Kenali Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember
Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember - Disember datang lagi. Bagi sesetengah orang, bulan Disember penuh kisah sedih. Mungkin pengalaman sedihnya banyak berlaku pada bulan Disember. Bagi saya pula, saat terindah tentulah bila saya dilahirkan pada awal Disember. Terima kasih kepada ayah dan bonda yang melahirkan saya ke dunia ini. Alhamdulillah...
Disember.. bulan yang terakhir dalam kalender Masihi. Disember.. bulan cuti sekolah di Malaysia. Bulan Disember ramai yang buat kerja kahwin, bercuti bersama keluarga dan sebagainya. Semoga bulan Disember tidak menjadikan kita malas dan tidak produktif.
Kenali Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember
Kenali Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember
Nak cerita sikit berkenaan mereka yang lahir dalam bulan Disember. Contoh terdekat adalah saya sendiri...hihi. Saya lahir pada 4 Disember. Jadi, apa kata kita kupas sedikit mereka yang lahir pada 4 Disember. (Yang lain-lain tu, saya tak berkesempatan pula nak selidik...)
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Ada banyak kebenarannya tentang kekuatan personaliti yang tersenarai di atas. Secara ringkasnya, ia ada banyak kaitan dan kena dengan personaliti saya yang dilahirkan dalam bulan Disember. Tapi ingat ya, pendapat di atas adalah sekadar kajian oleh manusia yang bukan ma'asum sifatnya. Jadikan ia sekadar bacaan semata-mata.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Yang ini, kelemahan personaliti orang yang lahir dalam bulan Disember. Ada yang salah dan sipi-sipi yang betul. Tidak semuanya ada kaitan dengan saya. Jadi, anda yang lahir dalam Disember pun janganlah rasa 'down' pula bila baca tentang kelemahan yang ada kena dengan personaliti anda. Hidup kan ada pasang surutnya!
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Siapa agaknya golongan terkenal yang mempunyai nombor 4 dalam tarikh lahirnya? Antaranya adalah Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher dan Arnold Schwarzenegger
Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember
So, secara ringkasnya berikut adalah ciri-ciri dan personaliti orang yang lahir pada bulan Disember. Baca dengan fikiran terbuka.
1. Sangat setia dan pemurah
2. Bersifat patriotik.
3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
5. Bercita-cita tinggi.
6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
7. Seronok bila didampingi.
8. Suka bercampur dengan orang.
9. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
10. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
11. Tidak pandai berpura-pura.
12. Cepat marah.
13. Perangai yang mudah berubah-ubah.
14. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
15. Benci pada kongkongan.
16. Suka berlawak.
17. Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Selamat membaca dan sebarkan bahagia. Tanamkan sangkaan baik kepada orang disekitar kita.
#republish entry every time Disember come..Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2014/12/kenali-rahsia-personaliti-orang-yang.html