Kenangan Dengan Bapa Kemerdekaan


CATATAN KENANGAN

KENANGAN: Saya menemu ramah
Tunku Abdul Rahman  tahun 1986.  HARI ini genaplah 62 tahun negara kita Malaysia Merdeka. Setiap kali tiba detik dan tanggal ini negara akan mengadakan upacara khas mengingati detik bertuah itu.

Setiap warga negara yang setia dan sayangkan negara ini juga tidak terkecuali ikut sama menyambut dan meraikan detik bersejarah itu dengan pelbagai cara dan aksi.

Mengingati kemerdekaan itu adalah tanda dan bukti kasih sayang kita kepada negara.

Menyayagi dan kasih kepada negara atau tanah air sebahagian daripada cabang keimanan. Habul watan minal imam. Ertinya ia adalah termasuk dalam cabang rukun iman.

Apabila mengingati detik bertuah ini terkenanglah saya kepada pertemuan dengan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj. Pertemuan itu cukup memberi erti kepada saya yang mungkin tidak ada makna kepada orang lain.

Pertemuan dengan Tunku itu walaupun dalam rangka melaksanakan tugasan, tetapi ia memberi kesempatan untuk saya mengucapkan terima kasih kepadanya atas perjuangan memerdekakan negara dan jasa-jasa beliau membangun negara ini.

Ketika negara merdeka 31 Ogos, 1957 saya masih belum disyariatkan ke dunia ini. Selepas usia merdeka tiga tahun baharu saya dilahirkan. Ertinya saya adalah anak pasca perang merebut kemerdekaan. Justeru saya berterima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan tanah air, baik dari aliran kanan, seperti Tunku serta para sahabatnya maupun aliran kira, Ishak Haji Mohamad, Mahmud Baginda, Ahmad Beostaman, Baharuddin Helmy dan lain-lain.

Hasil perjuangan merekalah meletakkan kita generasi Merdeka kini menikmati kemajuan dan pembangunan negara. Kita berterima kasih kerana tidak perlu mengeluar keringat dan menumpahkan setitik darah pun untuk mencapai kemerdekaan. Kita disediakan bekas (negeri) yang aman damai. Tugas kita kini mempertahankan nikmati kemerdekaan yang kita perolehi ini agar ia kekal selamanya.

Pertemuan dengan Tunku.
Di sini saya hendak mengenangkan detik pertemuan saya dengan Almarhum Tunku. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1986. Saya ketika itu selaku Ketua Pemberita akhbar Mingguan Islam, yang ditugaskan menemu ramah Tunku menjelang kemerdekaan ke 31 tahun.

Saya bertuah dan berterima kasih kepada bos yang memilih saya untuk menemu ramah Tunku. Tidak perlu dibayangkan betapa berdebarnya untuk bertemuan dengan Tunku secara berdepan dan eksklusif. Saya rasa sebagai wartawan muda, Tunku adalah tokoh dan negarawan pertama yang saya temuramah dan mencungkil sejarah negara.

Sebelum atau selepas itu saya juga ada menemuramah Allahyarham Mohd Asri Muda yang ketika itu Yang di-Pertuan Agung Pas.

Pertemuan dengan Tunku memakan masa dua jam. Ia berlangsung di kediamannya di Bukit Tunku Kuala Lumpur. Banyak yang terakam dalam peremuan itu. Hasil temu ramah itu dimuatkan dalam Mingguan Islam pada tahun itu. Sayang akhbar berkenaan tiada lagi dalam simpan saya.

Mengenang pertemuan dengan bekas Perdana Menteri pertama itu, apa yang saya hendak himbaukan ialah mengenai satu soalan yang saya bangkitkan kepadanya, di mana Tunku agak sensitif (sebenarnya sedih) untuk menjawabnya. Bahkan beliau tidak menjawab dan "apolegetik" kepada soalan itu.

Apa yang saya tanya Tunku ialah berhubung dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 11 Ogos 1965. Saya mahu Tunku bercerita, memberi kronologi kenapa Singapura yang ikut merdeka bersama Malaysia akhirnya mengambil keputusan berpisah dengan Malaysia, dan Tunku sendiri pula dengan mudah menyerahkan Singapura.

Tindakan beliau itu pro dan kontra. Para pejuang negara termasuk daripada pemimpin Umno sendiri seperti Allahyarham Dr Ismail Abdul Rahman, Syed Jaafar Albar marahkan dengan tindakan Tunku itu. Para pemimpin pembangkang khasnya Pas menjadikan pemisahan Singapura itu sebagai isu yang menunjukkan kelemahan Tunku sebagai perdana menteri.

Bagi saya soalan itu sangat penting dan itulah dikira intipati kepada temuramah hari itu.

"Biarlah Singapura itu, biaq pilah ke depa. Usahlah disebut-sebut lagi," begitulah kata Tunku saat berhadapan dengan persoalan itu. Nampak sekali beliau seperti meminta agar isu Singapura itu tidak disebut-sebut. Tunku juga sedikit beremosi ketika itu, sedih dengan persoalan itu.

Menyedari itu saya tidak lanjutkan, dan perbualan beralih ke tajuk lain yang semuanya dijawab tuntas dan mesra oleh Tunku.

Setelah beberapa tahun selepas itu apabila saya memikirkan kembali kenapa Tunku tidak mahu mengulas berhubung pemisahan Singapura itu baru saya faham. Kedewasaan dan penitian dunia politik oleh saya menjadikan saya lebih faham dan mengerti tindakan Tunku itu.

Pemisahan dan penyerahan Singapura kepada kehendak majoriti masyarakat di sana walaupun ia satu kebaculan pemerintah ketika itu, Tunku, tetapi ia adalah satu tindakan yang terbaik.  Seperti mana kata-kata termasyhor oleh Tunku tatkala menyebut kisah itu, tidak ada jalan lain melainkan terpaksa menyerahkan Singapura. Ertinya hanya itu cara terbaik mengikut pemikiran Tunku.

Begitu juga dari cerita dan kata beberapa teman Tunku yang lain, baik daripada sama ada Umno dan pembangkang ada menganggap penyerahan Singapaura jalan terbaik buat Malaysia ketika itu. Apapun, pemisahan Singapura, dahulu Temasik itu suatu peristiwa pedih menikam hati yang harus dikenang sampai ke hari ini.

Hakikat disebalik kejadian itu serta berbagai tafsirannya perlu dijadikan azimat dalam kita mengukuh kemerdekaan negara ini. MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA.  [wm.kl.7:15 am 31/08/19]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/08/kenangan-dengan-bapa-kemerdekaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Deli2go Sempena Sambutan Kemerdekaan Ini Yang Enak Dan Tak Boleh Di Lepaskan

Tawaran Deli2go Sempena Sambutan Kemerdekaan Ini Yang Enak Dan Tak Boleh Di Lepaskan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 596 hits
Korang tahu tak sempena menghayati semangat kemerdekaan ini Shell Malaysia telah mengadakan tawaran deli2go yang mengembirakan dengan snek kegemaran rakyat Malaysia di kedai deli2go kawasan stesen minyak Shell di Malaysia Tawaran Deli2go ya...
Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas

Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 837 hits
Assalammualaikumready to go29 08 2019 sambutan kemerdekaan peringkat tabika tempat Syamimi belajar dan syamimi terpilih untuk menyertai Pertandingan Bercerita dengan 6 orang kawannya yang lain Ini adalah kali pertama syamimi Join pertanding...
Jangan Biar Kemerdekaan Dirampas Golongan Pelampau

Jangan Biar Kemerdekaan Dirampas Golongan Pelampau

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 231 hits
Jangan biar kemerdekaan dirampas golongan pelampauOleh August 30 2019Pemimpin Pakatan Harapan menyeru kerajaan bertindak tegas kepada golongan pelampau kaum dan agama agar tidak terus memanaskan suhu hubungan kaum di negara ini Menurut mere...
Pengertian Kemerdekaan Sebenar Dr Ahmad Mouhyideen Hasin

Pengertian Kemerdekaan Sebenar Dr Ahmad Mouhyideen Hasin

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 266 hits
ALLAH mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama agama kepada keadilan Islam...
Cintailah Negara Kemerdekaan Negara Malaysia Ke 62

Cintailah Negara Kemerdekaan Negara Malaysia Ke 62

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 836 hits
kredit The Patriots Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Bertemu kembali paga entri kali ini Beberapa hari yang lepas Naim tidak menulis entri kerana ada beberapa urusan peribadi sedikit Hari ini penghulu segala hari iaitu har...
Salam Kemerdekaan Dan Awal Muharam 2019

Salam Kemerdekaan Dan Awal Muharam 2019

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 538 hits
Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakyat Malaysia Blog cikilamenari mengucapkanSELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2019 dan SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1441H Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih Negara Rahmah Ummah Sejahtera Jom layan ikl...
Aktiviti Minggu Kemerdekaan Ppki Pahlawan Zaman Dahulu

Aktiviti Minggu Kemerdekaan Ppki Pahlawan Zaman Dahulu

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 284 hits
AKTIVITI MINGGU KEMERDEKAAN PPKI PAHLAWAN ZAMAN DAHULUPara pelajar menghasilkan pakaian pahlawan zaman dahulu menggunakan surat khabar terpakai
Ini Port Terbaik Untuk Anda Lepak Sempena Hari Kemerdekaan

Ini Port Terbaik Untuk Anda Lepak Sempena Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 335 hits
Sedar tak sedar lagi beberapa hari sahaja kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Cakap sahaja mengenai Hari Kemerdekaan ini pasti ramai yang ternanti nantikan The post appeared first on
Cara Masak Mixed Fruit Pastry Cake Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

Cara Masak Mixed Fruit Pastry Cake Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 504 hits
Sabtu ini seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 62 Bagi meraikan hari penuh bermakna ini apa kata anda cuba resipi Mixed Fruit Pastry Cake perkongsian Puan Lina Thomas ini Unik dan cantik kan Susunan buah bu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun