Kenali Pahlawan Kita Mat Lela Yang Berjuang Bersama Mat Kilau Dan Tok Gajah Serta Dato Bahaman


 


Pahlawan Gagah - Haji Mat Lela" Allahyarham Haji Mat Lela bin Buang merupakan sahabat baik kepada Allahyarham Mat Kilau , Mereka keduanya adalah Pahlawan Pahang. Cumanya Mat Lela ni orang yang tidak suka menonjol dan suka berahsia , Beliau mempunyai ilmu kepahlawanan sama handal dengan Mat Kilau. Jika Mat Kilau memiliki buntat embun, gagah dan kebal. Haji Mat Lela pun begitu juga, Mereka bersama-sama berguru tetapi disebabkan Mat Kilau menjadi buruan pihak Inggeris maka sahabat-sahabat beliau terpaksa merahsiakan perhubungan antara mereka dan berhubung secara senyap.


Amalan ataupun rutin Haji Mat Lela lebih kurang dengan Mat Kilau , Pada waktu subuh mereka akan mandi embun , Mereka merasa lebih segar dan cergas bila waktu subuh , Dan mereka langsung tidak merasa mengantuk , Diwaktu itulah mereka akan mandi embun dan melakukan kerja-kerja mereka , Haji Mat Lela juga mengamalkan minum air embun setiap hari dan menitiskan air embun tersebut ke matanya. Walaupun sudah berusia Haji Mat Lela masih buat kerja berat dan terang penglihatannya. Haji Mat Lela selalu masuk hutan mencari akar-akar kayu. Pelbagai tumbuhan yang beliau akan cari seperti rempah gunung, sekecut, tongkat ali hitam, serapat, jenjulung, akar meroyan, kacip fatimah dan banyak lagilah. Selain embun Haji Mat Lela juga sentiasa mengamalkan meminum akar-akar kayu untuk kekal sihat walaupun tubuhnya telah tua.


Haji Mat Lela juga boleh mengubati orang sakit. Rumah beliau sentiasa dikunjungi orang bertujuan untuk berubat dan mendapatkan air penawar. Beliau juga boleh mengetahui siapa yang akan bertandang ke rumahnya walaupun tidak membuat temujanji terlebih dahulu. Kalau ada orang nak datang, beliau akan berpesan kepada anak-anak supaya jaga tingkah laku dan beritahu sekejap lagi akan ada orang yang datang. Dengan izin Allah, Pelbagai penyakit Haji Mat Lela boleh rawat seperti demam campak, kembung, gatal kulit, kayap, sawan, sakit raja, bisul, lekat uri, lekat tulang, selusuh, mengesan punca penyakit sama ada sakit dalam badan sendiri atau angkara sihir dan mengesan orang-orang yang hilang. Khidmat beliau sentiasa diperlukan bagi menangani masalah ini



Sewaktu zaman penjajahan Jepun tahun 1941, kehidupan aman damai yang dikecapi bertukar menjadi porak peranda di setiap tempat. Tentera Jepun mula memasuki daerah Pekan dan seterusnya menuju ke Kampung Merchong. Orang-orang kampung lari ke hutan belantara bagi menyelamatkan diri masing-masing. Sementara Haji Mat Lela hanya duduk di rumah berseorangan bagi menjaga kampung tersebut. Kemasukan tentera Jepun tidak sekali-kali menggentarkan beliau
Tentera Jepun tidak dapat menyelongkar rumah-rumah dan kedai-kedai yang ditinggalkan kerana pergerakan mereka sentiasa dihalang oleh Haji Mat Lela. Hendak ditangkap, Haji Mat Lela tidak nampak oleh pandangan mata kasar sehinggakan ramai askar Jepun dicederakan oleh beliau. Tentera Jepun merasa cukup ganjil dengan kejadian itu dan akhirnya meninggalkan kampung tersebut
Ketika Mat Lela berada di hutan , Beliau pernah diterkam dari belakang oleh seekor beruang yang amat besar. Beruang itu mencakar dan mengigitnya tetapi kulit Haji Mat Lela sedikit pun tidak terjejas. Dan Haji Mat Lela pun bertindak melawan beruang itu dapat menewaskannya , Seterusnya beliau serahkan beruang itu kepada pihak mergastua , untuk mengelakkan orang lain menjadi mangsa. Batang nibung adalah sumber rezeki Haji Mat Lela. Permintaannya amat tinggi untuk dijadikan kelong di laut. Pokok nibung yang ditebang diikat dengan tali, dipintal dan ditarik sedikit demi sedikit oleh beliau untuk dikumpul pada satu tempat. Memang kerja itu merumitkan kerana batang nibung itu panjang dan berduri. Pernah orang-orang kampung mengintai, apabila tiada orang berhampiran, Haji Mat Lela memikul batang-batang nibung itu. Mereka berasa amat terkejut. Memang betullah cakap orang terutamanya Mat Kilau beliau pernah berkata bahawa Haji Mat Lela itu memiliki ilmu gagah
Seorang tauke cina di kampung itu pernah menempah kepala payang untuk perahu besar beliau daripada Haji Mat Lela. Setelah menunggu beberapa bulan, kepala payang itu masih belum disiapkan. Beliau menemui Haji Mat Lela dan mahukan kepala payang itu disiapkan segera. Sedangkan perjanjian untuk disiapkan masih ada beberapa minggu lagi
Keesokkan paginya tauke itu membuka pintu rumahnya. Aiyaaa…..! Beliau amat terkejut. Kepala payang berada di depan mata. Bagaimana ia boleh berada di situ? Untuk mengangkatnya saja memerlukan tenaga sepuluh orang perkasa. Ini memang kerja Haji Mat Lela. Kepala payang itu diangkatnya seorang pada waktu malam. Tauke itu mencari Haji Mat Lela untuk memohon maaf. Beliau tahu orang tua ini tidak boleh buat sembarangan
Ada satu kisah dimana ketika itu sebuah jambatan besar sedang dibina bagi kemudahan penduduk kampung. Setelah kerja-kerja hampir siap, besi penghentak bagi kerja- kerja tersebut dibiarkan berada di atas jambatan. Ia menjadi penghalang laluan penduduk kampung. Apabila disuarakan kepada kontraktor, kontraktor itu tidak menghiraukannya dan menyuruh penduduk kampung mengalihkannya sendiri, Sedangkan besi tu berat kot , Kena pakai kren baru boleh angkat. Penduduk kampung merasa bengang dan sudah tidak dapat bersabar lagi , Sebab Itulah saja jalan penghubung buat mereka keluar mencari rezeki. Macam mana kenderaan hendak lalu jika laluannya terhalang. Akhirnya mereka memutuskan untuk menemui Haji Mat Lela bagi meminta bantuan. Haji Mat Lela mencari kontraktor itu dan akhirnya bertemu di atas jambatan tersebut, Beliau meminta dengan cara yang baik pada kontraktor tersebut untuk mengalih halangan di atas jambatan itu
Kontraktor itu dengan angkuhnya berkata, “Kalau awak nak, awak alihlah sendiri! Awak buat susahkan saya saja!”Hati Mat Lela tercabar dengan kata-kata biadap kontraktor itu, Haji Mat Lela lantas menguis besi penghentak itu dengan kaki kanannya dan besi penghentak itu terus terjunam ke dalam sungai. Kontraktor cina itu terkejut dan terpinga- pinga melihat kejadian tersebut . Beliau dalam keadaan terketar- ketar terus menghulurkan tangan untuk memohon maaf daripada Haji Mat Lela
Haji Mat Lela sebenarnya adalah seorang tokoh yang tidak mahu ditonjolkan. Beliau berpegang kepada sumpah dan janji. Beliau sangat merendah diri dan tidak akan mempamerkan kehebatannya kecuali keadaan mendesak , Walaupun ketika anaknya bertanya mengenai ilmu persilatan dan meminta untuk diajarkan , Haji Mat Lela menjawab dia tak pandai bersilat. Sememangnya sangat rahsia orangnya Tetapi beliau banyak menurunkan ilmu untuk merawat orang kepada anaknya. Haji Mat Lela meninggal dunia pada tahun 1995 diusia 118 tahun akibat sakit tua dan dikebumikan di pusara Kg. Merchong, Nenasi, Pekan. "Ajal maut itu ketentuan Tuhan , Selagi belum sampai ajal , Kita takkan mati." Ayat ini selalu dipesan pada anak-anaknya jika mereka takut dibaham harimau, beruang dan binatang buas lainnya , kerana mereka sering masuk hutan. Haji Mat Lela sememangnya mengajarkan anaknya ilmu hutan dan mengenal hutan serta tumbuhan yang boleh dimanfaatkan. Bissirril Al-Fatihah
Tengku Daeng MawelleWarisan Johor
kredit FB Ad Deen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2024/07/kenali-pahlawan-kita-mat-lela-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Sah Layan

Tok Sah Layan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 87 hits
La Jo IrKalau mat jargon digantung sebab bantah isu HRD Corp RM 3 77 billion yg sudah sah bermasalah ketika kerajaan 33 bulan dulu itu hal lainIni dia dok jaja surat layang yang meburuk burukkan penjawat awam bak kata Hj Hadi toksah layan p...
Terjah Besut Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan Kg Padang Landak Jerteh Memang Lejeng

Terjah Besut Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan Kg Padang Landak Jerteh Memang Lejeng

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 180 hits
Terjah BesutNasi Berlauk Kg Padang Landak Jerteh Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut Terengganu Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut Warungnya kecil...
Tok Pa Perhambakan Diri Untuk Rakyat Dan Negara

Tok Pa Perhambakan Diri Untuk Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 162 hits
INTRAKSI Berbicara santai dengan Tok PaKENYATAAN Mahiaddin Yassin mengenai Mustapa Mohamed yang tidak lagi jadi ahli Bersatu mengejutkan orang ramai Kalau Mahiaddin tidak beri tahu hal itu umum tidak tahu status Tok Pa dan menganggap beliau...
Tok Sah Datang Ke Nenggiri Ku Li Beritahu Dap

Tok Sah Datang Ke Nenggiri Ku Li Beritahu Dap

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 85 hits
Julai 25 2024Veteran Umno itu berkata pemimpin DAP tidak fasih Bahasa Melayu malah ucapan mereka berpaksi kepada masyarakat Cina Tengku Razaleigh Hamzah berkata kempen BN di PRK Nenggiri tidak memerlukan penyertaan DAP yang disifatkannya ha...
Ramai Terhibur Lihat Tok Ram Nak Upah Rm2 000 Jika Anak Boleh Panggil Daddy

Ramai Terhibur Lihat Tok Ram Nak Upah Rm2 000 Jika Anak Boleh Panggil Daddy

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 124 hits
Ramai terhibur lihat Tok Ram yang menawarkan RM2 000 kepada anak angkatnya Nur Izzara jika bayi berkenaan dapat memanggilnya daddy Bergurau dengan Nur Izzara Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Maestro muzik terkenal tersebu...
Tok Ram Rajin Layan Izzara Dia Tengok Daddy Tak Berkelip Bukan Sebab Handsome Tapi Sebab Suara Macam Guruh

Tok Ram Rajin Layan Izzara Dia Tengok Daddy Tak Berkelip Bukan Sebab Handsome Tapi Sebab Suara Macam Guruh

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 142 hits
Tok Ram rajin layan Izzara dia tengok daddy tak berkelip bukan sebab handsome tapi sebab suara macam guruh Gelagat Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara sering menarik perhatian warga ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport