapi keenakan jajan membuatkan kita terlupa tentang bahayanya kandungan bahan yang terdapat dalam makanan ringan ini Resipi Wajib Cuba Elak perke...
Sambil Beri Ucapan Hari Lahir Buat Isteri Zamarul Hisham Umum Berita Gembira Diana Rafar Kini Hamil 5 Bulan

Sambil Beri Ucapan Hari Lahir Buat Isteri Zamarul Hisham Umum Berita Gembira Diana Rafar Kini Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 774 hits
Mendapat ucapan hari lahir daripada suami tercinta pastinya sesuatu yang indah Tambahan pula dibuat menerusi akaun media sosial yang sentiasa menjadi perhatian peminat Lebih menggembirakan disamping ucapan hari lahir suami turut umumkan ber...
5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 612 hits
PUTRAJAYA 12 Mei Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat meninggal dunia awal hari ini selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jala...
Wanita Lumpuh Ditanam Anak Hidup Hidup Masih Bernafas Walaupun Tanpa Makan Minum Tiga Hari

Wanita Lumpuh Ditanam Anak Hidup Hidup Masih Bernafas Walaupun Tanpa Makan Minum Tiga Hari

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 611 hits
Wanita lumpuh ditanam anak hidup hidup masih bernafas walaupun tanpa makan minum tiga hari Wanita lumpuh itu berjaya diselamatkan polis SEORANG wanita lumpuh yang ditanamkan hidup hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari berjaya...
Selamat Hari Lahir Kakak Batrisyia Yang Ke 10 Tahun

Selamat Hari Lahir Kakak Batrisyia Yang Ke 10 Tahun

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 821 hits
SELAMAT HARI LAHIR KAKAK BATRISYIA YNG KE 10 TAHUN Lambat up entri wish birthday ni Hari ni hari lahir budak rambut kereteng ni tau Kereteng time kecik dulu la Dah besar montel ni hilang dah kereteng dia Ikutkan pukul 10 pagi tadi dia kuaq ...
Reebonz Menawarkan Gaya Mewah Dan Eksklusif Ketika Hari Raya Buat Peminat Fesyen

Reebonz Menawarkan Gaya Mewah Dan Eksklusif Ketika Hari Raya Buat Peminat Fesyen

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 367 hits
Bagi peminat peminat fesyen eksklusif dan mewah pasti tidak asing lagi dengan platform Reebonz kan Tapi bagi yang belum tahu apa itu Reebonz ia merupakan satu platform dalam talian untuk membeli dan menjual pelbagai jenis produk mewah Saya ...
Dr Erin Sekat Nombor Da I Farhan Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir

Dr Erin Sekat Nombor Da I Farhan Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 357 hits
Selepas diceraikan ketika sedang hamil cahaya mata pertama mereka Dr Erin memberitahu dia dan bekas suaminya Da i Farhan tidak lagi berhubung Malah Erin berkata dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu Ujarnya dia lebih ten...
Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja Ketika Pkpb

Aishah Berat Hati Lepaskan Anak Keluar Bekerja Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 388 hits
Ibu mana yang tidak bimbang apabila anak disayangi terpaksa keluar bekerja untuk mencari rezeki ketika negara sedang berdepan pandemik COVID 19 Begitulah perasaan The post appeared first on
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator