Kenali Rempah Ratus Dalam Masakan


 
Bercakap mengenai rempah-ratus, sebenarnya ramai yang tidak tahu rempah-ratus yang diguna dalam makanan seharian mempunyai khasiat yang banyak, seperti juga ulam-ulaman yang boleh didapati di Malaysia. Berikut adalah serba sedikit perkongsian daripada Chef Norman Musa.
[caption id="attachment_42348" align="aligncenter" width="600"] Chef Norman sebagai duta jenama rempah-ratus Kumar’s yang terkenal di Eropah. Foto daripada akaun Chef Norman Musa.[/caption]
Sepanjang berkecimpung dalam kerjaya chef, banyak yang telah saya pelajari tentang khasiat rempah-ratus sama ada dengan membuat kajian sendiri ataupun belajar daripada chef dari negara lain seperti India yang begitu terkenal dengan rempah-ratus yang digunakan dalam masakan mereka. Saya ingin berkongsi khasiat dan cara betul untuk menggunakan rempah-ratus serta cara terbaik untuk menyimpannya.
Baca juga: ITIK REMPAH MEDITERRANEAN OLEH ILI SULAIMAN

 
Penggunaan Dalam Masakan
Buah pelaga, yang begitu kuat baunya memang banyak diguna dalam masakan, termasuklah manisan. Seperti resipi kek coklat yang saya perkenalkan bersama krim berperisa buah pelaga dan kacang pistachio. Sebenarnya ada tiga jenis buah pelaga – hijau, putih dan hitam. Buah pelaga hijau ialah yang selalu kita guna dan antara buah pelaga yang terbaik. Buah pelaga putih sebenarnya berasal daripada pelaga hijau, tetapi dilunturkan warna dan rasa, jadi ia tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan pelaga hijau. Pelaga hitam pula memiliki rasa dan bau yang lain. Bau seakan kayu yang telah diasap tidak sesuai digunakan di dalam manisan. Saiznya lebih besar jika dibandingkan dengan pelaga yang lain. Cara yang betul untuk mengggunakan pelaga ini ialah dengan mengetuk sedikit untuk mengeluarkan baunya sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Antara rempah-ratus yang selalu saya simpan di dapur ialah ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih. Jika anda ada semua rempah ini bersama dengan serbuk kunyit dan serbuk cili, anda boleh hasilkan rempah kari sendiri. Caranya begitu mudah sekali iaitu sangai tanpa menggunakan minyak dan kisar hingga halus. Inilah cara yang selalu saya guna untuk menghasilkan rempah sendiri. Ramuan untuk rempah kari daging saya akan lebihkan sedikit jintan putih dan untuk rempah ikan atau makanan laut, saya akan lebihkan sedikit jintan manis.
The post Kenali Rempah-Ratus Dalam Masakan appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/dapur-with-love/guru-dapur/kenali-rempah-ratus-dalam-masakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Masakan Halba Campur

Tips Masakan Halba Campur

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 2077 hits
AssalamualaikumEntri yang lepas aku ada sebut pasal tips masak kari AKA gulai bagi orang utara Aku membesar dengan kari melayu Seingat aku masa kecil tahun 80an mak aku buat rempah sendiri menggiling dengan batu giling Punyalah susah nak ma...
Diy Rak Rempah Mudah Dan Cepat Dengan Total Hangus Rm 2 10 Je

Diy Rak Rempah Mudah Dan Cepat Dengan Total Hangus Rm 2 10 Je

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 336 hits
Suasana yang kemas dan susun atur barangan masakan di dapur amat penting supaya dapur anda kelihatan luas dan selesa walaupun sebenarnya tidak Perkakasan kecil seperti bekas rempah gula dan garam ini selalu terlepas dari pandangan anda dan ...
5 Aneka Nasi Hidangan Melayu Kaya Rempah Ratusnya

5 Aneka Nasi Hidangan Melayu Kaya Rempah Ratusnya

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 634 hits
Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat Bukan sekadar Nasi Minyak aje pelbagai ramuan herba dan ulam ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan kel...
Masakan Kampung Menggamit Memori Bersama Tersayang

Masakan Kampung Menggamit Memori Bersama Tersayang

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 537 hits
Masak kampung yang sedap dan mudah je Apa menu masakan kampung yang biasa pada anda Ada sambal belacan dan ulam masakan kampung lah tu Kemudian ada masak kari tiga rasa dan sayur kangkung tumis belacan pun dah okay sangat Hari ini hari pert...
4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 814 hits
Cuti sempena Tahun Baru Cina memang best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa Cendawan asparagus akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat ra...
5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 641 hits
Dah nak Raya Cina ni memang sajian Cina jadi lebih popular dari biasa Penggunaan sos tiram kicap halia memang sinonim dalam masakan niNi min kongsikan 5 sajian Cina popular buat sendiri lagi puas hatikan1 STIR FRIED BLACK PEPPER BEEFBAHAN B...
Parpu Telor Masakan Dari Utara

Parpu Telor Masakan Dari Utara

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 353 hits
Parpu Telor Masakan Dari UtaraOrang utara mesti tau ni masak apa ni namanya masak parpu teloq akak kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dengan teloq pecah baru bestRESEPI Kacang parpu perlu rendam semalamanTeloq tepulang na...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi