Kenangan 2021 Harapan 2022


 Kenangan 2021 Harapan 2022.  Diam tak diam dah melepasi bulan Januari. Kejap sangat masa berlalu.  Kalau ikutkan tahun 2021 memang banyak sangat kenangan yang ditinggalkan.  Kenangan untuk diingat dan untuk ditinggalkan.  Tentu korang semua ada pengalaman pahit manis 2021 kan? Rindunya nak menulis kat sini. Ada ka yang datang singgah tunggu cerita baru? Komen sikit.
google photo
Bekerja Di Pejabat VS Bekerja Di RumahPaling mencabar akak rasa sebab sepanjang 2021, sempenuhnya akak bekerja dari rumah.  Pernah satu ketika dulu, berangan-angan company bagi kebenaran untuk bekerja dari rumah, mesti seronok.  Akhirnya dapat juga peluang yang ditunggu-tunggu.  Bermula dari Mac 2020 sehingga akhir Disember 2021,  boleh dikira dengan jari berapa hari sahaja akak ke pejabat. 
Seronok bekerja dari rumah sebab semua depan mata. Tapi dalam masa yang sama kenalah pandai urus stress sendiri sebab rasa macam tak cukup tangan nak buat semua.  Mana tugas pejabat, tugas rumah dan anak-anak yang perlu diselia kerja-kerja sekolahnya.  Bila tiba masa stress, ambil cuti rehatkan minda, buat apa yang akak suka.
Tahun 2022 ini, company telah anjurkan hari bekerja bergilir. Dalam seminggu tiga hari akak akan ke pejabat dan dua hari lagi akak bekerja dari rumah sahaja.  Sebenarnya amat perlu juga bekerja di pejabat, kita boleh berbincang dengan rakan sekerja secara bersemuka.  Pada masa yang sama boleh sharing info untuk menyelesaikan kerja-kerja harian.  Kerja akak ni memang kena banyak berbincang sebelum buat keputusan.  Dapat jugalah bersembang kosong, sesekali membawang.
Terkini, minggu ni kami dapat arahan untuk wfh semula untuk seminggu disebabkan banyak kes jangkitan di tempat kerja. Staff akak pun dah dua orang positif. Mujur jugalah lama tak jumpa mereka sebab kerja bergilir dan cuti panjang. Tapi langkah berjaga-jaga, kami semua buat juga rtk test untuk lebih meyakinkan diri sendiri.
Anak Di Sekolah VS Anak Sekolah di RumahAnak berada di sekolah dan dirumah ada kelebihan dan kekurangannya juga.  Anak ketiga akak bersekolah di SBP. Sepanjang PKP dari tahun 2020 hingga 2021, dah dua kali jadi kontak rapat C19 semasa berada di sekolah. Berada dalam aliran sains tulen, memang akak tak nafikan kena lebih usaha untuk memahami setiap subjek. Bila belajar secara online, memang usaha kena berganda-ganda dari biasa.  Kesian juga dia bila ada bahagian yang tidak faham, tanya akak memang susahlah nak bantu. Mujur ada kakak yang juga belajar online tapi kakak pun ada yang dah kabur-kabur ingatannya. 
Bukan mudah ye belajar online.  Tambahan yang di sekolah rendah, memang parent ke pantau sepanjang masa.  Kadang-kadang makpun masuk sekali kelas.  Pentingnya, mak masuk semua group matapelajaran supaya anak tak teringgal tugasan guru.  Tapi yang menengah, mak tengok sekali sekala saja.  Cuma pesan, jangan sampai dapat panggilan daripada guru sekolah sahaja. 
Abang di India pun dah mula buat posting di hospital. Keperluan menuntut ilmu, mampu berdoa untuk mereka di sana, moga sentiasa dalam peliharaan Allah. Walaupun jangkitan covid tular juga di kalangan anak-anak pelajar ini tapi syukur mereka semua tabah, kuat dan sangat patuh. Dugaan sungguh buat mereka. 
Budget 2021 vs Budget 2022Tahun lepas, kebanyakan masa adalah di rumah.  Perbelanjaan untuk berjalan memang sangat minimal, lebih kepada membeli keperluan rumah sahaja.  Yang pastinya perbelanjaan untuk makanan memang meningkat.  Walaupun boleh dikira dengan jari membeli makanan di kedai, akak rasa bila memasak sendiri pun tinggi juga belanjanya.  Bezanya, bila masak sendiri, kita tau apa yang kita masukkan dalam masakan dan boleh kawal. Akak pun rajin jugalah mencuba resipi-resipi baru untuk dijamu pada keluarga.  Jadi jangan hairan yer kalau jumpa kami dengan saiz yang berbeza sekarang ni..hahahaha....
Untuk tahun ini, masih lagi merancang dan terus merancang. Dalam situasi covid yang tidak menentu, sukar juga nak buat perancangan awal untuk aktiviti keluarga. Tapi yang pasti tetap buat peruntukan untuk aktiviti-aktiviti keluarga. Moga dipermudahkan.
Kalau nak cerita, memang panjang kisah suka duka pahit manis ceria sepanjang PKP. Walaupun belum bebas daripada penyebaran C19 ni, tapi kitalah yang kena berhati-hati dan sentiasa menjga SOP.  Kes pun dah mula meningkat semula. Katanya dah tiada PKP akan dilaksanakan, maknanya kitalah yang kena PKPkan diri kita sendiri bila perlu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/02/kenangan-2021-harapan-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Terkini Tarikh Dividen Kwsp Tahun 2022 Untuk Tahun Kewangan 2021

Pengumuman Terkini Tarikh Dividen Kwsp Tahun 2022 Untuk Tahun Kewangan 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 257 hits
Tahukah anda bahawa penyata bagi tahun 2021 akan memaparkan caruman 01 2021 sehingga caruman bagi bulan 12 2021 Perkara ini akan terjadi sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang telah dinyatakan Kami kongsikan kepada anda...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 10 Februari 2022

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 10 Februari 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 263 hits
KENYATAAN MEDIAMAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN10 Februari 2022PAKATAN HARAPAN UMUM TAWARAN CALON BAGI PRN JOHOR SERTA BERTEGAS DALAM ISU MELULUSKAN RUU ANTI LOMPAT PARTIMajlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat berkala sema...
10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 253 hits
Indeks Keamanan Global telah menyenaraikan negara paling selamat di dunia Laporan ini diterbitkan setiap tahun oleh Institut Ekonomi dan Keamanan sebuah organisasi bebas bukan partisan yang berfokus kepada keamanan dunia sebagai ukuran kese...
Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 266 hits
Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dalam satu sidang media hari ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya C...
Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 251 hits
PPIM menerima banyak aduan dari pelanggan CIMB Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan yang dikatakan kerap mengalami masalah sistem Masalah berkenaan didakwa menyebabkan sebahagian pelanggan tidak dapat mengelua...
Senarai Kursus Kolej Komuniti 2022

Senarai Kursus Kolej Komuniti 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 250 hits
Informasi mengenai senarai kursus kolej komuniti yang ditawarkan seluruh negeri di Malaysia dan nama nama kolej komuniti yang ada di Malaysia Kolej komuniti menyediakan Pengajian dan Latihan Teknikal dan Vokasional kepada pelajar lepasan Si...
Pencarum Kwsp Tuntut Hak Pengeluaran One Off Kali Terakhir Sumberkini 03 02 2022

Pencarum Kwsp Tuntut Hak Pengeluaran One Off Kali Terakhir Sumberkini 03 02 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 230 hits
Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia Khairul Anuar Othman bersama sama wakil PPIM Gulabjan Fazal Eladi pada Khamis menyerahkan memorandum dan petisyen tuntutan pencarum KWSP kepada pegawai Pentadbir Urusan Diraja Muhammad Iqbal Zahan...
Trip Ke Bukit Bendera 2022

Trip Ke Bukit Bendera 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 215 hits
Alhamdulillah trip ke Bukit Bendera 2022 jadi kenyataan Walaupun tanpa perancangan rapi tetapi Allah swt mengizinkan masa yang sedikit untuk kami sekeluarga Pagi sesebuh hari kami sampai ke Junjung Kulim Kedah Selesai melawat keluarga paksu...
The Pirates 2 Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

The Pirates 2 Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 268 hits
Baru sahaja mencapai 500 00 tontonan baru baru ini nampaknya The Pirates Goblin Flag terus mencipta rekod baru ARTIKEL BERKAITAN Pada 5 Februari dimumkan bahawa filem itu telah melepasi 1 juta penonton Diriliskan pada 26 Januari ini bermakn...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash