Kenali Tumbuhan Herba Yang Banyak Tumbuh Di Sekeliling Rumah Terutama Di Kampung Kampung
Salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Waktu Maha pulang kampung baru-baru ini nampak banyak sangat pokok herba yang ada disekitar rumah kat kampung. Pokok ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk rawatan tradisional tapi juga ada yang selalu dijadikan ulam-ulaman dalam masakan. Seronok sangat sebenarnya tinggal kat kampung ni tak perlu nak beli semua ada kat sekeliling rumah
Maha balik hari tu macam-macam pucuk dan pokok yang mak ambil untuk jadikan ulam-ulam makan bersama sambal belacan. Ada juga yang mak gunakan masuk untuk menyedapkan lagi masakan. Jom kali ni kita kenali beberapa tumbuhan atau sayuran herba yang ada disekililing rumah Maha mungkin juga ada di rumah korang
Pokok Ketumbar Jawa
Ada setengah tempat panggil Ketumbar Jawa ada juga yang panggil pokok Jeraju Gunung atau Kangkong Kerbau. Namun nama saintifik tumbuhan ini adalah Eryngium Foetidum. Ia adalah keturunan tumbuhan herba yang banyak khasiat terutama daun dan juga akarnya
Bahagia daun tumbuhan ini orang kampung dulu jadikan sebagai merawat demam, demam panas, perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar. Caranya mereka akan rebut daun dengan air mendidih dan diamalkan minum air rebusan itu. Manakala akar tumbuhan ini juga direbus dan diminum
Dalam masakan pula ia dijadi penyedap perisa kerana rasa yang kuat dan bau yang harum. Selalu dimasukkan dalam masakan Tomyam atau masakan kukus. Selalu orang ambil daun yang muda kerana rasa lebih segar dan tidak terlalu kuat
Pokok Ulam Raja
Tumbuhan keluarga herba ini juga sangat popular selalu dijadikan ulam-ulaman ketika makan bersama sambal belacan. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cosmos Caudatus. Kalau korang carian di Wikipidia tumbuhan ini berasal daripada Amerika Latin. Ia sangat mudah untuk tumbuh membiak di tanah dengan hanya menaburkan biji benih yang terhasil daripada bunganya.
Khasiat kalau makan daun tumbuhan ini dikatakan dapat mencuci darah dan menguat tulang. Ia juga membantu memberi kesegaran badan dan ketegangan pada kulit serta awet muda. Ini kerana daun tumbuhan ini mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi
Pokok Daun Kesum
Ini pun satu lagi tumbuhan herba yang tak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup popular dimasukkan sebagai perisa dalam masakan tradisional rakyat Malaysia. Selalu digunakan dalam masakan Laksa, Asam Pedas, Nasi Kerabu atau Nasi Ulam. Ini kerana ia menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan
Nama saintifik tumbuhan ini adalah Persicaria Odorata. Sifat tumbuhan ini yang tumbuh menjalar dan juga dikawasan berair seperti tepi longkang atau juga kawasan lembab, menyebabkan ia cepat dan mudah untuk ditanam. Hasil kajian dan penulisan pensyarah dari UKM, tumbuhan ini kaya dengan antioksidan yang dikatakan dapat mengubati penyakit kulit, ulser, anti-keradangan, anti-kedutan dan meningkatkan daya ingatan
*Sumber pencarian info dari Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2024/08/kenali-tumbuhan-herba-yang-banyak.html